Jodoh Itu Rahsia Tuhan. Siapa sangka, pada usia 77 tahun, wanita ini akhirnya dipertemukan dengan cinta lamanya. Lebih 50 tahun terpisah sejak zaman sekolah, akhirnya dua hati ini bersatu sebagai suami isteri.

Tiada siapa menyangka, cinta pandang pertama seorang lelaki berpaut kembali dengan wanita yang pernah mencuri hatinya sejak zaman persekolahan.

Azizah Alias, seorang pesara kerajaan, terbuka hati menerima Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, sebagai suaminya selepas mereka kembali berkenalan melalui anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada profesor berkenaan.

“Saya dapat mesej daripada anak saudara yang beritahu pensyarahnya mahu berkenalan dengan saya. Bila tengok namanya, rupa-rupanya kami saling mengenali ketika zaman sekolah dulu,” katanya.

Azizah yang yakin lelaki itu adalah suami terbaik untuk memberitahu bukan tidak pernah ada lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya ketika muda, namun hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima sesiapa pada ketika itu.

Memori Zaman Sekolah, Jodoh Kala Usia Emas

Ads

Memori Zaman Sekolah, Jodoh Kala Usia Emas

“Saya percaya jodoh saya akan sampai suatu hari nanti.”

“Tapi bila masa itu, saya tak pasti. Setiap orang ada jodoh masing-masing. Dengan izin ALLAH, saya dipertemukan dengan suami, dan saya rasa dia adalah suami terbaik untuk saya,” katanya.

Meluahkan rasa syukur perkahwinan itu mendapat persetujuan daripada adik-beradik dan anak saudara untuk menerima suami. Dalam pada itu, Azizah berkata beliau tidak pernah rasa tertekan hidup bersendirian dan sentiasa yakin bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang ditentukan.

MEMORI ZAMAN SEKOLAH

Sementara itu, Md Sham yang merupakan bekas pakar perubatan kanak-kanak dan bekas pensyarah berkata, beliau mengenali Azizah sejak di bangku sekolah, namun hubungan mereka tidak rapat dan terputus selepas beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Ads

Bagaimanapun, katanya, selepas kematian isterinya enam bulan lalu, beliau terfikir untuk mencari semula Azizah.

“Selepas kematian isteri, hidup saya terasa sunyi dan saya teringatkan semula Azizah. Saya minta bantuan bekas pelajar saya, yang juga anak saudara Azizah, untuk mendapatkan nombor telefonnya dan sejak itu kami kembali berhubung,” katanya yang mempunyai empat anak dan enam cucu.

Tambahnya, beliau tertarik dengan perwatakan Azizah yang ramah dan baik hati.

Ads

Beliau juga mengakui bahawa pada awalnya anak-anaknya kurang bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin semula.

“Tapi saya beritahu anak-anak yang saya perlu teruskan hidup kerana pada usia ini, saya perlukan teman. Akhirnya mereka bersetuju,” katanya.

Memori Zaman Sekolah, Jodoh Kala Usia Emas

 

Sumber: Sinar Harian 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI