Pempengaruh media sosial dan usahawan wanita, Dahlia Rizal, mencetuskan perhatian ramai netizen apabila berkongsi kisah lucu tentang kehidupannya bersama suami, Imran Aqil, pada awal perkahwinan mereka. Menerusi satu hantaran di platform Threads, Dahlia mendedahkan bagaimana ibu mertuanya pernah menyangka dirinya seorang yang “low maintenance”, namun ternyata realiti jauh berbeza.
“Saya masih ingat Imran cakap ibu saya scam dia. Masa awal-awal kenal, mak saya cakap Dahlia low maintenance, tak suka barang mahal. Tapi lepas kahwin, Imran terus terkejut besar!” ujar Dahlia berseloroh.
Kejutan Gaya Hidup Selepas Kahwin
Menurut Dahlia, walaupun beliau memang menggemari barangan mahal dan berjenama, beliau tetap berpegang teguh pada prinsip untuk menggunakan hasil titik peluh sendiri bagi memenuhi kehendak peribadi. Segala pembelian dibuat hasil usaha dan pendapatan sendiri, bukan ditanggung oleh suami semata-mata.
Ads
“Saya beritahu dia, memang saya high maintenance pun. Memang suka barang mahal dan branded. Tapi dulu tak mampu. Lepas kahwin, rezeki lebih dan saya gunakan untuk beli apa yang dulu saya tak mampu.”
Pengakuan ikhlas tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji sikap berdikari Dahlia. Ramai menyifatkan beliau sebagai contoh wanita moden yang tahu mengurus kehendak sendiri tanpa membebankan pasangan.
Ads
Hubungan Seimbang & Matang
Kisah ini turut mencuit hati ramai warganet yang memuji kematangan hubungan antara Dahlia dan Imran. Mereka disifatkan sebagai pasangan seimbang yang mengutamakan komunikasi terbuka dan saling menghormati dalam perkahwinan.
Ads
Pasangan ini juga sering berkongsi kehidupan mereka di media sosial, sekali gus memberikan inspirasi kepada ramai pasangan muda yang baharu mendirikan rumah tangga.
“Doa ibu ayah itu umpama panahan dari langit, takkan tertolak andai dimunajatkan dengan penuh harapan.”
Hari Arafah merupakan detik paling mustajab untuk berdoa. Bukan hanya buat jemaah haji yang berada di Padang Arafah, tetapi juga buat kita yang berada di rumah, menggenggam harapan di dalam doa. Inilah waktu terbaik untuk ibu ayah mendongak ke langit, menitip harapan untuk anak-anak tersayang.
Dalam Islam, doa ibu ayah untuk anak adalah senjata yang paling kuat. Tambahkanlah keberkatan hari mulia ini dengan membacakan doa-doa ini dengan penuh yakin dan ikhlas.
“Ya Allah, jadikanlah anak-anakku termasuk dalam golongan orang yang menjaga solat, yang mencintai-Mu dan Rasul-Mu, serta dikurniakan akhlak yang mulia.”
Doa ini mendidik jiwa anak agar menjadi insan yang taat pada agama sejak kecil. Akhlak dan solat, itulah asas kejayaan sebenar anak-anak kita.
“Aku memohon perlindungan untuk anak-anakku daripada gangguan syaitan, pandangan mata jahat dan kejahatan makhluk-Mu yang lain.”
Amalkan setiap kali sebelum anak keluar rumah atau sebelum tidur. Dalam dunia yang penuh godaan ini, hanya Allah pelindung sebenar mereka.
“Ya Allah, terangilah hati anak-anakku dengan cahaya ilmu-Mu, permudahkanlah mereka memahami pelajaran dan kurniakan kepandaian yang bermanfaat.”
Ibu ayah yang sering doakan anak bijak, pasti melihat hasilnya. Yakinlah, kecerdasan bukan hanya dari genetik, tetapi juga dari doa yang tak putus-putus.
“Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik kepada anak-anakku, jauhkan mereka daripada sebarang penyakit dan beri kekuatan untuk menjalani kehidupan.”
Anak yang sihat adalah nikmat terbesar. Dalam doa inilah harapan ibu ayah tertumpah bila anak tidak sihat.
“Lindungilah anak-anakku Ya Allah, di mana sahaja mereka berada. Jadikan setiap langkah mereka dalam perlindungan-Mu yang Maha Hebat.”
Amat sesuai diamalkan ketika anak ke sekolah, bermain atau berjauhan dari ibu ayah.
“Lembutkanlah hati anak-anakku Ya Allah, jadikan mereka insan yang mudah menerima nasihat, hormat orang tua dan berjiwa penyayang.”
Doa ini sangat sesuai untuk anak yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan rohani.
“Kurniakanlah anak-anakku pasangan hidup yang soleh/solehah, yang membawa mereka lebih dekat kepada-Mu, dan menjadikan rumahtangga mereka syurga dunia akhirat.”
Walau masih kecil, doa ini elok dimulakan sejak awal. Jodoh yang baik datang dari doa yang baik.
“Jangan Kau palingkan hati anak-anakku dari mengingati-Mu Ya Allah, walau mereka sibuk, berjaya atau diuji. Jadikan hati mereka teguh dalam iman.”
Doa ini mengingatkan ibu ayah tentang keseimbangan dunia akhirat yang perlu ditanam dalam jiwa anak.
“Berikanlah kejayaan buat anak-anakku Ya Allah, dalam pelajaran, kerjaya dan juga agama. Jadikan mereka insan berguna kepada ummah.”
Tiada ibu ayah yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Letakkan harapan ini dalam setiap sujud.
“Ya Allah, kurniakan kepadaku anak-anak yang menjadi penyejuk mata, penawar duka dan pembawa ketenangan dalam hidup ini.”
Doa yang pendek, tetapi cukup besar maknanya. Anak-anak adalah amanah dan penyejuk hati di kala duka.
HARI Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijah merupakan antara detik paling agung dalam kalendar Islam. Tahun ini, berdasarkan ketetapan Malaysia, ia disambut pada Jumaat iaitu 6 Jun 2025, manakala di Makkah pula jatuh pada Khamis, 5 Jun 2025.
Gunakan peluang Hari Arafah ini. Ambil wuduk, cari tempat yang tenang dan bacakan doa-doa ini satu persatu. Moga segala doa kita dimakbulkan, anak-anak kita menjadi insan yang menyejukkan mata dan hati, dunia dan akhirat.
Setiap anak pasti teruja inginkan adik beradik yang ramai apatah lagi jika terlalu lama menjadi satu-satunya anak di dalam keluarga.
Menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @lya a.naaa, memaparkan seorang kanak-kanak yang baru pulang ke rumah bersama bapanya.
Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi kanak-kanak tersebut yang teruja melihat kehadiran bayi di rumahnya, dimana menurut si ibu, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal selama hampir 3 tahun.
“Hampir 3 tahun jadi anak tunggal. Tetibe ada adik. And his reaction so priceless”
Rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat comel si abang pertama kali menerima adik dalam hidupnya.
Walau anak semakin bertambah namun doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui agak gementar untuk menyambut kelahiran bayi ketiganya awal tahun hadapan.
Namun akui Dr Say, dia mahu menguruskan sendiri ketiga-tiga anaknya walaupun mempunyai pembantu yang menguruskan mereka.
“Kami sangat gembira dan pada masa sama gementar sebab sebelum ini kami suami isteri hanya menjaga dua orang sahaja, tidak lama lagi bertambah lagi seorang.
“Terfikir juga nanti akan situasi ketika nak uruskan mereka bertiga, namun inilah namanya cabaran dan kami memang menantikannya,” kongsi Dr Say.
Kongsi Dr Say lagi, biarpun mempunyai pembantu di rumah, mereka sebenarnya lebih suka menguruskan anak-anak sendiri.
Dedah beliau lagi, menghabiskan masa bersama adalah satu rahsia memaknakan ikatan kasih sayang sekeluarga.
“Apabila kita (ibu bapa) rapat dengan anak-anak, secara tidak langsung kita boleh rasa keakraban tersebut. Memang dari awal lagi kami punya pembantu rumah, namun soal anak kami tak lepas tangan.
“Apabila berkaitan mereka (anak-anak), kami selesa untuk lakukan sendiri, sebaliknya pembantu hanya uruskan hal-hal lain seperti kemas rumah, memasak dan sebagainya,” ungkap Dr Say.
Empunya diri turut mendedahkan isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan.
“Kami memang berniat untuk menimang cahaya mata lagi. Lagipun, isteri sekarang menguruskan bisnes sendiri, jadi banyak masa banyak terluang. Justeru, kami fikir sekarang inilah masa yang sesuai,” ujarnya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.