Kita rimas bila anak-anak berkejaran, menjerit dan melompat sana sini dalam rumah tapi tahukah kita, ini semua adalah fitrah anak-anak kecil. Mereka bukan terlebih hyper tetapi inilah lumrah mereka membesar.

Jadi biarkan sahaja mereka menikmati masa-masa indah mereka membesar. Menurut Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, hendak membesarkan anak bijak sememangnya memerlukan kesabaran yang tebal dalam diri. Tabahkan hati wahai mak ayah. Informasi yang dikongsikan oleh beliau ini, mak ayah perlu tahu dalam membesarkan anak.

Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak!


Anak saya ni bila berseorang, adorable. Bila berdua, ya Tuhan. Rasa macam bela ahli Ninja Turtle.

Melompat, menjerit, menyakat, berkejaran, bertumbukan, bergulingan, bercakaran. Yang hairannya, muka diorang bukan main terhibur. Riuh bergelak macam takde apa digusti gitu.

Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak!

IKLAN

Itu yang bila ada pm minta tips pasal anak punya perangai nakal, saya hanya mampu gelakkan diri sendiri.
Sebab saya tau, kalau yang pm tu tengok sendiri perangai anak-anak saya, diorang pasti ternganga lalu timbul rasa menyesal bertanya.

Itulah anak-anak. Lagi-lagi anak jantan. Sampai ramai mak ayah yang salah fahan ingat anak tu hyper.

Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak!

Sedangkan itulah fitrah anak-anak kecil. Badan sentiasa lapar untuk bergerak. Tenaga terlalu banyak dalam badan.
Sabarlah ye mak-mak. Nak besarkan anak bijak, memang kena ada sabar yang tebal.

IKLAN

Walaupun tingkah laku mereka merunsingkan, tapi rupanya banyak kebaikan bila anak-anak berlasak begitu.

Ini saya kongsikan hasil bacaan mengenai Rough and Tumble Play.

Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak! Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak! Melompat, Menjerit & Berkejaran, Itu Fitrah Anak Kecil, Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak!

IKLAN

Apa yang ibu bapa perlu lakukan?
– Fahamilah fitrah anak bermain, galakkan anak buat aktiviti outdoor.
– Design permainan yang sesuai.
– Sediakan ruang yang sesuai untuk anak bermain.
– Pantau dari jauh untuk mengelakkan pergaduhan dan kemalangan luar jangka.
– Set boundaries:
– Guna telapak tangan, bukan tumbukan.
– Contact only allow below shoulder.
– Tak melibatkan gurauan sentuh alat sulit.
– Tak dibenarkan mengejek.
– Stop bila ada yang tak happy.

Elakkan juga empat perkara ini ketika anak bermain:
– Terlalu banyak campur tangan.
– Terlalu banyak larangan.
– Mengunci anak dengan gajet & TV.
– Marah mereka keterlaluan.

Begitu banyak manfaat dan kelebihan anak lasak, jadi biarkan sahaja anak-anak kita aktif dan menikmati waktu-waktu mereka. Kita pantau sahaja.

Menarik: Timang Anak Ke-2 Tak Sama Macam Anak Pertama, Keadaan Lebih Mencabar, Bersediakah Anda?

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI