Anak yang menangis ketika baru bangun tidur adalah perkara biasa. Hal ini disebabkan rasa takut dan berasa sendirian selepas melalui waktu tidur yang panjang tanpa ditemani ibu atau ayah. Hal ini adalah biasa.
Bagi menenangkan keadaan ini, ada beberapa cara yang dikongsikan oleh Ibu Rose untuk memastikan bayi dan anak-anak merasa lebih selamat ketika bangun daripada tidur.
MENENANGKAN ANAK YANG SUKA MENANGIS SELEPAS BANGUN TIDUR
“Ehh..jangan layan anak tu cepat sangat. Biar dia menangis dulu. Nanti jadi manja budak tu.”
Alahai inilah pemikiran yang salah bila anak lingkungan 6-11 bulan menangis bila bangun tidur atau mula menangis bila tak nampak penjaganya.
Pada usia 8 bulan atau lebih awal lagi, anak kecil sudah mula sedar bahawa dia dan ibunya bukan dari satu badan. Ibunya boleh ada dan boleh hilang.
Ini membuat si anak itu berasa risau dan berasa tidak selamat. Oleh sebab itu kita melihat mengapa anak-anak kecil akan menangis bila dia tidak nampak mamanya. Mama mengingatkan kepada dia, dia berada dalam keadaan selamat.
Lantaran itu, anda akan mendapati anak kecil akan sering menangis bila bangun tidur, mamanya tiada di tepi.
Kenapa? Kerana dia berasa tidak selamat.
Jika dia dibiarkan menangis dan selalu dimarahi bila dia menangis kerana ini, maka apabila dia besar sedikit, perasaan rasa tidak selamat itu akan membuak dan menjadi punca amukan.
Selain dari itu anak kecil akan menangis kuat bila dia terbangun tidur kerana melalui mimpi. Bagi anak, mahupun kita kadang-kadang itu, merasakan mimpi itu memang benar. Lantaran itulah, anak-anak kecil akan menangis dan meronta-ronta bila bangun tidur.
Apa patut dibuat?
BERTENANG…peluk dan bagi dia rasa selamat kembali dengan bercakap tenang dan soothing kepadanya.
Anda boleh juga membasuh sedikit mula dan kepalanya sambil berselawat. Ini akan menyedarkan dia bahawa itu hanya mimpi dan anda ada dengannya dan dia boleh berasa selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam setiap urusan kita, kebergantungan pada Allah adalah kunci utama selepas cuba berusaha dan melakukan apa yang sepatutnya. Itu sebab orang selalu kata doa, usaha dan tawakal perlu seiring.
Kalau setakat berdoa tetapi tiada usaha yang pernah kita lakukan tak akan boleh direalisasikan impian itu.
Melalui apa yang dkongsikan dalam Facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew, sepotong ayat ini jika diamalkan dalam keadaan yang kita rasa agak sukar terutama bagi wanita bakal melahirkan anak, ini salah satu amalan terbaik.
Ayat 1 surah Al-Fath ini banyak kelebihannya dan jika diamalkannya serta yakin pada Alllah, setiap apa yang kita rasa susah bakal dipermudahkan dengan kehendak-Nya.
Inna Fatahna Laka Fathan Mubina [
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kita nak buka sesuatu yang susah. Contohnya nak buka tutup botol yang sangat ketat ke atau ketika terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal di dalam ke.. baca la ayat ni.
Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca pada air lepas tu bagi isteri minum semasa dalam labour room tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat kena yakin dengan Allah.
Elok juga dibaca untuk lembutkn hati seseorang. Amalkan selalu. Doa agar hati si polan yang kita hajatkan tu dapat dilembutkan hati. Ha..ape tunggu lagi. Jomlah terus beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Usaha, doa, tawakal.
Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam-macam karenah, pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa.
Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan proses untuk kita sebagai ibu bapa menjadi matang dan lebih bijak untuk menangani anak-anak sendiri.
Perkongsian daripada Ibu Rose tentang sebab kenapa kita sebagai ibu ayah susah nak sabar dengan anak-anak sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan mengapa hal tersebut berlaku.
Ikuti perkongsiaannya:
3 SEBAB UTAMA KENAPA SUKAR SANGAT NAK SABAR DENGAN ANAK-ANAK.
Alhamdulillah, Ibu dah share dalam Closed Group Bina Generasi Love World secara terperinci berkenaan topik ini.
InsyaAllah, buat yang tidak berpeluang berada bersama live tersebut, Ibu kongsikan serba sedikit isi penting ya. 3 sebab UTAMA kenapa sukar sangat nak sabar dengan anak-anak :
1. RISAU YANG BERLEBIHAN
Oleh kerana ikatan kasih yang sangat kuat pada anak, maka kerisauan pada anak pun jadi berlebihan. Umpamanya, bila anak susah nak memahami suatu pelajaran walaupun telah diajar berkali-kali, akhirnya ibu mudah menjadi marah, tinggi suara sebab takut anak menjadi orang yang gagal. Takut anak tak berjaya dalam exam. Takut anak gagal dalam hidup. Takut anak tak mampu hadapi cabaran pada masa hadapan.
Sedangkan ia belum pun berlaku dan tidak semestinya berlaku seperti yang difikirkan. Kerisauan dan ketakutan yang berlebihan dan tidak membina ini lah antara punca kenapa ibu bapa mudah marah pada anak.
Inilah yang kadang orang kita kata, marah sebab sayang. Sedangkan ada cara lebih baik untuk pamerkan sayang, kenapa tidak pilih cara yang lebih baik itu kan?.
2. TIDAK TERIMA REALITI, MENAFIKAN
Mungkin kerana ‘expectation’ kita terhadap anak tinggi, bila anak tak mampu capai apa yang kita jangkakan maka kita tak dapat terima. Atau mungkin bila lihat perkembangan anak berbeza atau kurang berbanding anak orang lain, atau beradik lain, maka kita lebih mudah marah padanya.
Sebagai contoh, ada juga ibu bapa yang tidak menerima yang anaknya adalah mild ADHD atau AUTISME atau juga speech delay. Ada juga yang berasa stress bila lihat anaknya yang berumur 6tahun masih belum boleh membaca, sedangkan kawan sebaya dengannya di tadika yang sama sudah lancar membaca.
Perbandingan ini benar-benar menghambat ketenangan jiwa.
Sebenarnya, apa yang seharusnya dilakukan adalah menerima apa jua yang telah Allah takdirkan dan carilah solusi yang terbaik. FOKUS pada SOLUSI dan bukan PERMASALAHAN anak itu.
Ibu yakin dan percaya semua anak adalah HEBAT dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membebaskan kehebatannya.
Soalan yang sepatutnya ditanya adalah BAGAIMANA ANAK SAYA HEBAT. Kalau anda memiliki Audio Class Parenting Bijak Pro, di situ Ibu ada kongsikan berkenaan VAK dan MI yang bila memahami perkara ini, InsyaAllah, hati akan lebih tenang kerana sedar betapa UNIKnya MANUSIA dan ada pelbagai jenis kecerdasan.
3. TIDAK PANDAI URUS TENAGA
Yelah, bila kita balik kerja dan penat, memang akan mudah menjadi SINGA. Namun, kita ada pilihan sama ada mahu meninggalkan memori yang INDAH atau memori DUKA pada anak-anak.
Seronokkan bila pulang dari kerja anak-anak berkejar mahu memeluk kita berbanding tidak hirau atau tidak kisah. Inilah HASIL dari apa yang kita beri pada anak selama ni.
Andai tiap kali bertemu kembali, kita bermuka manis dan menceriakan mereka, InsyaAllah mereka juga akan menceriakan kita.
Kalau kita kata kita penat seharian bekerja, anak juga begitu sebenarnya. Tidakkah kita sedar yang anak juga penat di taska atau di sekolah dengan pelbagai aktiviti? Bahkan sangat merindui ibu bapanya yang terakhir bersama 10jam yang lepas. Tangki emosi mereka sedang menyusut dan perlu dipenuhi. Fikir-fikirkanlah.
Justeru sangat penting untuk ibu bapa belajar bagaimana untuk mengurus TENAGA. Paling mudah dengan 3 langkah ini BETULKAN CARA BERNAFAS (Tarik nafas dalam-dalam), perbanyakkan SELAWAT dan sering BERWUDHU’. Minta kekuatan dari Allah, InsyaAllah Allah akan bantu pulihkan tenaga kita. Buatlah semuanya untuk raih redha Allah, pasti Dia akan permudahkan.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.
Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.
4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).
5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.
6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.
Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!