Lain orang lain keadaannya Ketika mengandung. Ada yang bertubuh kecil tetapi baby bump jelas kelihatan tapi ada pula baby bump yang langsung tidak kelihatan malah masih aktif seperti tidak mengandung.

Bila ditegur masyarakat sekeliling, ibu hamil jadi ‘down’. Apa sebabnya perut seperti tidak kelihatan seperti ibu hamil? Adakah normal keadaan yang semacam ini?

Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump? Ibu Sedih Asyik Kena Tegur!

Menurut beberapa kajian, baby bump yang tidak kelihatan disebabkan oleh beberapa faktor.

1. Kehamilan pertama
Pertama kali mengandung, otot-otot perut masih tegang, kuat dan belum pernah ‘diregang’ oleh janin sebelum ni. Disebabkan itu, proses menjadi lambat. Biasanya ibu yang baru kali pertama hamil hanya akan nampak baby bump sekitar minggu ke-20 ke atas. Jadi jangan terkejut kalau orang tak perasan pun kita pregnant masa awal trimester kedua.

2. Bentuk badan
Wanita yang tinggi atau bertubuh panjang mungkin mempunyai lebih banyak ruang untuk janin berkembang ke atas, menjadikan perut kurang menonjol. Jadi walaupun baby tengah membesar dengan sihat, orang lain tidak akan nampak seperti mengandung.

Ads

Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump? Ibu Sedih Asyik Kena Tegur!

3. Posisi janin
Posisi janin itu sendiri turut memainkan peranan penting. Jika janin berada di posisi tertentu, seperti menghadap ke belakang, perut mungkin kelihatan lebih kecil. Sebaliknya jika janin berada di bahagian hadapan, baby bump biasanya lebih cepat kelihatan.

4. Perubahan berat badan
Jika ibu mengalami perubahan berat badan yang ketara di awal kehamilan terutama ketika morning sickness, baby bump mungkin lambat kelihatan.

5. Genetik
Genetik dan keturunan seseorang ibu juga turut memainkan peranan, jika ibu atau nenek turut memiliki tubuh badan yang kecil malah ketika hamil juga baby bump turut sama tidak kelihatan, anak juga berpotensi akan melalui hal yang sama.

Ads

Adakah Ini Petanda Bahaya?
Berita baiknya, baby bump yang kecil atau tidak kelihatan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan selagi perkembangan janin adalah normal. Doktor akan memantau pertumbuhan bayi anda melalui ukuran tinggi fundus (rahim) dan ultrasound. Selagi ukuran rahim sesuai dengan usia kehamilan, anda tidak perlu bimbang.

Mengandung Tapi Tak Nampak Baby Bump? Ibu Sedih Asyik Kena Tegur!

Namun, ada beberapa situasi yang memerlukan perhatian:

Ads

* Jika doktor mengesan pertumbuhan janin yang lambat (intrauterine growth restriction, IUGR).

* Jika terdapat kekurangan air ketuban (oligohidramnios).

* Jika berat badan anda turun secara drastik tanpa sebab yang jelas.

Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, segera rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Perut kecil tak semestinya baby kecil dan perut besar tak semestinya baby besar. Scan, berat janin, dan perkembangan mingguan jauh lebih penting dari apa yang kita nampak dekat cermin. Yang penting anak dan ibu sihat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI