Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari 2021 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021 dengan bertemakan ‘Gong Xi Save & Safe’. Tema ini dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19. Kempen ini telah dilancarkan pada hari ini secara live di Facebook PTPTNOfficial.

Menangi Ang Pow Lebih RM88,888 Melalui Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN. Syoknya!
Sesi Facebook Live bagi Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang bermula 8 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021.

Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah Ang Pow yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM8,888. Tempoh promosi kempen ini bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, iaitu selama sebulan. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Dengan simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu cabutan.

Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

IKLAN

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, “Walaupun penularan COVID-19 telah memberi impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia dan tempatan, namun kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh untuk terus menyimpan dalam SSPN. Kempen ini merupakan tanda penghargaan PTPTN kepada anda yang terus menyokong SSPN. Jangan lepaskan peluang! Mungkin anda pemenang yang kami cari. Lagi banyak simpanan anda, lagi banyak peluang untuk menang.”

IKLAN
Menangi Ang Pow Lebih RM88,888 Melalui Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN. Syoknya!
YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN dalam sesi Facebook Live.

“Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, saya mewakili PTPTN mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya yakin dan percaya dengan semangat perpaduan, kemeriahan perayaan ini turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” tambah Datuk Wan Saiful lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid berkata, “Bagi ibu bapa yang masih belum membuka akaun, rebutlah peluang keemasan ini. SSPN boleh dibuka untuk anak-anak seawal usia sehari. Bagi yang telah menyimpan, teruskan menyimpan. Anda adalah Super Hero kepada anak-anak. Sedikit pelaburan anda, tapi sangat besar maknanya pada mereka. Buka akaun atau tambah deposit dalam tempoh promosi dan anda secara automatik layak menyertai cabutan ini.”

Menangi Ang Pow Lebih RM88,888 Melalui Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN. Syoknya!
Ucapan aluan oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dalam Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang diadakan secara atas talian.

PTPTN berharap kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana perpaduan dan masyarakat majmuk di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021, layari portal www.lovesspn.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI