Bapa borek anak rintik, memang tepat sekali perumpamaan ini untuk menggambarkan perwatakan anak yang menyerupai ibu atau ayahnya. Bukan sahaja personaliti bahkan setiap perbuatan juga sama, memang betul-betul copy paste!
Perkongsian video pengacara serba boleh, Dayah Bakar yang menunjukkan suami serta anaknya, Achbar Muhammad Fahri sedang berdiri di stesen komuter mencuri perhatian ramai. Apa tidaknya, aksi Fahri dan Baba berdiri betul-betul sama! Tangan diletakkan ke belakang dengan kaki yang terbuka sedikit.
Menurut penulisan keibubapaan Mohd Fhais Salim, tidak semua tetapi kebanyakan anak-anak akan mengikut perangan ayah berbanding ibu. Di dalam penulisannya, dia memberitahu ayah banyak memberikan RASA KEKITAAN pada anak. Sebab itulah, anak cenderung meniru perbuatan si ayah.
Kenapa karakter anak banyaknya ikut ayah?
– jalan ikut ayah
– cara cakap ikut ayah
– perangai ikut ayah
– degil ikut ayah
– tidur ikut ayah
– makan ikut ayah
Tak semua tapi almost semua anak-anak akan banyak ikut ayah berbanding ibu. Ini kerana menurut pakar perkembangan psikologi Moritz Daum, anak anak cenderung untuk mengikut apa ibu ayahnya buat kerana anak mahu ada RASA KEKITAAN (Sense Of Belonging)
Dan ayah adalah orang yang paling banyak berikan anak rasa kekitaan ni. Serius!
Sebab itu la kalau kita perhatikan,
– anak ni lebih takut pada ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka dapat pujian oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka bermain dengan ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah di nasihatkan oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah patuh pada arahan ayahnya berbanding ibu
Ayah memang idola sejati setiap anak. Setiap gerak geri si ayah ni sentiasa di perhati dan diikuti oleh anak-anak. Biasa la tu, apa idola buat, kita mesti nak ikutkan.
Ads
Sampaikan ada ayah yang kuat kentut pun, anak boleh ikut juga. Haha, ini serius!
Kesimpulannya, jika kita nak mencorak anak kita perkara pertama kita kena buat adalah corak dulu diri kita. Bapa borek anak pun rintik.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pelakon, Ozlynn menerusi akaun instagramnya berkongsi video gelagat suaminya, Johan Raja Lawak menjaga anak bongsu mereka, Moleiq.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 180k dalam masa 4 jam. Dengan kepsyen yang panjang, Ozlynn menceritakan gelagat suami dan anaknya.
Kadang org laki ni sweet.. kdg boleh buat kita naik hantu kan.. masa bila kita naik hantu?? Bila dorg jaga anak… wehhhh ko g toilet kejap je pon ko boleh dgr anak ko merangkak ke mengutip ke.. dr dlm bilik air tu la suara ko pekik “ apa tu???” Xkan berjawap ye.. sb masa nih dorg baru sedar anak dorg dh ke laut kali kedua pekikan ko tinggi sikit “ eyyy, nape tuh??! ..
Masa nih baru dorg reply.. dlm keadaan kelam kabut.. “xde apa syg”.. tp masa tu ko dh dgr suara anak ko melalak… eh korg paham x maksud aku.. haaa masa tu kalau tgh berak pon taik separuh kuar pon ko boleh putus mood nak berak tau!! (Saja ckp psl taik.. share pasal lauk korg ckp lapar lak) kdg kan bila aku duk sensorg.. tergelak aku.. mak2 nih kdg dh mcm org giler.. ada masa marah naik hantu, x smp 5 mnt sedih.. kang ptg sikit happy.. masok dinner sentap… nk tdo majuk.. bahahahaha wehhh kita nih sehari memcm karakter masok kan… yg pasti karakter tarzan menjadi fav setiap ibu bahahahah jgn deny… so
Berbalik pd kes aku nih.. aku tinggalkan kejap je pi buang air… haaa kalau ngah meneran mau satu bilik penoh bedak… nasib syg kat dobok dua org nih.. haihhhhhh… papa.. papa.. nasib la ko part tdokan anak ko hebat.. ( elehhhh sb ko pon kuat membutakan pa!) video nih panjang lg.. nnt aku share kt youtube channel aku
Rata-rata tertarik dengan keletah comel Moleiq. Ramai netizen yang memuji kecomelannya dan senyuman Moleiq yang tidak lekang di bibir.
Kenapa ya ibu-ibu disarankan untuk barut perut baby? Ada apa-apa kelebihan ke? Sampai bila agaknya perlu dipakaikan barut baby ini?
Segala persoalan anda mengenai barut untuk si kecil akan terjawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Amalan barut perut baby
Anda mungkin menganggap bahawa berbarut untuk bayi ini adalah amalan tradisional masyarakat Melayu sahaja, betul tak?
Sebenarnya anda silap! Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Di Filipina menggelarkan barut ini sebagai bigkis, manakala di negara Barat dikenali sebagai baby binder atau belly banding.
Tujuan pemakaiannya adalah sama, iaitu bagi menghindari bayi daripada mengalami ketidakselesaan perut seperti perut kembung atau berangin mahupun sakit perut, dengan hanya membalut kain atau mengikat kain pada bahagian pinggang dan perut si kecil.
Mesti akan ada yang bertanya, “Barut baby pakai sampai bila, ya?”
Kebiasaannya barut akan dipakaikan pada bayi yang berusia sehari – selepas dilahirkan – hingga mencecah usia 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian serta keadaan bayi.
Kini terdapat banyak jenis barut yang boleh dijadikan pilihan. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung mahupun jenis pelekat velcro sahaja.
Selalunya barut ini dihasilkan daripada kain kapas jenis flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal sehingga boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa kerana kepanasan.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan pemakaian barut perut baby ini.
Manfaat barut baby
Kegunaan utama barut adalah untuk memastikan perut bayi sentiasa hangat dan mampat (compressed).
Walaupun tampak seperti tidak menyelesakan, tetapi bagi si manja balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan.
Berikut kelebihan lain pemakaian barut yang patut anda ketahui:
Hindari masalah kembung perut
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tujuan berbarut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Ini kerana si kecil amat terdedah kepada masalah perut berangin.
Elakkan bayi menyusu secara berlebihan
Pemakaian barut boleh mengelakkan si kecil daripada menyusu secara berlebihan. Eh, baguslah kalau bayi menyusu lebih, cepat besar. Itu mungkin secara teorinya, ‘lebih banyak makan, lebih cepat besar’.
Tetapi hakikatnya jika bayi terlebih menyusu ia boleh menyebabkan tekanan pada perut mereka. Ini kerana sistem pencernaan si kecil masih belum mampu menampung jumlah nutrisi yang terlalu banyak.
Melindungi tali pusat bayi
Biasanya dalam tempoh 1-2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan itu boleh menyebabkan bahagian pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.
Jadi dengan memakaikan barut baby, bahagian tersebut akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.
Sebak, sedih, terharu, cemas begitulah perasaan yang dirasai oleh seorang ibu apabila anak lelaki akan dikhatankan. Lebih mencemaskan jiwa apabila anak yang bakal dikhatankan masih terlalu kecil.
Begitulah perasaaan yang dirasai oleh selebriti terkenal, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah, 29, ketika menanti cahaya mata sulungnya dikhatankan semalam.
Bercerita tentang pengalaman pertama kali menguruskan anak yang dikhatankan, ternyata ianya bukanlah mudah lagi-lagi cahaya mata sulungnya baru berusia 33 hari namun ianya tetap menjadi memori yang akan diingati sampai bila-bila.
“Papa dan mama sangat berbangga baiknya kamu semasa ‘sunat’/khatan! Mama menangis bila mendengar tangisanmu pada mulanya. Papa tak menangis tetapi ngilu.
“Boleh dikatakan sepanjang proses khatan kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan sudah lepas, bawah pun sudah lepas.. you’re a cool baby”. Alhamdulillah, well done son. May you recover swiftly our dearest little champ!” titipnya.
Rata-rata berkongsi pendapat tentang berkhantan seawal usia bayi.
norhasliza.mutalib Alhamdulillah senang nk jaga sunat masa baby
cyrabubu Alhamdulillah! inshaAllah 2 hari dah kering! sgt mudah jaga baby boy sunat 😍😍😍 #sunnahrasulullah
adilalmi Alhamdulillah inshaAllah sunat time baby ni actually lg cpt sembuh. Baby saya sunat time 4bulan. Dlm seminggu je dh sembuh.
aisyaaajasmeen Sejak ada anak la baru faham macam mana mak kita sayang dan jaga kita dari kecil. Alhamdulillah diberi rezeki merasa menjadi seorang ibu. Penat tapi menghiburkan dan InshaAllah menjadi kenangan indah untuk dikenang sampai bila2. Buat yang belum ada rezeki menjadi ibu, dont worry Allah bagi peluang honeymoon lama & rezeki jaga parents / family dengan ada kelapangan masa dan tenaga ❤️ semoga ada rezeki buat kalian. All the best moms 💪🏼
BILAKAH PALING SESUAI SUNAT ANAK LELAKI?
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan budak lelaki. Antaranya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ulama pula berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada juga ulama yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Jadi terpulanglah kepada ibubapa dan penjaga bila nak khatankan anak selagi tak capai umur baligh.
Di sini dikongsikan beberapa tips sebagai persediaan ibu ayah yang bakal sunat bayi lelaki dalam masa terdekat nanti yang dikongsi oleh terapi cara kerja, Puan Maryam Jamadi.
1. Rancang lokasi nak tukar diaper yang lebih selesa dan praktikal di rumah sebab proses menukar diaper pasti ambil masa lebih lama selepas berkhatan untuk proses mencuci dan letak ubat.
2. Selesaikan kerja-kerja rumah yang tertunggak supaya boleh fokus pada pengurusan anak sekurang-kurangnya 2-3 hari pertama. (Basuh cadar, vacuum, mop, basuh baju, bersihkah habuk ataupun apa-apa yang “menyakitkan” mata).
3. Kemas beg anak untuk ke hospital, bawa:
Public Health Malaysia pula berkongsi kelebihan dan cara penjagaan berkhatan semasa bayi seperti berikut;
Bila waktu sesuai berkhatan untuk bayi?
Sebelum bayi boleh meniarap sendiri.
Kenapa ia sesuai dilakukan sebelum bayi boleh bergerak atau berpusing?
Jika bayi sudah mula bergerak secara aktif, amat sukar untuk melakukan prosedur khatan dengan ‘local block’ atau bius setempat. Jika mahu melakukannya juga, mungkin perlu menggunakan bius keseluruhan atau General Anaesthesia (GA) dengan menidurkan baby dan KIV masukkan tiub dalam mulut untuk bantuan pernafasan.
Apa kelebihan berkhatan sewaktu bayi?
Senang jaga, luka pun cepat sembuh berbanding sunat sewaktu besar.
Apa perlu ibu bapa buat semasa prosedur berkhatan?
Bedung atau pegang tangan dan kaki bayi sambil memberikan susu sewaktu menangis. Baby selalunya akan menangis sewaktu bius diberikan sahaja. Selepas bius mula berkesan, baby tidak akan menangis. Beri rasa selesa dengan menyusukannya.
Berapa lama prosedur khatan?
15 hingga 20 minit. Luka dijahit pada enam poin menggunakan benang halus ‘absorbable’. Benang tersebut akan hilang tanpa perlu risau untuk membuka benang.
Bagaimana prosedur khatan dilakukan?
Semua peralatan yang digunakan adalah steril. Prosedur kecil ini tidak melibatkan doktor pakar bius dan boleh dilakukan di bilik prosedur.
Lepas khatan, bagaimana penjagaannya?
Senang saahaja, cuci seperti biasa. Guna larutan normal saline dan gauze/tisu kering untuk lap-lap. Item tersebut boleh dibeli dari farmasi. Disarankan untuk melarutkan dua sudu garam ke dalam air. Ia boleh digunakan sebagai pengganti normal saline dan menjimatkan kos. Disamping itu, doktor akan membekalkan krim antibiotik (fusidic cream). Sapu dua kali sehari dan tidak perlu balut dengan dressing.
Kalau tiada dressing, tidak sakitkah apabila bersentuhan dengan lampin?
Beli di farmasi krim vaselin dan sapu untuk mengelakkan geseran antara lampin dan kepala zakar.
Berapa lama luka perlu dijaga?
Tidak sampai seminggu, malah adakalanya kurang daripada itu. Biasanya dalam tempoh 24 hingga 72 jam sahaja.
Tidak risau jika bayi asyik menangis?
Ini kelebihan sunat awal. Kebiasaannya pada waktu umur empat bulan ke bawah, bayi menangis disebabkan ingin susu atau buang air besar. Berikan susu atau tukar lampin, insha-ALLAH mereka tidak lagi menangis.
JIKA BAYI ANDA MASIH MENANGIS, LIHAT LUKA, MUNGKIN ADA ISU ATAU BAYI MENGALAMI KESAKITAN. ANDA BOLEH CUBA MEMBERIKANNYA UBAT PARACETAMOL YANG DIBERIKAN OLEH DOKTOR UNTUK MENAHAN SAKIT. JIKA MASIH LAGI MENANGIS, DISARANKAN BAWA MEREKA BERJUMPA DENGAN DOKTOR.
Apakah komplikasi mungkin berlaku?
Seperti mana-mana prosedur pembedahan, terdapat risiko komplikasi yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Meatitis iaitu keradangan pembukaan uretra atau stenosis meatal dan penyempitan pembukaan uretra, risiko untuk dua perkara di atas ini berlaku dikurangkan dengan adanya kulup. Tapi apabila ia dibuang, risiko untuk perkara di atas akan meningkat. Cara untuk nak mengurangkan risiko adalah dengan menukar lampin dengan kerap.