Matematik Cara Baik Rangsang Otak Anak, Mulakan  Sejak Usia 3 Tahun

Share

Mengajar anak Matematik sejak awal rupanya sangat baik untuk merangsang otak. Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan caranya mengajar anak keduanya, Tasha.

So cute melihat kanak-kanak membuat kira-kira Matematik. Tidak seperti mana kanak-kanak kecil yang lain yang kerap mengira menggunakan jari untuk mengira.

Pendedahan sejak berusia tiga tahun menjadikan anak kedua angkasawan pertama Malaysia, Sophea Natasha atau Tasha mahir dalam matematik. Bukan sahaja Tasha, anak pertamanya Bella juga mempunyai keupayaan matematik hebat. Apa rahsia didikannya? Dr Sheikh Muszaphar kongsi tip di Instagram;

Tasha sedang membuat latihan matematik. Amat penting untuk memperkenalkan matematik kepada kanak-kanak sejak awal lagi.

Kanak-kanak sebenarnya amat sukakan nombor dan ia sangat bagus untuk merangsang otak.

Tasha dan Bella mula belajar tentang Matematik sejak berusia 3 tahun dan mereka amat sukakannya.

Jika anda mempunyai keupayaan yang baik dalam Matematik, anda akan berjaya di sekolah. Saya jarang mendapati murid yang mempunyai pencapaian yang baik dalam Matematik tetapi mempunyai markah keseluruhan yang rendah dalam mata pelajaran lain.

Walau  apa pun, pencapaian yang cemerlang di sekolah bukan segala-galanya. Mereka tetap perlu belajar untuk bersosial dengan orang lain, keupayaan emotional quotient (EQ) membantu orang lain, menghormati dan sebagainya.

Ps: Dan pastikan anda mengajar anda untuk mengira menggunakan memori dan bukannya menggunakan jari.

MENGIRA MENGGUNAKAN JARI

BOLEH MULAKAN BILA-BILA MASA

PANDANGAN

KELIRU NOMBOR

CARA TARIK MINAT

Sumber: Datuk Dr Sheikh Muszaphar

 

 

 

 

IKLAN