Umum memang tahu aktiviti membaca dan membuat kraf semasa hamil adalah sesuatu yang baik yang boleh merangsang perkembangan positif bayi. Paling hebat bila ia dapat difailkan untuk tatapan si kecil apabilanya besar nanti.
Ibu ini, Puan Nur Anis Syazwani Azhar cukup sistematik menyusun rekod perkembangan kehamilannya. Lebih kurang scrap book, ia terisi dengan pelbagai rekod penting ibu ini sepanjang kehamilannya. Ia terbahagi kepada beberapa segmen seperti nama bayi, pemilihan nama, bedtime story, islamic learning dan beberapa segmen yang lain yang penting. Terdapat juga ruang untuk menyimpan salinan cetakan imbasan sonografi dan bukti-bukti yang telah diambil semasa hamil.
“Pada saya, setiap ibu perlu mempunyai rekod perjalanan semasa mengandung sebagai salah satu simbolik dalam usaha memperingati diri sendiri bahawa kita sudah mula diberikan tanggungjawab oleh Pencipta. Selain itu, ia bakal menjadi artifak yang bermakna kerana dibuat oleh individu yang bergelar ibu sendiri untuk seorang anaknya.
“Secara tidak langsung, perihal tersebut akan membuatkan anak berasa dihargai dan disayangi. Kasih sayang tidak semestinya dengan melaburkan wang ringgit semata-mata tetapi dengan masa yang ada itu sudah cukup memberi kesan yang bermakna. Fitrah manusia suka kepada hal-hal yang sistematik,” katanya yang bertugas sebagai seorang ibu.
Ads
MEREKODKAN SECARA SISTEMATIK BUAT DIRI TERMOTIVASI
Apabila seseorang mempengaruhi dirinya sendiri untuk melihat sesuatu yang sistematik, maka dia akan lebih termotivasi dan bersemangat dalam usaha menjadikan diri sebagai ibu yang baik dan bertanggungjawab.
Ads
DISIPLINKAN DIRI UNTUK MEMBACA
Aktiviti pembacaan pula, saya mendisiplinkan diri untuk membaca sekurang-kurang dua buah buku cerita setiap malam dengan pembacaan yang kuat dan jelas seakan-akan bercerita dengan seseorang. Seperti yang sudah lama kita ketahui, bayi sudah mula mendengar dan menerima segala input yang dilakukan oleh seseorang ibu.
Ads
AKTIVITI KRAF MEMBERIKAN KETENANGAN UNTUK JANIN DALAM KANDUNGAN
Manakala aktiviti art & kraf pula sebagai salah satu alternatif dalam menyuburkan perasaan ibu ketika hamil. Apabila ibu-ibu mengandung menghasilkan sesuatu yang kreatif pastinya akan membuatkan jiwa ibu itu seronok dan tenang. Rentetan itu, menyebabkan aura-aura melalui hormon positif juga dirangsang oleh bayi dalam kandungan.
Sumber: Puan Nur Anis Syazwani Azhar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Oktober yang lalu, Raja Pop, Datuk Jamal Abdullah dan isteri Datin Zai Izzati Khairuddin dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Nur Azura Yamani.
Nampaknya pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila Datuk Jamal berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan kini isterinya sedang hamil 10 minggu.
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp kepada salah sebuah akhbar tempatan.
Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.
Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Azura kini berusia tujuh bulan dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Jamal ketika itu meluahkan kesyukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti.
Ibu seharusnya tidak culas pantau pergerakan bayi begi mengelakkan bayi meninggal masa lahir. Pemantauan ini sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan (still birth).
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Kelana Jaya Medical Centre, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Pentingnya carta pergerakan bayi
Sewaktu kandungan mencecah usia 34 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
1.PembesaranTerbantut (IUGR)
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Nasihat doktor
Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan daripadadoktor. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala. Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa.
Elakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahira serta hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
Sementara itu, bayi biasanya tidur (tidak bergerak) selama 20 minit dan berjaga dalam anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini, isteri pelakon, Harris Annuar mengidam cium bau simen dinding, kali ini isteri kesayangannya, Asha Merican mengidam makan sabun pula.
Menerusi Instagramnya, Harris turut berkongsi cerita mengenai kisah mengidam isterinya yang pelik itu.
Kata Harris lagi, isterinya mengganggap sabun yang dimakan itu ada rasa ‘kicking’.
“Haa sudah bini aku ni dah makan sabun pulak ni, kata dia rasa dia, fuh kicking,” tulis Harris.
Malah dalam satu perkongsian melalui entri berlainan, Harris turut memberitahu, isterinya itu kemudiannya meludahkan semula kerana bimbang terkesan pada bayi dalam kandungan.
“Lepas mandi dia datang ,dia cakap dia jilat sikit pastu dia ludah and kumur balik.
“Tak sempat telan pun, nasib baik,” kongsi Harris lagi.
Perkongsian Harris itu sudah pastinya mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang meluahkan rasa bimbang dengan kesihatan bayi dalam kandungan serta memberi nasihat agar tidak diturutkan mengidam benda pelik-pelik.
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?