Bukan mudah mengajar anak berpuasa, lebih-lebih lagi dikala usia mereka baru enam tahun. Namun pelakon dan usahawan, Tya Arifin membuktikan ia tidak sukar jika dibentuk lebih awal.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 29, berkongsi kisah mendidik anak sulungnya, Arif Jiwa berpuasa dikala usianya enam tahun.
Walaupun mata masih terpejam ketika makan sahur, namun anak kecil itu berjaya berpuasa selama tiga hari penuh. Syabas Arif!
Melalui Instagramnya, Tya berkongsi cerita dan momen-momen ketika bersahur serta memujuk Arif berpuasa.
“Sahur kali ini agak mencabar ya, mengantuk sambil makan. Tapi gagah juga bangun sahur, mungkin terlalu awal bangun dari day 1.cTerlalu awal 30 menit.
“Hari ni, ada dua kelas untuk Arif.cMandarin class dan kumon. Tya cancel awal mandarin takut dia penat.
Ads
“Eh masa suruh kumon pun, dia mencari alasan untuk tak kumon. Arif so far tak pernah tak nak class, maksudnya kali ini memang penat untuk dia, okay Tya pun bagi chance, karna dia dah puasa. So hari ni kelas tak ada,” katanya berkongsi.
Kongsi Tya lagi, disebabkan tidak mahu Arif lapar, dia membawa Arif membeli makanan kegemarannya dan Arif leka memilih sendiri barangan kesukaannya.
“Supaya dia tak rasa lapar, kita buat baju raya dan beli groceries nak buat es buah.
““Ibu, Arif nak beli biskut boleh?” “Okay abang pilih”
“Woah dia pilih sugar free dan brown sugar okay. Pandaaai pilih.
Ads
“Alhamdulillah day2 Arif puasa berjaya. Lets go Abang 28 hari lagi,” kongsi Tya.
Malah Tya juga turut berkongsi kejayaan Arif yang berjaya puasa hari ketiga semalam. Memang anak yang cukup semangat!
Dalam pada itu, pengikut setia ibu cantik ini turut meminta Tya berkongsikan tipnya hingga berjaya buat Arif berpuasa.
Terdahulu, selain Arif Jiwa, Tya turut mempunyai seorang cahaya mata, Azzahra Jiwa, yang kini berusia empat tahun.
Ciuman ialah lambang cinta dan kasih. Tapi kena ingat bahawa ciuman itu juga terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap daripadanya mempunyai ‘magic’ yang berbeza.
Kita beri ciuman untuk menunjukkan bahawa kita kasih dan cinta kepada anak. Untuk menunjukkan bahawa anak itu penting dalam hidup kita.
Perkongsian dari Najmi Nawawi tentang ciuman paling sesuai untuk diberikan kepada anak, iaitu ciuman di dahi atau lebih dikenali dengan ‘forehead kisses’. Ciuman jenis ini sangat berkuasa seolah-olah membuatkan jiwa anak itu dibelai.
Ciuman ke dahi ini juga dikenali dengan ciuman di mata ketiga. Anak akan merasai satu perasaan ketenangan kerana proses ini akan memberi simulasi kepada kelenjar pineal dan pituitari. Ini akan memberi anak satu perasaan dilindungi, sejahtera, dan selamat. Pendek kata ia memberi aura pemulihan yang sangat unik kepada jiwa anak.
Ciuman di dahi ini ialah satu tahap kecintaan sehingga keindahannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Satu pantang larang yang perlu diingati juga ialah jangan sesekali ciuman kita berikan di bahagian bibir. Kerana kawasan bibir adalah kawasan yang sangat sensitif kerana dipenuhi dengan reseptor.
Pendek kata ianya mampu membangkitkan nafsu syahwat dan kita tak mahu mereka anggap ianya satu perkara normal. Kita tak mahu mereka jadi keliru satu hari nanti.
Tahun lepas, menjadi viral isu David Beckham mencium anak perempuannya yang berusia 7 tahun di bibir. Majoriti pakar ‘psychologist’ terkemuka dunia menyatakan bahawa tindakan itu ialah dilarang sama sekali.
Kalau dah terbiasa beri ciuman di bibir anak. Mulai hari ini, ia perlu dihentikan!
Penatnya menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak. Itulah rungutan ibu-ibu bekerja. Balik sahaja ke rumah, cepat-cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak-anak. Inilah rutin ibu bekerja.
Demi menjimatkan kos serta lebih mudah uruskan anak-anak kecil yang ramai, inilah jalan terbaik buat semua. Namun jangan merungut kerana mereka tidak selamanya akan bersama kita. Mereka hanya pinjaman Allah buat kita.
Suatu masa, apabila anak-anak sudah belajar dan melanjutkan pelajaran mereka, semua ini akan sentiasa kita rindui. Benarlah kata orang, peruntukan waktu yang sebaiknya bersama anak selagi mereka masih bersama kita.
Perkongsian ibu anak lima ini, Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz boleh kita jadikan iktibar dan semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak kecil kita, mereka memerlukan belaian dan kasih sayang kita di waktu mereka kecil.
Jadi hargailah mereka. Jangan pernah jemu layan karenah mereka. Soal memasak setiap hari, bukan satu masalah pun kan?
Mereka takkan selamanya bersama kita.
Tak penat ke? Rajinnya penat-penat, lambat-lambat balik keje pun masih masak?
Sebab inilah saya jadi kuat. Memikirkan inilah saya jadi takut bila anak-anak membesar terlalu cepat. Biarlah penat macamana pun,saya cuba hargai setiap detik masa yang ada.
Marah? Rotan? Bebel? Mustahil tak ada. Tapi selepas tu, bila tatap wajah anak-anak time tidur, Allahu menyesal sangat.? Kenapa? Sebab bila mental dah penat, emosi sukar dikawal kan. Itulah lumrah, tapi sebelum anak-anak tidur, waktu mereka salam kita, peluklah, ciumlah dan ampunkan segala dosa-dosa mereka.
Redhakanlah hidup mereka. Ucap terima kasih atas pengorbanan mereka berdikari tanpa kita. Bacakan 3 Qul dan hembus di ubun-ubun mereka. Didik mereka baca Ayatul Qursi dan akhiri dgn Dua Kalimah Syahadah sebelum tidur?
Penat macamana pun kita, jangan lepas bagi anak-anak makan air tangan kita. Masa masak, doalah segala yang baik untuk keluarga. Selawat jangan lupa, itulah pengikat kasih sayang mereka. Itu jua lah yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila. In Sha Allah??
Kuatnya seorang ibu itu, adalah benih kekuatan untuk anak-anak. Hari ini kita rasa sedikit susah kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami. Tapi tanpa kita sedar, hanya 1/4 hari-hari mereka bersama kita. Kita berhutang masa dan perhatian dengan mereka.
Semakin mereka membesar dan kenal dunia, sedikit demi sedikit mereka semakin jauh dari kita. Peringatan untuk diri saya juga yang selalu terleka. Kita semakin tua, kita takkan selamanya ada. Entah mereka dahulu atau kita yang mendahului.
Nanti kita rindu saat-saat ini. Taip ni pun airmata laju keluar macam air hujan. Bagi yang bertanya macam mana saya boleh sekuat ini, jawapannya inilah Vitamin saya. Inilah jamu dan supplement yang saya ambil. Inilah segala-galanya buat saya. Anak 5 saya. Allah,tolong jagakan mereka untukku semasa aku tiada bersama mereka..Aminn3 Ya Rabb?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila mengandung selalunya isteri yang akan tanggung semua dari awal kehamilan sampailah ketika bersalin dan berpantang, tambah pula bila anak ramai dan masih lagi kecil, orang kata kalau tak kuat mental boleh koyak.
Ada ramai anak memang seronok, meriah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tapi bukan semua yang berkehendakkan begitu. Beranak ramai atau sikit bukan bergantung kepada kekuatan mental semata-mata, tapi itu juga adalah ketetapan Allah.
Seperti yang dikongsikan oleh En. Azlan Noor dalam postingnya yang mana dia menekankan apabila sang isteri hamil, suami juga ada peranan penting untuk sama-sama lalui tempoh kehamilan sehinggalah isteri selamat melahirkan, berpantang dan seterusnya membesarkan anak-anak.
Ujian Mengandung Tiap Orang Tak Sama
Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara.
Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.
Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang.
Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.
Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.
Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.
Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.
Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.
Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.
Dah tak tahu nak buat apa dah.
Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,
“Boleh tak nak simbah je baby ni?”
Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.
Suami Kena Hadap Sama
Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni.
Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.
Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.
Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.
Bukan! Bukan macam tu.
Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.
Kalau Nak Anak Ramai
Jika nak isteri beranak ramai
Isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.
Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.
Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.
Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.
Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.
Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.
Tak Minta Banyak, Nak Suami Faham & Ambil Berat
Banyak? Tak banyak pun.
Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.
Kalau rasa penat dan tak mampu,
Ketahuilah….
Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.
Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu.
Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.
Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini.
Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.
Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.
Itu sahaja.
Silakan follow saya —> Azlan Noor untuk baca posting-posting terbaru setiap hari. TQ.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.