Menarik Cara Ibu Ini Tunjuk Masak Bubur Nasi Bayi Dalam 10 Minit. Mudah & Jimat Masa

Share

Bermula dengan anak lahir, rutin ibu berubah. Apabila masuk sahaja usia 6 bulan dan anak mula belajar makan, penyediaan makanan untuk anak juga penting bagi memastikan anak cukup zat.

Namun memikirkan untuk buat bubur anak yang mengambil masa lebih 30 minit mungkin agak lama ditambah pula dengan ibu bekerja yang sentiasa nak cepat. Ibu bergelar suri rumah pun tetap sama kerana nak juga buat kerja lain.

Selepas ini tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk buat bubur anak. Cara yang dikongsikan oleh Kamsiah Mat Osman ini cukup mudah dan cepat dan hanya ambil masa 10 minit untuk siap.

Basuh beras bersih-bersih, masukkan dlm bekas dan isikan air
Simpan beras tadi dlm peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap2 senang nak masak nnti
Time ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yg beku td
Semua dah bersatu mcm ni tuggu 10minit pastikan api sederhana kecil tau?
Tadaaa…siap??setelah 10minit
Dh siap masak td pn_scha blend dan masukan dlm bekas mcmni☝?simpan dlm peti sejuk,time anak nak mkn keluarkan satu bekas rendam guna air panas.sehari 3kali ank pn_scha makan?sebekas beras td boleh dpat 5bekas

Kredit: Kamsiah Mat Osman (Sumber: MAHN)

IKLAN