Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.
Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ? _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ? _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy
Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
Ads
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Ads
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Ads
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Besarnya pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak. Pelakon dan juga penyanyi, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali sebagai Betty Benafe, 39 mengalami kecederaan mata hitamnya tertusuk permainan anak.
Ibu kepada Julia Claire Dargus, 5 dan Bruce Dean Dargus, 3, berkongsi gambar matanya yang sudah bertampal selepas menerima rawatan akibat tertusuk mainan anaknya.
Biarpun menanggung kesakitan namun sebagai ibu, Betty tetap positif dengan apa yang dialami dan faham dengan perangai anak-anak yang sedang membesar dan aktif pula.
Dalam kapsyen yang ditulis di Instagramnya, Betty turut bersyukur kerana masih diberi peluang melihat lagi. Dia membayangkan betapa sukarnya mereka yang langsung tidak diberi penglihatan oleh Allah tetapi kagum dengan semangat mereka untuk terus hidup.
Selain dari itu, Betty juga reda dengan ujian yang dilalui dan berharap agar ibu-ibu lain turut diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai kerenah anak-anak sepanjang membesarkan mereka.
Dia turut berterima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya.
Bila dah berkahwin, ada anak perkara pertama yang akan terlintas adalah duit. Nak simpan banyak takut tak cukup nak belanja, bayar itu ini dan beli keperluan anak-anak.
Kadang-kadang bila difikirkan boleh pening kepala. Bak kata orang duit ni ibarat air yang mengalir. Dapat hari ini, boleh habis juga hari yang sama. Cuma bagaimana kita nak pastikan ada juga simpanan untuk waktu kecemasan atau untuk keperluan yang lebih utama?
Cara tabungan yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini boleh dijadikan panduan kepada setiap suami isteri denga syarat sama-sama kena berdisplin.
Jika anda mampu simpan lebih banyak lagi baik, tapi jika tak mampu jangan paksa diri cuma disiplinkan dari jumlah yang sedikit dulu secara berperingkat.
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Bila lebih dari seorang anak bersekolah, semestinya keperluan sekolah anak pun makin bertambah. Sebagai contoh anak sekolah rendah ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Andai kata anak mama papa ada 3 orang yang bersekolah rendah pasti ada 6 buah beg. Penuh dalam bilik atau di ruang tamu. Itu belum lagi dikira dengan beg kerja mama papa dan buku-buku sekolah anak.
Kadang tu, sakit juga mata mama bila anak balik sekolah tak letak beg elok-elok. Bila diminta suruh letak dalam bilik, barulah bawa masuk. Bagi mama yang nak pastikan beg-beg sekolah anak diletakkan tersusun, cubalah buat idea ini.
DIY rak beg sekolah yang diilhamkan oleh Atam Ayu ini sangat menarik dan rumah pun lebih kemas. Tak perlulah mama nak berulang kali suruh letak beg elok-elok tiap kali balik sekolah. Dah ada rak ni, secara tak langsung boleh ajar anak letak semuanya di situ.
DIY RAK BEG SEKOLAH
Bahan-bahannya:
1) 3 rak buku 3 tingkat saiz besar – dipasang 2 tingkat — 40/ sebuah X 3
2) Box putih Aeon — 16.90/sebuah x 3
3) Kaki sofa — 2/pcs X 12
4) Hook A ecoshop 2.10/pack X 2 (penyangkut untuk letakkan beg sekolah anak terpulang nak buat atau tak)
5) Hook B ecoshop 2.10/pack X 2
Jumlah keseluruhan untuk siapkan rak beg sekolah ini adalah RM 203.10. Dianggarkan satu rak tu dalam RM 67.70.
Bagi yang nak tahu cara DIY ini disediakan langkah demi langkah. Mudah sangat!
(Nak dapatkan kaki rak ini boleh beli di kedai perabot atau secara online. Klik saja di sini)
(Inner rak ini boleh dapatkan di Aeon Mall)
(Pasangkan kaki rak itu di empat penjuru)
** Untuk rak itu, pasangkan satu lapis je pelapiknya untuk beri ruang meletakkan beg. Dalam inner box tu mama bolehlah simpan stok alat tulis, stokin, penutup muka anak-anak atau sebagainya. Jadi pagi-pagi nak ke sekolah tak perlulah dah nak kelam-kabut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...