Pempengaruh media sosial dan usahawan wanita, Dahlia Rizal, mencetuskan perhatian ramai netizen apabila berkongsi kisah lucu tentang kehidupannya bersama suami, Imran Aqil, pada awal perkahwinan mereka. Menerusi satu hantaran di platform Threads, Dahlia mendedahkan bagaimana ibu mertuanya pernah menyangka dirinya seorang yang “low maintenance”, namun ternyata realiti jauh berbeza.
“Saya masih ingat Imran cakap ibu saya scam dia. Masa awal-awal kenal, mak saya cakap Dahlia low maintenance, tak suka barang mahal. Tapi lepas kahwin, Imran terus terkejut besar!” ujar Dahlia berseloroh.
Kejutan Gaya Hidup Selepas Kahwin
Menurut Dahlia, walaupun beliau memang menggemari barangan mahal dan berjenama, beliau tetap berpegang teguh pada prinsip untuk menggunakan hasil titik peluh sendiri bagi memenuhi kehendak peribadi. Segala pembelian dibuat hasil usaha dan pendapatan sendiri, bukan ditanggung oleh suami semata-mata.
Ads
“Saya beritahu dia, memang saya high maintenance pun. Memang suka barang mahal dan branded. Tapi dulu tak mampu. Lepas kahwin, rezeki lebih dan saya gunakan untuk beli apa yang dulu saya tak mampu.”
Pengakuan ikhlas tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji sikap berdikari Dahlia. Ramai menyifatkan beliau sebagai contoh wanita moden yang tahu mengurus kehendak sendiri tanpa membebankan pasangan.
Ads
Hubungan Seimbang & Matang
Kisah ini turut mencuit hati ramai warganet yang memuji kematangan hubungan antara Dahlia dan Imran. Mereka disifatkan sebagai pasangan seimbang yang mengutamakan komunikasi terbuka dan saling menghormati dalam perkahwinan.
Ads
Pasangan ini juga sering berkongsi kehidupan mereka di media sosial, sekali gus memberikan inspirasi kepada ramai pasangan muda yang baharu mendirikan rumah tangga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semua perancangan hidup berjalan seperti yang diharapkan. Ada pasangan yang hanya mengetahui status pembawa thalassemia selepas berkahwin, dan ada juga yang sudah maklum lebih awal, namun tetap memilih untuk melangkah ke alam perkahwinan atas dasar cinta, keyakinan dan takdir.
Apa pun situasinya, satu perkara penting perlu ditegaskan, menjadi pembawa thalassemia bukan satu kesalahan. Bagi suami isteri pembawa thalassemia, memahami fakta yang betul adalah langkah pertama untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan bersama.
Pembawa thalassemia ialah individu yang membawa gen thalassemia tetapi tidak menghidap penyakit tersebut. Dalam kebanyakan kes, pembawa:
Namun, situasi menjadi lebih kompleks apabila kedua-dua pasangan adalah pembawa. Di sinilah suami isteri pembawa thalassemia perlu memahami risiko sebenar kepada zuriat.
Bagi setiap kehamilan, kebarangkalian genetik adalah tetap dan tidak berubah:
Peratusan ini berlaku pada setiap kehamilan tanpa mengira anak pertama, kedua atau seterusnya. Inilah realiti yang perlu difahami oleh setiap suami isteri pembawa thalassemia.
Thalassemia major ialah penyakit darah kronik yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Anak yang menghidapnya lazimnya akan:
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada anak, tetapi turut memberi tekanan emosi, kewangan dan masa kepada ibu bapa.
Bagi pasangan yang baru mengetahui status pembawa selepas berkahwin, perasaan terkejut, takut dan bimbang adalah sesuatu yang normal. Ini bukan kelemahan, tetapi reaksi manusiawi.
Antara langkah penting yang boleh dipertimbangkan:
Genetik bukan pilihan, tetapi tindakan selepas mengetahui hakikat inilah yang mencerminkan tanggungjawab.
Ada juga suami isteri pembawa thalassemia yang memilih untuk berkahwin walaupun mengetahui risiko genetik. Ini adalah keputusan peribadi yang dibuat atas pelbagai pertimbangan.
Apa yang penting selepas berkahwin ialah:
Pasangan pembawa thalassemia sebenarnya mempunyai beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan secara bertanggungjawab:
Setiap pilihan mempunyai kelebihan dan cabarannya tersendiri.
Isu ini sering disertai rasa bersalah, tekanan keluarga dan kebimbangan terhadap masa depan anak. Sokongan pasangan, keluarga dan komuniti amat penting.
Jangan takut mendapatkan bantuan profesional. Meminta sokongan bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebertanggungjawaban.
Bagi suami isteri pembawa thalassemia, ilmu dan kesedaran adalah perlindungan paling kuat. Dengan maklumat yang tepat, pasangan mampu membuat keputusan lebih bertanggungjawab, melindungi kesejahteraan anak dan menghadapi masa depan dengan lebih yakin.
Cinta itu penting, tetapi cinta yang disertai ilmu dan perancangan adalah hadiah terbaik untuk zuriat yang bakal lahir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai spekulasi yang berlegar sejak akhir-akhir ini berkenaan wabak koronaviru atau dikenali sebagai Covid-19. Malam in, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih. Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Perasan tak bila anak mula buat drama, kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran. Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak. Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah?
Selalu mak ayah akan tanya nak berkeras ke nak menyerah? Dilema mak ayah bila anak dah mula masuk fasa “The Teribble Twos”. Ini la fasa di mana anak tak menerima kata “tidak” bila dia nak sesuatu.
Berikut perkongsian lanjut oleh Influencer Parenting, Mohd Fhais
Fasa paling dasyat dalam sejarah keibubapaan kerana ada satu tahap tu anak sampai boleh memukul, menendang, menyepak, mengigit, baling barang dan hempas badan untuk meluahkan protes bila tak dapat apa yang di minta.
Makin kita berkeras, makin menjadi pula tantrum dia. Bila kita menyerah, takut sampai di pijak kepala pula nanti. Aduh, dilema sungguh!
Baik, di sini ada beberapa tips tentang anak fasa The Teribble Twos ni.
– Fasa ini hanya normal semasa anak berumur 1-3 tahun. Jika berlarutan sampai ke 4/5 tahun itu tak normal.
– Ketika umur 1-3 tahun perkembangan IQ dan Fizikal sedang melonjak naik. Berjalan, bercakap, sudah pandai meminta, belajar tentang emosi dan belajar tentang hak peribadi.
– Antara semua perkembangan ni, emosi yang paling lemah sekali. Kerana mereka hanya pandai merasa tapi mereka tak pandai mengawal emosi tersebut.
– Oleh sebab ini la ketika mereka marah, tak puas hati, sedih, stress, frust, atau lost sekalipun mereka hanya ada satu je respon. Iaitu tantrum dan berkelakuan buruk.
– Sangat bahaya jika kita marah, tengking atau memukul anak ketika emosi mereka sedang bergelora. Ini akan membuatkan otak reptilia anak menjadi makin ganas.
– Itu yang tantrum makin lama makin menjadi jadi. Kalau hari ni kita berjaya diamkan anak dengan keganasan, tunggu la next tantrum dia pasti lebih ganas dari sebelumnya.
– Cara terbaik untuk handle masalah emosi anak adalah dengan formula 3R
1 – Regulate ( Tenangkan diri )
Fokus utama tenangkan emosi dan sensori anak dulu. Abaikan dulu walau apa pun anak dah buat.
2 – Relate ( Bina connection )
Sebelum nak pujuk atau tegur dapatkan dulu connection. “Ibu tahu adik sedang sedih” atau “kakak marahkan bila adik buat macam tu”
3 – Reason ( Terangkan )
Terangkan kenapa dia tak boleh buat apa yang dia buat. Beri alternatif kepada tindakan yang lebih baik.
Kita bukan sahaja nak tenangkan tantrum anak tapi kita nak mendidik anak tentang Self-Regulation dan Self-Control
Ini penting supaya masalah tantrum anak kita ni tak berterusan sampai ke tadika. Masa tu agak terlambat dah.
Terlalu berkeras pun tak boleh. Terlalu lembut pun tak boleh juga. Kita kena duduk di tengah tengah.
Mak ayah kena kental dan tak terlalu ikut emosi. Boleh jadi tegas bila perlu, dan boleh jadi lembut jika mahu. Yang penting jangan emo bila anak tantrum.
Kalau nampak anak mengamuk tak tentu pasal tu bersabar la. Dia tak sengaja, dia budak baru belajar nak kawal emosi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!