Anak orang lain gembira dapat bermain bersama rakan sebaya, namun tidak bagi seorang kanak-kanak ini yang hidup dalam serba kekurangan dan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah dalam keadaan serba kekurangan.
Menerusi perkongsian di Facebook Padaedi Sandakan, sedih sangat melihat anak perempuan ini yang pakaian tak terurus.
Menurut Muhammad Khadir Abd Jalil kanak-kanak perempuan itu ditemui ketika pasukannya menyantuni golongan kurang berkemampuan yang tinggal di Batu 8, Sandakan, Sabah pada Ahad lalu untuk memberikan bantuan pakaian raya dan makanan.
Tambahnya, ia bukanlah pertama kali mereka menyantuni masyarakat di sekitar kawasan tersebut.
“Pada hari tersebut, ini pertama kalinya kami jumpa kanak-kanak berkenaan. Usianya dalam lingkungan lima tahun.
“Kami bertanyakan keberadaan ibu dan bapanya, namun dia hanya diam tanpa kata-kata. Hanya menangis di tepi kereta, sedih teresak-esak tanpa suara, dia mengelap air mata,” kongsinya.
Apa yang membuatkan hati rasa sebak kerana membayangkan kanak-kanak di usia muda seperti itu sepatutnya tidak berada di kawasan yang penuh dengan sampah.
“Bayangkan tubuh sekecil itu yang biasanya tengah seronok bermain itu, tapi dia tidak. Dia berada di tempat yang dikelilingi sampah, ikut mencari duit dan tahu disebalik perkataan bantuan,” kata Muhammad Khadir.
Ads
Pemikirannya matang
Menurut Muhammad Khadir atau mesra disapa sebagai Wan mengatakan dia terkesima dengan tahap pemikiran kanak-kanak perempuan itu bercakap seperti orang dewasa.
“Kami dah selalu sangat jumpa kanak-kanak dalam program sebelum ini, tapi ini kali pertama yang ada pemahaman macam orang dewasa dan boleh berfikir mengenai bantuan,” ujarnya.
Ads
Akan dapat baju raya
Selain itu, Wan memberitahu pada mulanya dia tidak mahu berkongsi akan kisah ini di laman Facebook miliknya, namun dia teringat akan nasib yang menimpa adik comel itu ketika melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di masjid selepas menunaikan solat sunat tarawih.
Tambah Wan, dia dan pasukannya akan ke sana lagi pada Jumaat ini bagi menyalurkan bantuan baju raya untuk kanak-kanak tersebut.
Ads
“Apabila saya berkongsi di Facebook, ada beberapa individu menghubungi saya untuk memberikan baju raya kepada adik itu,” katanya.
Untuk makluman, mereka turut menyediakan perkhidmatan kereta percuma ke hospital dan khidmat bot percuma bagi menghantar kanak-kanak di daerah tersebut ke sekolah.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu menyusu dan hamil timbul kegusaran untuk berpuasa bila tibanya Ramadhan. Dalam masa yang sama, ibu-ibu ini tetap ingin menunaikan ibadah wajib ini untuk merebut pahala di bulan yang mulia. Namun, ibu-ibu harus mendapatkan nasihat pakar berkenaan kesihatan diri dan anak agar tidak terjejas.
Semoga kisah Cik Puan Ammymenjadi inspirasi buat semua ibu lain untuk terus kuat menyusukan anak walauapapun cabaran dan dugaan.
Anak… Ramadhan datang lagi, bulan yang penuh keberkatannya. Bermakna inilah kali ke tiga mama berpuasa sambil menyusukan kamu.
Doakan mama kuat ya sayang. Mama tdk mahu menjadikan penyusuan badan adalah satu asbab mama meninggalkan ibadah puasa dengan sengaja.
08.12.18… Tepat usiamu 2 tahun…
Berlalu dengan pantas sekali… Cepatnya kamu membesar sayang… Tercapai juga impian mama untuk menyusukan kamu dengan susu badan sepenuhnya. Masih terbayang lagi pada hari pertama kamu melihat dunia, hanya tahu menangis, menyusu dan tidur. Kini kamu sudah kenal yang mana mama dan yang mana baba… Kamu petah memanggil abang-abang dan kakak-kakak. Sudah tahu beza antara buah dan juga sayur. Tahu yang mana masam dan yang mana manis. Bijak sungguh anak mama, namun apabila kamu haus, mama juga yang kamu cari… Bukannya sirap didalam peti ais ataupun teh yang telah siap terhidang. Kamu akan memanggil dan terus memanggil selagi mama tidak kelihatan untuk menyusukan kamu.
Pernah sekali mama menduga, mama sembunyi di balik peti ais, kamu memanggil ibarat hilang arah… Seluruh sudut kamu mencari, tidak kenal erti mengalah. Panggilan mama tak lekang dibibir, dari irama perlahan kamu mula lantang, mama bersabar di balik peti ais. Ingin menduga lagi sejauh mana kamu mampu bertahan. Tiba-tiba… Dari lantang bertukar sayu dan mendayu-dayu.
” Mama… Mama… Ooo mama…”
Hati Mama Hiba
Hati mama menjadi hiba walaupun jelas kedengaran ketawa abang-abang dan kakak mempersendakan kamu. Mama tinjau dibalik peti ais, kamu tegak berdiri di penjuru meja. Mata melilau mencari, mengharap mama ada. Baba panggil tidak kamu hirau kan… Abang-abang dan kakak cuba memujuk dengan mengusap lembut rambutmu, kamu tepis dengan kasar.
” Mama… Ooo mama… mama ‘anner’…?”
Gigih kamu memanggil lagi, kali ini suaramu perlahan sekali dan bergetar… Luluh hati mama, lalu mama keluar dari balik peti sejuk laju memeluk kamu…
” Haaaa Mama…”
Jerit kamu riang walaupun kelopak mata bergenang air jernih… Baba ketawa, abang-abang dan kakak juga ketawa… Tetapi mama sayu… Terkenangkan seandainya mama benar-benar tiada lagi… Bagaimanakah keadaanya kamu nanti… Mana arah lagi kamu akan mencari mama… Kamu memeluk mama seerat-eratnya. Tidak mahu lepas lagi. Benar kata orang, anak menyusu badan ni cengeng dan manja.
Dua Tahun Bukan Masa Yang Pendek
2 tahun sayang, bukanlah satu masa yang pendek. Pelbagai cara dan ikhtiar mama usahakan agar kamu sentiasa kenyang memandangkan kamu bukanlah seperti kanak-kanak yang lain. Kamu menolak susu fomula. Kamu menolak botol dan puting susu, ‘jijik’ sungguh ianya dari pandangan kamu sehingga kamu akan muntah jika dipaksa juga. Kamu juga bukanlah jenis yang suka makan apatah lagi nasi. Payah sungguh melihat kamu menghabiskannya, kadangkala mama terpaksa memaksa kamu makan. Menangis nangis kamu menolaknya. Makanan kamu hanyalah buah buahan. Mampukah ianya mengenyangkan kamu…? Hati mama mana yang tidak terguris bila ada yang menegur
” Kenapa kecil jer badan, dah nak masuk 3 tahun kan… Mama tak bagi makan ke…?”
Allah Sahaja Tahu Usaha Mama Nak Buat Kamu Kenyang
Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu. Bagaimana mama berusaha untuk membuat kamu kenyang membesar dengan sihat. Semua petua mama amalkan asalkan susu sentiasa ada dan banyak. Air halba mama minum, rebusan jintan manis juga mama telan sehinggakan satu badan dah bau rempah ratus demi kamu mama bertahan. Susu kurma juga mama minum biarpun kadang kala terasa mual dan muak. Air kosong tidak pernah kurang 3 liter sehari walaupun ianya tidak sesedap ‘fresh orange’. Bimbang jika tiba-tiba susu ‘drop’, bagaimana dengan kamu. Bimbangnya jika kamu lapar.
Pernah Kena Serangan Jantung, Tapi Kuat Memikirkan Anak Yang Masih Menyusu
Pernah sekali mama ‘collaps’, hampir kena serangan jantung. Sakitnya hanya Allah SWT yg tahu. Terasa berada di ambang kematian. Namun bergitu, wajah kamu bermain dimata. Tidak putus mama merayu pada Allah, jangan diambil nyawa mama. Masih ada kamu yang memerlukan mama disisi. Anak mama masih menyusu badan. Mama berjuang untuk bernafas demi kamu sayang. Bagi mama, baba, abang-abang dan kakak-kakak mungkin boleh bedikari jika ditakdirkan mama ‘pergi’, tapi kamu…? Alhamdulillah Allah dengar doa mama. Mama berlagak kuat untuk pulang. Mama tidak mahu bermalam di hospital. Mama tidak mahu berjauhan dengan kamu. Mama tidak mahu, celik kamu memandang mama di sebelah… Tiada… Mencari di dapur juga tiada. Mama mahu kamu tahu mama sentiasa ada di sisi kamu.
Rezki kamu sayang, dapat menyusu sehingga 2 tahun. Sedangkan abang-abang dan kakak hanya mampu bertahan sehingga habis pantang sahaja. Mungkin waktu itu mama bekerja. Pagi petang di tempat kerja mencari rezki untuk keluarga membantu baba selagi berdaya, jadi terpaksa mama sia-sia sesuatu bernilai yang diidamkan para ibu iaitu menyusukan anak-anaknya dengan susu sendiri sehingga 2 tahun. Mama pula tidak didedahkan dengan betul cara menyusu bagi ibu yang bekerja. Jadi bila hadirnya kamu selepas 8 tahun mama menjadi suri rumah tangga, mama tidak akan sia-sia kan lagi peluang yang ada. Bila lahirnya kamu, mama bulatkan di hati akan menyusukan kamu selagi terdaya dan alhamdulillah mama berjaya.
Tidak lama lagi, kamu akan ke angka tiga. Tak sanggup rasanya mama memaksa kamu untuk bercerai susu. Tidak puas lagi rasanya mama melihat matamu yang merenung mama dengan kasih sayang ketika menyusu, tangan kecil kamu yang mengusap lembut pipi mama, sentuh mata, sentuh hidung, sentuh telinga dan bertanya…
” ni apaaa… maaaa… ni apaaa”
Jenuh mama menjawab. Tiap kali menyusu sehingga kamu tertidur itulah rutin kamu. Bertanya tentang anggota muka mama… Nanti mesti mama akan rindu.
Banyak Petua & Cara, Tapi Mama Fikir Bukan Sekarang
Banyak petua dan cara lama diberikan kepada mama untuk kamu bercerai susu, namun hati mama berkata, nantilah bukan sekarang. Biarlah kamu menolaknya sendiri. Sekarang, melihat kamu sudah boleh habiskan sesuku senduk nasi, sekeping sandwish dan beberapa jenis makanan ringan pun mama dah bersyukur. Kita perlahan-lahan cuba ya sayang. Jangan bimbang dan takut kerana baba, mama, abang-abang dan kakak akan sentiasa ada di sisi kamu untuk tolong suapkan makan dan cubitkan lauk utk kamu kerana kami sangat sayang kan kamu…
Siapa sangka setelah menunggu empat tahun lebih untuk menimang zuriat sendiri, akhirnya Allah makbulkan juga hasrat untuk bergelar ibu. Lagi teruja apabila kandungan yang dinantikan itu adalah anak kembar.
Bagi Nor Azlinee, 32, ibu kepada anak kembar lelaki yang dipanggil ‘Korea Jepun Kelate’ rezeki dapat dua anak sekaligus sesuatu yang tak disangka sama sekali. Rasa tak percaya kerana masa awal tahu diri hamil dan buat scan ketika kandungan 6 minggu, doktor hanya nampak satu kantung sahaja.
Namun kuasa Allah, bila buat scan lagi sekali ketika usia kandungan 3 bulan, doktor terkejut kerana nampak ada lagi satu kantung tetapi degupan jantung belum ada. Doktor beritahu kemungkinan besar akan dapat kembar cuma kena lihat lagi sekali sama ada bayi dalam kantung kedua ini boleh membesar atau tidak.
Setelah buat pemeriksaan kehamilan seterusnya, barulah doktor sahkan bayi yang berada di kantung kedua itu sihat.
Dapat rasa kelahiran normal dan czer serentak
Menurut Azlinee, proses kelahiran si kembar ini unik kerana seorang dilahirkan normal, seorang lagi dilahirkan secara pembedahan. Sepatutnya, doktor dah beri tarikh untuk melahirkan secara czer tetapi ketika kandungan 37 minggu 4 hari, dah ada tanda nak bersalin.
Apabila sampai di hospital terus ke labour room dan dapat merasai nikmat bersalin normal. Waktu dilahirkan saya nampak bayi pertama keluar itu masih lagi dalam kantung dan pelik sebab rambut dan keningnya putih.
Tetapi disebabkan masih lemah, saya tak sempat nak fikir kerana ada seorang lagi perlu dikeluarkan. Namun rezeki untuk kelahiran normal bayi kedua tak dapat kerana dah habis tenaga serta doktor risau bayi lemas.
Jadi terpaksalah dilakukan pembedahan dan alhamdulillah bayi kedua selamat lahir dengan berat 3.1 kilogram manakala bayi pertama seberat 2.1 kilogram.
Selepas selamat melahirkan bayi, doktor jelaskan kepada kami suami isteri bahawa salah seorang kembar yang dilahirkan ini sangat special kerana dalam kategori albino tetapi sihat sempurna.
Doktor beritahu tak perlu nak risaukan apa-apa cuma hanya buat follow up sahaja bagi memastikan semuanya ok. Alhamdulillah sekarang kedua-duanya dah usia 6 tahun dan mereka berdua membesar dengan sihat.
Semua tak percaya Sollehin & Asyraf kembar
Apa yang melucukan, pergi mana-mana orang tak akan percaya pun mereka adalah pasangan kembar. Sebab tak sama seperti anak kembar yang lain. Malah minat mereka dan makanan kegemaran pun sangat berbeza.
Contohnya bila bab makan, Sollehin (berambut putih) lebih suka makan ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan. Manakala adiknya, Asyraf (kulit sawo matang) lebih memilih makan dan lebih suka makanan ala western dan buah-buahan import seperti epal, pear atau oren.
Begitu juga kalau kartun kegemaran, Sollehin lebih gemar kepada cerita kartun seperti Omar Hana atau Upin Ipin tetapi Asyraf lebih kepada cerita Ultraman atau Spiderman. Jadi bila nak tengok TV mesti akan berebut.
Tambah Azlinee lagi, sebagai ibu, melihat si kembar membesar dengan sihat walaupun berbeza tingkah laku dan minat mereka ada keistimewaan. Alhamdulillah kedua-duanya susah sakit.
Lagi satu bila salah seorang tiada, pasti akan terus bertanya. Mereka tak boleh berpisah lama-lama. Bab ni memang nampak keakrabannya.
Kredit: Nor Azlinee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Pelakon Wanita Popular, Fasha Sandha memuat naik sebuah video dimana bekas suaminya, jejai sedang menjemput anak-anak di rumahnya untuk sambutan Hari Raya Aidiladha. Gelagat mereka yang bersahaja sambil masing-masing mengucapkan selamat hari raya menandakan tiada lagi krisis antara keluarga ini.
Demi anak-anak, hubungan seperti ini sepatutnya terjalin dengan baik. Tiada lagi persengketaan antara mereka. Video ini mendapat tontotan lebih 400 ribu penonton di Instagram beliau.
Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah… Pls take care of my babies ok … 3 days without my babies sama dengan 3 tahun. Ill call them every two hours ok!
Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. maaf zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf)
Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available, kesian dudaku…kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu.
Wanita yang berkerjaya, independent dan sedap mata memandang. Sebab dia sejenis very fussy.
Video yang dimuatnaik mendapat perhatian netizen, rata-rata berpendapat Jejai masih sayangkan Fasha. Ada juga yang berpendapat keluarga mereka sangat beruntung, walaupun sudah berpisah tapi masih boleh jadi satu keluarga yang bahagia.
Suka tengok, dia still sayang dengan Fasha
Cara Fasah wish selamat hari raya tu win, part jejai jawab pun lawak
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.