Semua orang akan diuji. Bagaimana ujian itu hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Begitu juga mengenai kehilangan insan tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa setiap hari. Namun bila sampai masanya Allah ambil semula siapa kita nak melawan takdir-Nya.
Namun kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita sebelum ini.
Begitulah yang kini ditanggung oleh seorang lelaki bergelar bapa dan suami, Mohd Syafiq, menerusi perkongsiannya di Facebook, dia menceritakan ujian hidupnya selepas dua insan yang amat dikasihi kini telah pergi mengadap Allah.
Isteri pergi setahun lalu…
Setahun yang lalu Mohd Syafiq telah menghadapi satu kehilangan besar, selepas isteri yang dicintai, Siti Aminah Bt Hasan dijemput Ilahi selepas bertarung dengan penyakit dihidapinya.
Ads
Pemergian isteri membuatkan dirinya bagai hilang separuh nyawa, apatah lagi ketika bayi mereka yang dilahirkan istimewa masih lagi memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Allah ambil pula anak syurgaku…
Belum sempat air mata kering, tahun ini Mohd Syafiq sekali lagi diuji dengan pemergian anak perempuan yang berusia dua tahun lima bulan, bernama Nur Aaira Syifaa pada 7 Julai lalu.
Ads
Kehilangan anak yang sebelum ini menjadi sumber kekuatannya selepas ketiadaan isteri, membuatkan jiwa lelaki ini bagaikan direntap dan hilang arah seketika untuk meneruskan kehidupan.
Bermainlah adik dengan mummy di taman syurga
Walaupun hanya seketika, kehadiran Siti Aminah dan Nur Aaira Syifaa bagi Mohd Syafiq adalah satu kenangan paling indah yang terjadi dalam hidupnya.
Menurut Mohd Syafiq, satu pengalaman cukup besar buat dirinya berpeluang menjalankan amanah Allah menjaga anak syurga dan isterinya yang tercinta.
Biarpun terkadang jiwa bagai tiada daya lagi, namun Mohd Syafiq tetap meluahkan rasa syukur di atas segala pinjaman kasih sayang seorang isteri dan anak walaupun hanya sebentar.
Allah menguji hambaNya yang mampu, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan buat saudara Mohd Syafiq untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Mendidik anak-anak dengan nilai agama memang bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan perkara asas seperti adab terhadap Al-Quran. Namun, apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta, Maryam You Narae, nyata mendapat perhatian ramai ibu bapa.
Baru-baru ini, pasangan popular itu memuat naik satu video sekeluarga meluangkan masa membaca Al-Quran bersama selepas menunaikan solat. Momen itu dikongsikan di Instagram milik Ryzal dan berjaya mencuri hati ramai warganet yang kagum dengan usaha mereka mendidik si kecil, Rina, yang baru sahaja belajar mengenal erti agama dan adab.
Ramai memuji kesungguhan Ryzal atau nama penuhnya, Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, dalam membimbing bukan sahaja anak, malah isterinya yang juga seorang mualaf. Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu dilihat semakin mahir membaca Al-Quran dan mendalami ilmu Islam.
“Bagus didikan macam ni, anak pun makin seronok belajar mengaji. Semoga Rina membesar jadi anak solehah,” komen seorang netizen.
Namun di sebalik pujian, ada juga yang memberi teguran membina. Dalam video tersebut, berlaku satu insiden kecil apabila si comel Rina tanpa sengaja melangkah Al-Quran yang diletakkan di atas lantai.
Walaupun situasi itu berlaku secara spontan tanpa niat, segelintir netizen mempersoalkan mengapa Al-Quran diletakkan di tempat rendah. Malah, ada yang menasihatkan agar lebih berhati-hati, terutamanya dalam suasana melibatkan kanak-kanak yang masih belum memahami sepenuhnya adab terhadap kitab suci itu.
Sebagai bapa, Ryzal menerima teguran itu dengan hati terbuka. Dia mengakui dirinya sendiri terlepas pandang sebelum memuat naik video tersebut.
“Saya tak perasan situasi tu, tapi saya terima teguran dengan positif. Ini semua pengajaran untuk saya dan keluarga. Terima kasih yang menasihati dengan baik,” ujar Ryzal dalam ruangan komen.
Dalam masa yang sama, ramai juga mempertahankan usaha pasangan ini. Menurut mereka, mesej utama video tersebut adalah untuk menunjukkan contoh amalan rutin keluarga kecil itu dalam memperkenalkan Al-Quran kepada anak sejak usia awal.
Malah, ada seorang doktor tampil menyatakan, kesilapan kecil seperti ini berlaku tanpa disengajakan dan tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga menenggelamkan niat baik mereka mendidik anak dengan ilmu agama.
“Niat mereka baik, kita doakan yang baik-baik. Biasalah, budak kecil memang belum faham, tapi usaha ibu bapa ni patut dipuji,” kata seorang pengguna Instagram.
Tahniah buat Ryzal dan Maryam yang terus berusaha membesarkan anak dengan penuh nilai agama, walau berdepan pelbagai cabaran. Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu dan sentiasa menghormati kitab suci Al-Quran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkara kanser, sebelah kaki wanita ini terpaksa dibuang. Namun ianya bukanlah penghalang baginya untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Malah semangatnya yang luar biasa bukan hanya mampu menjadi suri rumah tetapi kini bergelar usahawa perniagaan secara e-Dagang.
Apa yang membanggakan lagi, hasil jualanya kini mencecah 4 angka sehari. Disaat ramai yang bersedih atas nasib yang menimpanya namun tidak sedikit pun membuatkan dia turut bersedih. Dia semakin kuat dan yakin ada sinar buat dirinya.
Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yang sayangkan saya menangis. Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dan sebagainya.
Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yg dua kaki buat!”
Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide untuk angkat kaki (Thank God we are still happily married 😅). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai-pandailah saya nak survive nanti.
HENDAK SERIBU DAYA.
Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.
Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya
Aduhai..sayu hati tengok apa yg terjual. Tak boleh jadi ni. Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.
Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yg boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi 😅. Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup-cukupnya.
Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni 😅).
CABAR DIRI SENDIRI
Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dengan topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan-lahan. Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak 😅.
Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai-pandailah imbang badan supaya tak salah bearing.
Setiap hari masa mula² nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya: – Pagi mencari stok. – Tengahari membungkus. – Petang buat product photoshoot. – Malam buat editing/marketing. – Tengah malam membungkus lagi.
Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah). Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal utk dapat rehat yg baik bila dah tua nanti.
Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz.
Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.
Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya.Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. 🤲 Ameen…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Tular sekeping gambar seorang ibu muda dan bayi yang baru berusia 3 bulan berniaga di tepi jalan mengundang sebak ramai. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.
Menerusi video yang tular beberapa hari lepas, ibu muda ini sekadar mencuba nasib berniaga untuk menambah pendapatan dan terpaksa membawa bayi bersama yang baru berusia 3 bulan.
“Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Akak ini menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau Subhanallah!”
“Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan-kawan semua dengan memborong semua air tebunya. Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi-bagi dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yang diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..😢”
Menurut perkongsian di Facebook Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya. Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.
Rata-rata warga maya mendoakan agar ibu ini di permudahkan urusan dan di murahkan rezeki. Ada juga turut sebak melihat keadaan ibu serta bayi ini yang terpaksa berpanas demi mencari rezeki.
Razman Razman Semoga murah rezeki akak ni
Che Zakiah Mat Din Mg Allah permudahkan segala urusan 🤲
Lan Pama Ibu yg HEBAT..Smg dimurahkan rezeki dan permudahkan segala ursn..aamiin
Halijah Siti Tak sanggup tengok baby tu 😭😭😭 Moga Allah angkat darjat kamu atas ujian ini. Terus kuat puan.
Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat ibu ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat beliau dan keluarganya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.