Mawar Karim Akhirnya Dedahkan Wajah Dan Nama Bayinya. Comelnya Nama, Secomel Orangnya!

Share

Comelnya bayi Mawar Karim dan Fizo Omar ni! Wajah buah hati mereka akhirnya didedahkan pada laman Instagram Mawar hari ini buat pertama kalinya!

Pendedahan Mawar ini disambut baik oleh para peminat Fizo dan Mawar yang selama ini berteka-teki tentang wajah bayi mereka berdua. Para peminat tentunya teruja untuk melihat kecomelan puteri sulung pasangan ini.

Dalam posting Instagram, Mawar mengumumkan nama bayinya pada ruang kapsyen gambar. Bati yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 lalu itu diberi nama Wan Maryam bt Wan Hafizol . Indahnya sungguh namanya, seindah wajahnya.

Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa n mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol

Hari ini sy dah 2 weeks. Sy di lahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Setelah bapa n mama sy tunggu sy selama 4 tahun.

Doakan sy semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.

Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior  @fareedagroup .

( Gambar ni time sy ada jaundice tapi alhamdulillah sekarang dah baik ️)

(Tq kaka @elyamarissa_ @sarahkhadijah_ for this photo )

Wan Maryam dilahirkan dengan berat 2.78kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur melalui pembedahan caesarean. Dia dilaporkan mengalami jaundis selepas dilahirkan dan kini sudah pulih.

Bayi comel ini juga ialah precious baby memandangkan ia hadir empat tahun selepas perkahwinan Fizo dan Mawar pada 2013.

Berikut ialah reaksi para peminat; rata-rata mendoakan kesejahteraan serta memuji kecomelan Wan Maryam dan hidungnya yang mancung. Comel sangat awak ni!

Sumber: Instagram Mawar Karim

IKLAN