Dalam dunia keibubapaan moden, kepercayaan ibu bapa terhadap minat anak-anak mampu membuka pintu masa depan yang luar biasa. Video “Lawan Pedang Penuh Bergaya” dari Bintang Kecil memperlihatkan bagaimana fencing — sukan klasik penuh disiplin — bukan sekadar melatih fizikal, tetapi membina minda dan sahsiah anak-anak sejak usia muda. Di sebalik setiap langkah kecil di arena, tersembunyi perjalanan membentuk seorang insan luar biasa.
Sukan Yang Membentuk Karakter
Fencing bukan sekadar mengayunkan pedang dan bertahan; ia adalah sukan strategi, keberanian dan ketepatan. Anak-anak diajar untuk berfikir pantas, bertindak bijak, serta menguruskan tekanan dengan matang. Ibu bapa yang hadir dalam perjalanan ini bukan hanya menjadi penonton, tetapi sumber semangat dan inspirasi, membantu anak-anak menghadapi cabaran dengan keyakinan dan daya juang yang tinggi.
Ads
Bukan Sekadar Kekuatan Fizikal
Berbeza dengan banyak sukan lain, fencing tidak memerlukan fizikal yang besar atau kuat untuk berjaya. Teknik, kecerdasan, dan kecekapan lebih utama. Anak-anak dari pelbagai latar belakang dan saiz tubuh mendapat peluang yang adil untuk bersinar. Ini menjadikan fencing sukan yang inklusif, membina daya fokus, ketahanan mental dan kemahiran membuat keputusan — aset penting dalam dunia moden.
5 Kelebihan Fencing untuk Anak-Anak
Meningkatkan refleks dan fokus
Mengasah minda strategik dan kecekapan membuat keputusan
Membina keberanian dan keyakinan diri
Melatih kawalan emosi dan ketabahan mental
Mendidik tentang semangat kesukanan dan menghormati orang lain
Ads
Menjadi Tulang Belakang Impian Anak
Kejayaan anak-anak dalam bidang seperti fencing tidak terjadi dalam vakum. Ia bertitik tolak dari sokongan tanpa syarat ibu bapa yang percaya dan berusaha menyediakan peluang. Menghantar ke latihan, menghadiri kejohanan, memberi kata-kata semangat — semuanya kecil di mata kita, tetapi besar maknanya pada jiwa anak-anak. Kepercayaan ibu bapa menjadi bahan bakar semangat mereka untuk terus berusaha dan bermimpi lebih tinggi.
Ads
“Apabila anak diberi kepercayaan, mereka bukan hanya berani bermimpi — mereka berani menjadikan impian itu kenyataan.”
Melahirkan Generasi Yang Berani Bermimpi
Fencing hanyalah satu contoh bagaimana sukan boleh membentuk generasi baru yang lebih kuat, bijaksana, dan berdaya tahan. Melalui sukan ini, anak-anak bukan hanya diajar untuk menang, tetapi juga untuk menghormati, bersabar, dan tidak pernah berputus asa. Ibu bapa yang menyokong minat anak sejak awal membuka ruang untuk lahirnya lebih ramai pemimpin masa depan yang berani mengejar impian mereka, dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 2025 mencatatkan lonjakan luar biasa kes HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) – meningkat 266% berbanding tahun lepas dengan lebih 99,000 kes direkodkan sehingga April. Ini bukan statistik semata-mata, ini realiti yang sedang berlaku di sekolah rendah, taska dan tadika seluruh negara. Ibu bapa, jika anak anda berada dalam peringkat ini, wake up call ini adalah untuk anda.
HFMD ialah penyakit berjangkit berpunca daripada virus enterovirus seperti Coxsackie A16 dan Enterovirus 71. Ia mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, dan simptomnya muncul 3-5 hari selepas terdedah:
Kes serius boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang otak (encephalitis), meningitis, dan kematian.
Penyakit ini menular melalui air liur, najis, hingus dan permukaan tercemar. Dalam kata mudah – seorang kanak-kanak dijangkiti boleh menyebarkannya kepada berpuluh lagi dalam sehari.
Ibu bapa mesti bertindak! Bukan tunggu anak kena baru panik. Ini tanggungjawab bersama:
Bila ibu bapa cuai, satu kelas boleh dijangkiti dalam masa 24 jam
Lebih 1,000 premis ditutup tahun ini akibat HFMD – taska, tadika dan sekolah
Anak-anak yang dijangkiti berulang kali boleh hadapi masalah imunisasi & tumbesaran
HFMD bukan sekadar penyakit biasa – ia boleh menggugat sistem pendidikan dan kesihatan negara jika tidak dibendung.
Ibu ayah, kita tak mampu ambil mudah. Bila satu keluarga tidak bertindak, satu komuniti akan terkesan. HFMD bukan ujian individu – ia ancaman nasional. Jangan tunggu anak masuk hospital baru mahu bertindak. Mencegah ialah satu amanah, bukan pilihan.
Tegas tapi penuh kasih – demi anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.
Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.
Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.
Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amat penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.
Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.
Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:-
Umur 2 bulan ke bawah :12 – 18 jam
Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam
Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam
Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam
Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam
Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam
Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?
Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.
Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.
Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.
Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.
Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.
Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.
Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?
Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.
Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyak tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.
Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.
Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.
Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.
Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti
Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.
‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.
Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.
Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.
KESIMPULAN
Sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.
Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.
Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pagi yang sepatutnya bermula seperti biasa bertukar menjadi detik cemas apabila empat pelajar yang juga mempunyai pertalian keluarga cedera parah dalam satu kemalangan jalan...