Proses melahirkan seorang anak memang cukup getir untuk dilalui oleh setiap wanita. Ia bagaikan mempersiapkan diri ke medan perang dan bertarung nyawa untuk sebuah kelahiran yang cukup indah.
Arif Muhammad, Youtuber popular dari Indonesia berpeluang melihat sendiri proses bagaimana isteri tercinta melahirkan bayi lelaki mereka. Momen yang cukup berharga itu dikongsi oleh Arif Muhammad di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya itu, Arif berkongsi video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif. Dalam video tersebut, Arif berulang kali menyebut kalimah Allahuakbar sepanjang menemani isterinya melahirkan.
Ads
Kagum dengan semangat isteri
Menerusi rakaman video itu juga, Arif menyatakan rasa kagumnya terhadap isteri yang bersalin secara normal. Menurutnya isteri tercinta sedikitpun tidak menangis bermula dari bukaan pertama sehinggalah bayi mereka dilahirkan. Memang hebat!
Dalam satu posting yang lain, Arif turut memuat naik rakaman video dia mengazankan bayi lelakinya yang comel.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut Arif di laman sosial. Rata-ratanya terharu melihat kesungguhan isteri Arif yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
Sesekali dapat tengok sendiri isteri melahirkan pasti jadi momen indah untuk dikenang oleh sang suami. Barulah tahu betapa besarnya pengorbanan isteri untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ni. Bila anak dah besar boleh juga pertontonkan pada mereka supaya mereka tahu akan pengorbanan ibu yang tiada galang ganti. Apapun Tahniah diucapkan buat pasangan ini!
Beberapa hari sebelum kedatangan Aidil Fitri, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini berkongsi gambar di Instagramnya sedang menjahit baju raya mereka sekeluarga.
Sebenarnya Stacy baru dua bulan belajar menjahit pakaian menerusi You Tube dan buku jahitan dan berjaya menjahit sendiri pakaian pertama untuk anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
Sejak itu kata Stacy, Akim memintanya menjahit sendiri baju raya mereka sekeluarga. Dia siap belikan mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
Sebagai isteri yang patuh pada suami, Stacy menyahut cabaran tersebut biarpun terpaksa menghadap mesin jahit 24 jam semasa bulan Ramadan.
Dalam posting terkininya, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, memuatnaik gambar mereka sekeluarga memakai baju raya sedondon hasil jahitan tangannya sendiri.
Namun yang lucunya bila Stacy berkongsi kisah lucu di sebalik proses menyiapkan baju raya tersebut.
Menurut Stacy baju kurungnya jadi singkat disebabkan anaknya Eshaal mengambil kain yang sudah dipotong dan diasingkan serta mengacau dirinya yang tekun menjahit.
Paling lucu lagi bila baju Melayu Akim sudah sama seperti potongan baju kurung perempuan disebabkan Stacy terlupa menjahit poket baju Melayu suaminya kerana terlalu fokus menjahit tulang belut pada leher baju tersebut.
“Beginilah kalau hasil tangan amatur…yang penting pengalaman lah kan?” ujar Stacy lagi.
Apa pun usaha yang dilakukan oleh Stacy tersebut patut diberi pujian biarpun baju raya mereka tidak sempurna jahitannya.
Akim Hargai Usaha Stacy
Nampaknya usaha pelontar single terbaharu Raja ini menyahut cabaran suaminya untuk menjahit sendiri baju raya mereka sangat dihargai oleh Akim.
Dalam posting di Instagramnya, Akim meluahkan penghargaan terhadap isteri tercinta yang gigih dan tekun menjahit sendiri baju raya walaupun tanpa pengalaman.
Memang sweet habislah bila baca kapsyen ditulis oleh Akim yang sebenarnya tak kisah pun walaupun baju raya mereka banyak kekurangannya. Tetapi menurut Akim kekurangan tersebutlah membuatkan dia terima isterinya.
Selamat hari raya semua, inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni.
Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku.
Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.
Bertuah Akim kerana dikurniakan isteri yang sangat bersederhana dalam kehidupan bahkan tekun berusaha biarpun tugasan tersebut tak pernah dilakukan sebelum ini. Kesungguhan Stacy untuk belajar menjahit dan menyiapkan baju raya sekeluarga pasti akan menjadi memori paling berharga pada anak-anak dan suami tercinta.
Usaha Stacy ini patut dicontohi oleh ibu-ibu lain kerana hasil tangan ibu atau isteri pasti akan lebih dihargai oleh anak-anak dan suami. Selain puas hati boleh buat sendiri, ia juga salah satu cara berjimat di musim perayaan.
Kita mula bising bila anak buat sepah ketika mengasah pensel. Jangan bising dan marah-marah kerana aktiviti sekecil ini amat baik untuk anak kita.
Menurut kata Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli, aktiviti mengasah pensel terutama menggunakan pengasah manual melatih kekuatan tangan anak dan beberapa perkara lain. Ini mak ayah perlu tahu.
Pakai pengasah pensel elektronik yang bunyi “treeeeettttt” tu ke kat rumah? Hehehe….
Sekali sekala, latih juga anak guna pengasah pensel manual tau. Kenapa?
Sebab sangat bagus untuk kekuatan otot tangan anak-anak. Bagus juga untuk latih eye-hand coordination dan bilateral integration anak.
Ni saya ada share infografik berkaitan kebaikan mengasah pensel secara manual. Apa?
Anak kata dia lenguh kalau asah pensel manual? Itulah tandanya otot tangan anak tak cukup kuat tau.
Kelebihan aktiviti mengasah pensel
1. Latihan fokus mata-tangan Semasa anak mengasah pensel, anak akan belajar menggunakan koordinasi mata-tangan secara efisyen.
2. Latihan koordinasi bilateral Koordinasi bilateral merujuk kepada tangan kanak dan kiri bergerak serentak. Kemahiran ini penting untuk anak boleh cekap menulis kelak.
3. Latihan kecekapan otot tangan Semasa anak pusingkan pensel untuk mengasah, anak akan gunakan kekuatan otot tangan dan kawalan koordinasi otot menulis.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi lima hari maut, keluarga jemur 30 minit bawah cahaya matahari, dakwa ikut nasihat doktor. Seorang bayi perempuan berusia lima hari meninggal dunia selepas diletakkan di bawah cahaya matahari selama hampir 30 minit oleh ibunya, didakwa atas nasihat doktor.
Kejadian tersebut berlaku di Hospital Sri Sai, Uttar Pradesh, India. Dilaporkan, ibu kepada bayi malang berkenaan, Rita Devi, seorang penduduk kampung Bhugai Mainpuri, bersalin menerusi kaedah C-section.
Bagaimanapun pada bayi tersebut didapati mempunyai masalah kesihatan. Doktor menasihatkan pasangan itu supaya meletakkan bayi mereka di bawah sinar matahari secara langsung selama setengah jam.
Pasangan itu telah meletakkan bayi mereka di bumbung hospital pada 11.01 pagi. Setelah hampir 30 minit, pasangan itu membawa bayi mereka masuk ke dalam namun bayi tersebut telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut pakar perubatan, pendedahan pada cahaya matahari adalah amalan biasa untuk mencegah jaundis di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama ketika suhu tinggi.
Kematian bayi perempuan tersebut difahamkan adalah disebabkan strok haba dan pendedahan berlebihan pada suhu tinggi. Selepas insiden tersebut, doktor yang memberi nasihat kepada keluarga malang itu telah melarikan diri.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan (CMO) hospital berkenaan, doktor RC Gupta, siasatan telah dijalankan susulan kejadian tersebut.
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?