“Memang Menyakitkan…”Ibu Menyusu Kena Liang Susu Tersumbat, Legakan Dengan Air Suam Bergaram

Share

Memang ia menyakitkan blocked duct. Susu tidak dapat keluar kerana tersumbat.

Hanya yang pernah mengalaminya tahu bagaimana sakitnya apabila liang susu tersumbat. Panduan yang diberikan Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu. Berikut ialah perkongsian beliau;

BOLEH TERJADI BILA PELEKAPAN SALAH ATAU HISAPAN PAM YANG KUAT

“Nipple bleb atau disebut juga nipple blister  satu keadaan di mana lapisan epidermis kulit pada puting tertarik disebabkan oleh friction (sama ada kesan penggunaan suction pam yang kuat atau improper latching).

SUSU TERSUMBAT DI SEBALIK LAPISAN KULIT

“Susu akan tersumbat di sebalik lapisan kulit yang tertarik tadi. Bila ‘lubang’ aliran susu ini tersumbat maka lebih mudah menyebabkan masalah blocked duct bila susu tidak dapat keluar dengan optimum.

Sejak dari Korea hari tu, saya beberapa kali kena blocked duct. Ditambah dengan nipple bleb. Berganda sakitnya.

Mula-mula memang saya massage dan buat hot compression + marmet. Lama-lama tak tahan juga. Maka pergilah ke farmasi mencari epsom salt.

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN

Saya campur epsom salt dalam air panas sampai larut. Kemudian saya tambah air sejuk sikit untuk bagi larutan suam dan soak cik B dalam mangkuk berisi larutan epsom salt.

(Ratio campuran : lebih kurang dua sudu teh epsom salt + secawan air. Saya buat lebih kurang 2 cawan air + 4 sudu teh). Rendam 10 minit.

Sambil rendam sambil massage, sambil compress. Lega! Rasa ketulan yang besar tadi berkurang.

GUNA MILK COLLECTOR LEBIH PRAKTIKAL

Lepas menyusukan Fatimah, saya cuba ulang lagi tapi dengan cara berbeza. Google tadi dan terjumpa pula inovasi ni.

Lebih mudah dan tak basah kuyup ?

Cuma letak larutan epsom salt tadi dalam milk collector kemudian biarkan milk collector ‘bekerja’ sambil saya buat breast compression.

Nampak dengan jelas air susu keluar lancar macam air terjun!

Seriously terus lega blocked duct saya. Allahu. Macam ni lah agaknya perasaan mak-mak yang saya selalu attend untuk masalah blocked duct.

EPSOM SALT MEMBANTU

Patutlah muka diorang berkerut. Memang sakit rupanya. Bila sendiri rasa, memang berkerut-kerut muka setiap kali nak buat massage.

Tapi jujur, epsom salt tu sangat membantu. Mak-mak yang tengah alami blocked duct/nipple bleb tu boleh cuba ya.

At least dapat melegakan rasa sakit dan bantu lancarkan semula aliran susu dengan cepat dan kurang menyakitkan.

Saya ada attach video cara nak guna milk collector dengan epsom salt. Harap membantu.

Tutorial penggunaan milk collector yang diisi dengan larutan epsom salt

Sumber: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda

IKLAN