Bukan mudah untuk seorang ibu yang mengandung rapat-rapat. Mungkin anak sebelum tu belum genap lagi setahun, dapat pula rezeki dari Allah. Persediaan mental dan fizikal penting untuk pastikan ibu dan anak yang lain tidak rasa tertekan.
Betul bukan mudah nak hadapi situasi ini namun jika pandai uruskan tiada masalah. Malah ramai yang akui masa anak kecil ni je penat sikit tapi bila anak-anak dah besar ia akan membesar sekali dan jadi lebih rapat.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Wan Nur Syakira, caranya berdepan situasi ini apabila dapat tahu mengandungkan anak kedua ketika anak sulung baru 10 bulan boleh beri semangat buat ibu lain.
PERSEDIAAN SAYA UNTUK ADAM DAPAT ADIK BARU.
Ada sahabat yang mintak share apa yang saya buat untuk sediakan Adam untuk dapat adik baru. InsyaAllah, cuba share sikit-sikit, mana tau membantu.
Saya mengandungkan Yusuf ketika Adam berumur 10 bulan. So Adam akan dapat adik ketika berumur setahun 7 bulan gitu yang mana agak muda dan kecil lagi nak memahami.
Saya tahu saya perlu sediakan mental dan emosi Adam untuk terima kehadiran orang baru untuk kebahagiaan bersama.
So saya cuba cari tips ,minta nasihat sahabat yang dah ada pengalaman dan try and error my own way untuk sediakan emosi dan mental Adam.
Apa yang saya buat?
✔ Sejak awal mengandung, sentiasa beritahu ada baby dalam perut ummi. Nanti bila dah sampai masa, baby akan keluar dan Adam akan dapat adik.
Selalu ajak dia usap perut dan bercakap dengan baby.
Hari-hari saya sebut pada Adam.
” Nanti bila adik keluar, boleh makan sama-sama, main sama-sama, solat sama-sama, pergi jalan sama-sama.
Nanti bila dapat adik, adik sayang Adam, Adam sayang adik. Adam jaga adik, adik jaga Adam. Kasih dan sayang kita takkan berkurang, bahkan makin bertambah dengan kehadiran adik baru.
Adam anak sulung, dan besar sikit dari adik, nanti Adam tolong ummi jaga adik ye”.
Ads
Dialog ni memang selalu ulang hari-hari.
✔ Bawa pergi check up baby.
Dedahkan pada dia rutin check up kita.
Masa di klinik, cerita kenapa kita datang klinik, sebab nak check ummi dan baby, sihat atau tak.
Ceritakan keadaan baby pada dia, dah berapa bulan, tunjukkan suasana klinik, ada yang ibu datang dengan anak-anak.
Cerita lagi, tu dia pun ada adik, nanti Adam ada adik jugak. Again, ulang dialog yang boleh main sama-sama macam kat atas tu.
✔Sentiasa tunjukkan bahasa kasih sayang. Sentiasa cakap ummi sayang Adam, bangga dapat anak macam Adam, sentiasa berikan pelukan dan ciuman dan puji bila dia buat sesuatu yang baik.
Yang ni kena buat seumur hidup anak sebenarnya, tapi lipat gandakan bila expecting orang baru.
Bagi anak rasa dia selamat dan sentiasa dicintai walaupun nak ada orang baru.
Lepas dapat, lagilah kena berlipat ganda ucapan kasih sayang ni pada anak supaya tak rasa tersisih.
Ads
✔ Pengaruhi minda separa sedar
Bila Adam nak hampir tidur atau dah terlelap, ummi sentiasa bisik lagi pesan.
Usap kepala anak yang dah tidur tu. Ulang dialog kat atas yang sama-sama tu. Minda separa sedar ni power.
Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi. 90% daripada badan kita dipengaruhi oleh minda separa sedar.
Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
> Waktu hujan > Waktu kita berehat > Waktu solat > Waktu hampir tidur
✔ PALING PENTING ,LUANGKAN MASA BERSAMA MEREKA.
Tak kiralah bila ada adik atau akan dapat adik, kita kena luangkan masa, build connection.
Bermain bersama.
Ads
At least, 15- 30 minit. Hanya kita dan dia. Tanpa adiknya (kalau adik dah lahir).
Tips ni saya dapat dari buku.
Fokus kita hanya dia. Tiada telefon, kerja rumah, tv atau sebagainya. Percayalah, dia akan ok. Sebabnya, yang meragam biasanya nakkan perhatian saja.
✔ DOA.
Jangan lupa doa agar dimudahkan anak-anak kita saling menyayangi. Saling membantu.
Doa agar kuat ikatan kasih antara adik beradik. Berkekalan sehingga masing-masing tamat nyawa.
Jadi ibu ayah ni, Doa senjata paling hebat yang kita ada dalam mendidik anak. Lebih-lebih lagi doa ibu. Istimewa sangat nilainya di sisi Allah. Jangan sia-siakan anugerah itu.
Sehebat mana kita jaga, tersangat jauh dari hebatnya jagaan Allah. Ini yang saya dan suami amalkan.
Alhamdulillah, Adam tak pernah meragam atau mengalami tantrum yang tak terkawal sebab cemburu. Dia pun kelihatan sangat sayang dengan adik.
Boleh tolong tengokkan adik bila saya ke dapur sekejap ( of course lah kena intai dari dapur), takdelah dia pergi kacau adik ke.
Kalau nampak dia macam tak stabil je emosi, saya dapat rasa hari tu mesti saya tak sempat nak hug, kiss, dan spend time dengan dia. So saya minta maaf dan saya terus buat semua tu. Alhamdulillah, emosi dia nampak terkawal.
Saya bukanlah pro bab menjaga anak. Baru anak 2. Kecil-kecil lagi. Pengalaman pun tak banyak.
Tapi saya sangat suka baca buku parenting, follow parenting tips dan figura yang berkongsi tentang parenting serta pergi seminar parenting. Saya share apa yang saya dapat dan amalkan untuk manfaat kita bersama.
Harap ianya membantu untuk mereka yang bakal menerima insan baru dalam keluarga. 😊Selamat menyemai kasih sayang antara anak-anak. 😊 Semoga bermanfaat.
Kanak-kanak (dalam lingkungan umur tiga hingga tujuh tahun) tidak boleh terlalu dimanjakan dan perlu dididik mengenai budi bahasa kerana apa yang dipelajari sewaktu kecil membentuk diri menjadi individu dewasa yang berhemah.
Begitupun, untuk membentuk anak mengenai budi bahasa bukan boleh dilakukan dalam masa singkat, sebaliknya ia adalah suatu proses yang berterusan.
Dalam hal ini, ramai pakar psikologi kanak-kanak menyarankan usia tiga hingga lima tahun adalah waktu terbaik untuk mengajar si kecil mengenai adab dan budi bahasa.
Berikut beberapa panduan oleh pakar psikologi kanak-kanak mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si kecil berdasarkan ceritapapamama.blogspot.my
Ucapan meminta maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Anda sendiri perlu menjadi contoh kepada si kecil. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa dalam kehidupan seharian.
Jika anda sendiri melakukan kesilapan pada si kecil, usah malu untuk meminta maaf daripada anak sendiri. Dengan cara ini dia secara tidak langsung akan belajar dan memahami bahawa meminta maaf bukanlah perkara yang memalukan. Ini boleh membuatkan anak anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
Tunjuk rasa hormat kepada insan lebih dewasa
Didik anak untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka seperti kakak, abang, datuk, nenek dan jiran tetangga.
Si kecil juga perlu dididik supaya tidak meninggikan suara atau menjawab ¬dengan perkataan yang kurang elok apabila berinteraksi ¬dengan orang lebih dewasa. Sebaiknya, tunjukkan contoh yang baik untuk mereka ikuti.
Segera tegur apabila anak melakukan kesalahan
Apabila anak melakukan kesilapan, jangan teragak-agak untuk menegur dan menerangkan kesalahannya. Pada masa sama, tunjukkan cara yang betul supaya dia tidak mengulangi kesilapannya. Jika anak bercakap sesuatu yang boleh membuatkan orang lain malu atau terasa, segera suruh anak supaya meminta maaf.
Bagaimanapun, oleh kerana kanak-kanak sekarang bijak, anda perlu pandai memilih waktu dan perkataan untuk menegur mereka. Jika dia melakukan kesilapan ketika bersama kawan-kawannya, mungkin ada baiknya anda tangguhkan dulu untuk menegur kesilapan si anak kerana teguran yang dibuat secara terbuka boleh membuatkan dia malu. Anda boleh menerangkan kesilapannya ketika duduk berdua bersama anak.
Minta kebenaran
Memang diakui pada mulanya agak sukar untuk melatih kanak-kanak meminta kebenaran bagi mendapatkan sesuatu. Ini kerana mereka lebih cenderung merampas barang permainan rakan sebaya atau daripada adik-beradik lain.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa menasihatkan anak mereka. Katakan kepadanya dengan lembut bahawa perbuatan itu adalah salah dan perlu meminta kebenaran jika mahu mendapatkan sesuatu yang bukan milik mereka.
Didik anak guna perkataan sopan
Jadikan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda terlupa untuk mengucapkan terima kasih, anda perlu ingatkan. Selain itu, didik anak supaya menggunakan perkataan sopan ketika berbual de-ngan orang yang lebih dewasa. Dalam hal ini, kanak-kanak perlu diingatkan bahawa mereka tidak boleh bergurau dengan perkataan yang tidak elok.
Berkongsi permainan
Berikan kata-kata pujian apabila si kecil anda sedia berkongsi barang permainannya dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya lebih disayangi dan disukai ramai.
Memberi pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat si kecil. Sentiasa berikan pujian apabila anak anda menunjukkan sikap yang baik. Pujian yang diterima sedikit sebanyak membantu per-kembangan emosi dalam diri mereka.
Intonasi suara
Si kecil perlu diberitahu bahawa tidak semua tempat bebas untuk bersuara atau melakukan apa yang disukai. Di tempat awam contohnya, didik mereka supaya bercakap dengan perlahan dan tidak mengganggu orang lain. Beritahu anak tempat yang dia boleh bersuara kuat dan di mana dia perlu memperlahankan suaranya.
Salam
Didik anak untuk berjabat tangan menghulurkan salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri kanak-kanak terhadap orang lebih dewasa.
Sopan di meja makan
Kanak-kanak paling susah untuk duduk diam apabila berada di meja makan. Jika di rumah sendiri ia mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila berada di luar, sedikit sebanyak boleh mendatangkan suasana yang kurang selesa.
Sebaiknya, didik mereka sejak kecil supaya makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut antara satu sama lain. Mereka juga perlu diajar supaya makan dengan sopan tanpa menyepahkan makanan atau minuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak? Perkongsian ini diambil dari Dr Rizal, former Clinical Psychologist di Goulburn Valley Health Victoria Australia:
Saya sangat teruja dengan imej ini. Satu-satunya imej brain scan dalam dunia mengenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan. Gambar yang sangat rare.
Gambar ini milik seorang neurosaintis Dr Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan.
Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr Saxe mencium anaknya bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif. Seperti di dalam gambar.
Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibu bapa pada anak. Hormon kasih anak anak pada ibubapa. Hormon yang sebabkan cucu cucu mahu pulang ke kampung.
Bukan itu sahaja. Ciuman Dr Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin – the feel good hormon.
Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak-ibu. Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.
Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan. Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia.
Bayangkan, apa akan jadi apabila mood ibubapa dan anak stabil…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan akrab keluarga Abby Abadi, Norman dan Memey sering mendapat pujian dari orang ramai. Disebabkan hubungan yang dianggap seperti adik beradik membuatkan ramai terinspirasi dengan hubungan mereka.
Seperti apa yang pernah diberitahu sebelum ini, Abby dan Memey mengambil pendekatan tersebut demi anak-anak. Disebabkan anak-anak memerlukan kasih sayang, hubungan baik ini harus diteruskan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Menerusi apa yang dikongsikan di instagram Norman Hakim, ternyata kemesraan Abby dan Memey wajar dipuji. Mereka sangat sporting dan dua-dua satu kepala ketika bercuti bersama keluarga baru-baru ini.
Menurut Norman, dia melayan gelagat Abby dan Memey yang saja-saja nak buat konten di TikTok. Namun apa yang kelakarnya, gaya mereka berdua itu buatkannya tergelak besar sambil merekod aksi Abby dan Memey.
“Dah macam restoran sendiri dibuatnya. Nasib baik dah hujung-hujung nak tutup. Kita layankan aje janji diaorang happy sebab ketawa ni pun boleh bakar banyak kalori,” kongsinya.
Sementara itu, di instagram Memey pula, dia ada memuatnaik satu posting yang mana Abby membuat kejutan padanya dengan memberi jambangan bunga. Kejutan ini benar-benar buatkan dirinya terharu.
“Sayang mama kat mummy kan.. Mummy tengah buat tutorial kat lobby tiba-tiba ada orang bawa bunga. Rupanya mama dah deal @the.hadiah
“Tq tau.. mama lepas ni mummy nak coklat, buah sekali tau.. mummy kan suka makan haha..”
Bukan itu saja, apa yang boleh dipuji kedua-dua keluarga ini, setiap kali pergi bercuti bersama, pastinya mereka akan memakai sedondon. Nampak sangat kemeriahan keluarga besar ini ditambah pula anak-anak pun sangat sporting.
Anak yang besar pun dah boleh harap jaga adik-adik yang kecil dan ternyata didikan dan kasih sayang itu membuatkan hubungan ini begitu mesra sekali. Tiada pilih kasih dan layanan sama rata sentiasa diberikan kepada semua anak-anak.
Kredit: IG Norman Hakim; Memey Suhaiza
**Dapatkan barangan keperluan bayi pada harga yang sangat berbaloi setanding kualitinya di sini.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon...