Musim cuti sekolah selalu diambil kesempatan oleh ibu bapa untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Pelakon, Fasha Sandha juga tidak ketinggalan melunaskan tanggungjawab yang sama buat anak sulungnya, Rayfal.

Fasha dan suami yang berada di Perlis bersempena majlis resepsi sederhana buat adiknya, Elisya & Uzair turut sama mengadakan majlis berkhatan itu buat anaknya.

“Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius” Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan!

Menurut kata Fasha, dia bersyukur kerana anak sulungnya itu selamat dikhatankan bersama sepupunya.

“Masih di Indera Kayangan. Syukur Alhamdulillah Rayfal dah selamat berkhatan bersama sepupu kesayangan Dani Qaleef.

“Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Rayfal dan Qaleef tak sakit, nangis sikit je masa nak cucuk bius, lepas tu, semua ok, Alhamdulillah,” tulisnya berkongsi cerita.

IKLAN

“Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius” Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan!

Menerusi entri yang sama, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut sama memuat naik gambar Rayfal ketika majlis berkenaan. Fasha juga turut sama merakamkan ucapan tahniahnya buat doktor dan keluarga yang sentiasa membantu.

“Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius” Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan!

IKLAN

“Terima kasih doktor-doktor di Klinik Faizah Kangar. Terbaik.

“Simpan disini buat kenangan. Terima kasih buat keluarga. Kami disini mendoakan agar dipermudahkan buat mangsa-mangsa-mangsa banjir,” tulisnya berkongsi.

Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo!

IKLAN

“Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius” Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI