Kehilangan anak tercinta bukanlah sesuatu yang mudah diterima, apatah lagi apabila ditambah dengan kata-kata yang melukakan hati. Inilah yang sedang dilalui keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir apabila satu kenyataan melulu di media sosial mengundang kemarahan dan kesedihan yang mendalam.
Baru-baru ini, seorang pakar perubatan didakwa memuat naik hantaran di Facebook yang seolah-olah membuat kesimpulan bahawa arwah Zara “memang terjun sendiri” dari bangunan sekolah. Kenyataan ini, yang tular dengan pantas, menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan amarah orang ramai, terutamanya keluarga mangsa.
Ads
Menurut keluarga arwah, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan sangat tidak sensitif terhadap situasi mereka yang sedang berduka. Demi menjaga maruah dan nama baik anak, mereka kini sedang mendapatkan nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Ads
Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat atau menyebarkan kenyataan palsu berhubung kes kematian ini. Penyebaran maklumat yang tidak sahih bukan sahaja boleh mengganggu siasatan, malah memberi kesan buruk kepada emosi keluarga.
Ads
Sebagai ibu bapa, peristiwa ini menjadi pengajaran penting untuk kita mendidik diri dan anak-anak tentang etika penggunaan media sosial. Setiap perkongsian, sama ada status, gambar atau komen, boleh meninggalkan kesan yang besar terhadap orang lain. Kata-kata yang tidak tepat atau berunsur fitnah boleh membawa kepada tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau undang-undang berkaitan.
Di saat keluarga sedang berusaha untuk menerima takdir dan membina kekuatan, apa yang mereka perlukan adalah doa, sokongan, dan rasa hormat daripada masyarakat. Mari sama-sama belajar untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata, kerana setiap ayat yang ditulis bukan sekadar huruf di skrin tapi ia mampu menjadi pisau yang menikam hati yang sedang luka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kali menyambut Ramadan sebagai ibu menyusu, pasti banyak persoalan bermain di minda, kan? Boleh ke teruskan puasa? Cukup tak susu untuk bayi? Selamat ke untuk kedua-duanya?
Sebenarnya, menyusukan anak ketika berpuasa adalah sesuatu yang selamat. Ibu masih boleh menjalani ibadah puasa tanpa menjejaskan penghasilan susu, selagi tubuh kekal terhidrasi dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Malah, badan ibu tetap mampu menghasilkan susu yang mencukupi walaupun berpuasa.
1. PILIH MAKANAN TINGGI SERAT, PROTEIN & KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Ketika sahur & berbuka, digalakkan ambil lebih protein. Ibu boleh masak ikan kukus, ayam panggang, sambal telur dan sebagainya. Tapi kalau tak sempat nak masak macam-macam, ibu boleh buat simple salad sahaja.
Ibu juga boleh makan kurma, oat, bijirin, beras perang, roti, pasta, kekacang & buah-buahan kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.
Makanan jenis karbohidrat kompleks ini memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Jadi, ia memberikan tenaga berpanjangan dan memudahkan ibadat puasa dilaksanakan.
2. MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air dengan kerap sepanjang waktu berbuka hingga waktu bersahur. Pengambilan air yang mencukup amat penting bagi mengelakkan ibu daripada mengalami masalah dehidrasi. JIka berlaku gejala sedemikian, ibu harus berbuka puasa kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan ibu & anak.
Antara tanda ibu mengalami dehidrasi ialah terasa nak pitam, lemah atau lesu, sakit kepala, loya, nak muntah, menggigil & air kencing menjadi pekat serta berbau kuat.
3. KERAPKAN PENYUSUAN TERUS ATAU TANDEM SEPANJANG BERSAMA ANAK
Penyusuan tandem sesuai dilakukan sekiranya bayi masih kecil dan cukup hanya menyusu di sebelah payudara saja.
Semasa menyusu terus pada payudara, pastikan posisi dan lekapan mulur anak adalah betul. Jika selepas menyusu, payudara masih penuh, ibu digalakkan memerah susu badan sehingga susu habis dikeluarkan (payudara menjadi lembut).
4. JANGAN SKIP PERAH SUSU DENGAN KERAP & BERJADUAL
Bagi ibu yang bekerja, perah susu badan dengan kerap iaitu antara 6 hingga 8 kali sehari (setiap tiga jam), 20 hingga 30 minit setiap sesi di kedua-dua belah payudara. Jika menggunakan pam susu, ibu digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda bagi meningkatkan penghasilan susu & menjimatkan masa.
5. BERGEMBIRA LAH!
Ibu tak boleh stress-stress, kena gembira & ceria je selalu supaya penghasilan susu badan tak terjejas. Sebab tu, ibu digalakkan buat aktiviti yang menggembirakan & tingkatkan paras hormon oktosin seperti dengar muzik, zikir, membaca, tengok gambar & video anak atau apa sahaja yang buatkan ibu berasa tenang serta happy.
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Berselisih faham dalam rumah tangga itu adalah perkara normal. Setiap pasangan pasti akan melaluinya. Cara terbaik untuk menyelesaikan konflik dengan pasangan adalah dengan berbincang. Sesetengah wanita atau lelaki, cenderung untuk memberitahu tentang masalah perkahwinan di media sosial. Bukankah ia umpama membuka aib sendiri?
Meluahkan rasa tidak puas hati dengan pasangan secara terbuka di media sosial adalah HARAM kerana ia boleh menyebabkan salah faham serta fitnah tersebar. Bahkan keadaan juga semakin bermasalah dan menjadi keruh. Menurut pendakwah bebas, Noraini Mat Din atau lebih dikenali sebagai Ustazah Nony berkata tindakan meluahkan perasaan dengan niat memohon pendapat berkenaan rumah tangga di media sosial bukanlah jalan terbaik buat suami mahpun si isteri.
Memetik sebuah artikel di Sinar Harian, Ustazah Nony mengatakan kemudaratan yang lebih besar bakal berlaku daripada tindakan itu. Misalnya keaiban pasangan dan ahli keluarga mereka akan menjadi bualan ramai. Salah faham begitu akan mengakibatkan salah faham serta prasangka buruk yang menyebabkan orang ramai menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar.
Bimbang juga jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai
MENGURUS KONFLIK
Menurut Ustazah Nony lagi, kesan daripada perbuatan itu, ia bukan sahaja memberi persepsi buruk kepada pasangan bahkan ia juga mengundang kepada reaksi negatif pelbagai pihak dan boleh membarah dalam masyarakat.
Justeru katanya, tindakan berkongsi masalah di media sosial berkenaan hal rumah tangga amatlah ditegah.
“Oleh itu, carilah jalan penyelesaian dan perdamaian dengan cara bersemuka antara satu sama lain dan bukannya melalui atas talian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelbagai kaedah yang digariskan Islam kepada suami isteri sebagai persediaan menempuhi gerbang perkahwinan, antaranya ialah kematangan dalam kerangka berfikir pasangan berkenaan.
Menurutnya, ia merangkumi cara berfikir, membuat keputusan, perbuatan dan tindakan, komunikasi serta pergaulan.
“Suami dan isteri mestilah matang dalam berbincang, membuat keputusan, menjalankan tanggungjawab dan hak, menguruskan konflik dan menguruskan rumah tangga.
“Kematangan suami dan isteri ternilai daripada cara mereka menguruskan konflik,” katanya. Kekalkan keharmonian rumah tangga.
Menurutnya, Islam mengajar umatnya beberapa cara untuk kekal harmoni dan mengatasi masalah dalam rumah tangga.
“Pertamanya, berkomunikasilah. Suami dan isteri mesti memahami pasangan masing-masing.
“Contohnya, apabila suami tidak gemar tindakan isteri maka ajaklah berbincang dan mohon isteri membuat semakan dan tegurlah secara berhemah,” katanya.
Menurutnya, suami dan isteri juga perlu meningkatkan amal ibadat dan sentiasa saling menasihati berkenaan agama.
“Ibadah sempurna akan memandu rumah tangga sekali gus menjadikan hubungan sentiasa terjaga,” katanya.
TIP BAGI MEREKA YANG BERHADAPAN KONFLIK RUMAH TANGGA
* Suami dan isteri yang mempunyai masalah ataupun tidak, mesti saling berkomunikasi secara berhadapan.
* Komunikasi melalui atas talian tidak mempunyai nada, mimik muka dan sukar untuk dibuat penjelasan maka elakkan meregangkan kekusutan antara pasangan melalui atas talian.
* Suami dan isteri mestilah duduk berbincang terutamanya apabila berhadapan konflik rumah tangga.Melarikan diri, atau mewakilkan orang untuk berbincang dan menyelesaikan masalah sebenarnya tidak membantu meregangkan konflik bahkan boleh menyebabkan ia lebih buruk.
* Sekiranya perlukan orang tengah untuk membantu komunikasi dan perbincangan antara suami isteri maka ajaklah saudara. Sama ada daripada sebelah suami atau sebelah isteri atau kedua-duanya untuk memurnikan dan memberi pendapat, atau suami isteri boleh membawa hal ini berjumpa bahagian kaunseling rumah tangga.
Insiden dua orang murid Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan yang terpaksa mengikat kasut sekolah menggunakan getah benar-benar meruntun hati ramai selepas rakaman mereka tular di media sosial. Bukan kerana ia kelakar atau luar biasa, tetapi kerana ia terlalu dekat dengan realiti hidup segelintir keluarga yang terpaksa bertahan dalam serba kekurangan.
Menerusi perkongsian di TikTok, dua murid tersebut dilihat berjalan ke sekolah dengan kasut yang sudah tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Kasut yang sepatutnya melindungi kaki kecil mereka, hanya mampu “hidup” dengan bantuan getah. Dalam diam, situasi ini menjadikan kisah kasut sekolah diikat getah sebagai gambaran jelas realiti pahit yang masih berlaku dalam masyarakat.
Situasi itu seolah-olah menceritakan satu perkara yang ramai tak sanggup bayangkan, masih ada anak-anak yang memulakan hari persekolahan dengan beban yang bukan sepatutnya mereka pikul.
Namun dalam kesayuan kisah tersebut, masih ada cahaya yang muncul melalui sikap prihatin manusia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu tampil mengambil tindakan pantas apabila menghadiahkan sepasang kasut sekolah baharu kepada kedua-dua murid berkenaan.
Bantuan itu bukan sekadar hadiah, tetapi satu bentuk pelukan halus dari masyarakat yang mahu mereka tahu, mereka tidak bersendirian.
Yang Dipertua PIBG SK Seri Wakaf Bharu yang juga Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) memaklumkan bantuan tersebut diberikan sebaik kisah itu tular dan menarik perhatian ramai.
Menurutnya, tindakan segera itu dilakukan bagi memastikan murid dapat hadir ke sekolah dengan lebih selesa dan yakin, terutama pada awal musim persekolahan.
“Alhamdulillah sekali lagi daripada kisah ‘SEPASANG KASUT YANG DIIKAT DENGAN GETAH URAT’ kami daripada MTRK berkesempatan menghadiah kasut baru kepada 2 orang murid di SK Seri Wakaf Bharu, Tumpat.
“Terima Kasih tidak terhingga kepada Presiden MTRK merangkap YDP PIBG SK Seri Wakaf Bharu kerana sentiasa cakna dan bertindak pantas agar mereka ini dapat merasa memakai kasut baru di awal persekolahan,” katanya menerusi kapsyen hantaran tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dan terharu. Ramai memuji tindakan pantas PIBG dan MTRK yang disifatkan wajar dijadikan contoh. Dalam masa yang sama, ramai juga berharap lebih banyak pihak tampil membantu murid-murid yang kurang berkemampuan.
Ada juga komen yang mencuit hati apabila perhatian warga maya turut tertumpu kepada rupa paras salah seorang murid yang dikatakan memiliki wajah tampan.
“Masha Allah comelnya adik berdua ini. Boleh jadi model baju raya 2026. Good luck dan all the best untuk adik berdua di dunia & akhirat,” komen seorang warga maya.
Walaupun santai, reaksi ini tetap membuktikan bahawa masyarakat masih mampu berkongsi rasa dan peduli.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.