Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya disahkan meninggal dunia akibat kanser. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keluarga Allahyarham.

“Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh,” kata Haiza kepada Astro AWANI.

Maya Yang Popular Dengan Lagu Matahari Meninggal Akibat Kanser Tisu

IKLAN

Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.

Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.

“Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnya,” kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.

IKLAN

Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menempa populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.

IKLAN

Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.

Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI