Menangis Tak Dapat Hafal 1 Juzuk al-Quran, Aksi Baem Anak Datin Shahida Buat Ramai Bangga Dengannya

Share

Ramai yang tahu cara didikan yang diterapkan oleh Datin Shahida pada anak-anaknya sangat bersederhana terutama soal agama walaupun mereka ini dikatakan mampu memiliki segala-galanya.

Bukan itu sahaja, Datin Shahida juga antara ibu yang tak terlalu memanjakan anak-anak dan sentiasa memastikan amanah yang diberikan padanya dijaga dengan baik.

Terbaru melalui entri di instagram Ibraheem Adham iaitu anak ketiganya, Datin Shahida ada berkongsi video Baem menangis kerana cemburu dengan abangnya, Ammar yang dah boleh hafal 1 juzuk al-Quran.

Dalam video tersebut, Datin Shahida memujuk Baem supaya berusaha lebih lagi. Semasa dipujuk, Baem yang berusia 6 tahun itu terus menangis teresak-esak dan seolah-olah faham apa yang diberitahu ibunya.

Video itu telah mendapat respon positif dari orang ramai yang terharu dengan semangatnya.

Bagus Baem, Membesar Jadi Anak Soleh

Malah ramai yang memuji sikap Baem yang nampak dah faham dalam bab agama walaupun masih kecil.

Selain itu, ada yang kagum dengan sikap Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri yang begitu menitikberatkan didikan sempurna pada anak-anak tanpa melihat pada kemewahan semata-mata.

Semoga impian Datuk Alif dan Datin Shahida nak lahirkan anak-anak pejuang al-Quran dipermudahkan kelak dan menjadi contoh buat semua.

IKLAN