Bayi baru lahir memang penuh keajaiban. Walaupun tubuhnya kecil, setiap pergerakan dan reaksi ada makna tersendiri. Salah satu perkara penting yang dilakukan oleh doktor selepas bayi lahir ialah mengujinya dengan “refleks kejutan” — atau dalam istilah perubatan, dipanggil Moro Reflex.
Memetik dari laman Instagram @tv1indialive, para pengamal perubatan di India menggunakan teknik ‘kejutan’ untuk memeriksa respon serta refleks yang baharu lahir.
Refleks kejutan ialah tindak balas semula jadi bayi apabila terasa seperti terjatuh atau mendengar bunyi kuat. Bayi akan menggerakkan tangan dan kaki ke luar, kemudian menariknya semula ke arah badan — seolah-olah terkejut dan mencari perlindungan. Reaksi ini biasanya disertai dengan tangisan kecil, dan ia sangat normal!
Kenapa Doktor Uji Refleks Ini?
Refleks kejutan bukan saja comel dilihat, tetapi juga petanda penting perkembangan sistem saraf bayi. Ujian ini membantu doktor memastikan otak dan saraf tunjang bayi berfungsi dengan baik. Jika refleks ini tidak ada atau hanya berlaku sebelah badan sahaja, ia boleh menjadi isyarat awal ada sesuatu yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Ads
Refleks-refleks ini bukan sahaja membantu bayi bertahan dalam dunia luar, malah menjadi asas kepada perkembangan motorik mereka seperti menggenggam, menyusu, dan akhirnya berjalan. Jika ada refleks yang tidak muncul atau masih berterusan selepas usia tertentu, ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar kanak-kanak bagi memastikan perkembangan bayi berada di landasan yang betul.
Bila Refleks Ini Hilang?
Biasanya, refleks kejutan ini akan hilang secara semula jadi selepas bayi berusia antara 3 hingga 6 bulan. Jika masih ada selepas usia itu, doktor akan pantau dengan lebih dekat kerana ia boleh menandakan kelewatan perkembangan.
Rezeki kita berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki untuk punya anak awal, sebaik selepas berkahwin. Namun ada pula sedikit terlambat rezekinya malah perlu melalui sedikit kepayahan dengan menjalani beberapa rawatan demi melihat zuriat darah daging sendiri.
Bagi pemilik jenama Leeyana Rahman, Yana Lee, rezekinya untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Allah selepas menjalani rawatan IVF, empat tahun selepas berkahwin.
Kata Yana menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, kehadiran cahaya mata sulungnya, Tiara Lufya melengkapkan hidupnya dan suami malah menyerikan lagi kehidupan berumah tangga mereka. Satu kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini juga menyifatkan kejayaannya memperolehi zuriat melalui rawatan IVF itu adalah hasil dari usahanya yang tak pernah putus asa untuk menimang cahaya mata.
” Tahun pertama dan kedua, saya dan suami rasa macam honeymoon, masuk saja tahun keempat kahwin, saya dan suami mula dah rasa ‘flat’. Lagi pula ramai sangat yang asyik bertanya. Orang lain mungkin ambil berat pada saya, adakala saya mula rasa ‘down’ dan sensitif. Jadi saya nekad untuk buat IVF.
” Bila disahkan mengandung, saya rasa Allah masih sayangkan saya, Allah makbulkan impian saya untuk punya zuriat. Lagi pula dapat gembirakan hati suami, hanya Allah sahaja yang tahu,” luah Yana berkongsi.
Tiga bulan penuh kenangan
Melalui rawatan IVF nyata tidak mudah. Tidak juga mudah buat Yana yang jadualnya begitu padat dengan empayar perniagaannya yang semakin memuncak di kala itu.
“Ramai yang buat IVF tapi gagal, ada yang buat sekali sahaja tapi berjaya, ada orang buat sekali je terus berjaya. Macam saya alhamdulillah saya buat sekali je terus berjaya.
“Saya rasa sangat happy dan bersyukur tapi taping seornok dapat happy kan suami. Memang pasangan berkahwin nak kan zuriat dan saya rasa happy bila disahkan mengandung. Tak terluah dengan kata-kata masa tu.
“Masa saya buat IVF tu suami paksa saya left semua grup whatapps kerja yang ada dan dia minta saya bed rest sahaja sepanjang tiga bulan tu.
“Dari segi pemakanan pula memang saya ambil makanan yang betul-betul sihat saja. Contoh pagi saya ambil avokado dengan madu, kudap-kudapan pula saya suka ambil jenis kekacang macam badam dan lain-lain yang baik untuk kekuatan rahim. Setiap malam pula suami akan buatkan jus buah untuk saya yang dicampurkan dengan oren, epal, strawberi, kurma dan madu.
“Sepanjang waktu itu, kami suami isteri memang banyakkan bersedekah bukan sahaja dekat anak yatim tapi kami bagi makan haiwan supaya rezeki kami dipermudahkan.
Amal doa dari awal kehamilan
Rupanya bukan hanya rawatan IVF bahkan Yana juga tidak pernah putus harapan dan berdoa setiap hari untuk memperoleh zuriat. Bahkan ada doa dan amalan yang dilakukannya.
“Dalam pada itu saya juga amalkan doa ini.
Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Sesungguhnya Engkaulah waris yang paling baik.
“Inilah doa yang saya selalu amalkan sejak dari sebelum hamil lagi sampailah saya selamat melahirkan anak,” kongsi Yana lagi.
Kata Yana, walau kita belum direzekikan untuk punya zuriat lagi, jangan pernah putus asa dan sentiasalah berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yaana.lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Televisyen Colombia menyiarkan imej penuh emosi pada Ahad ketika empat kanak-kanak yang terselamat selepas berada dalam hutan selama 40 hari bertemu pasukan penyelamat mereka.
Imej yang diambil menggunakan telefon bimbit menunjukkan empat kanak-kanak yang keletihan, yang paling kecil dalam pelukan seorang penyelamat.
Kanak-kanak Orang Asli Huitoto – berumur 13, sembilan, lima dan setahun itu ditemui hidup pada Jumaat oleh penyelamat, setelah merayau bersendirian di hutan hujan Amazon sejak nahas pesawat kecil Cessna 206 yang mana mereka dalam perjalanan bersama ibu mereka, juruterbang dan seorang lagi dewasa.
Ketiga-tiga dewasa maut dalam kemalangan itu.
Dalam video yang dikeluarkan pada Ahad, kanak-kanak itu kelihatan kurus kering kerana menghabiskan masa di hutan tebal.
Penyelamat yang juga ahli kumpulan pencarian dalam kalangan Orang Asli dilihat menyanyi, menghisap tembakau, tumbuhan yang dianggap suci dalam kalangan ramai penduduk hutan dan meraikannya.
Ditemubual di saluran siaran awam RTVC, pasukan penyelamat Orang Asli yang menemui kanak-kanak berkenaan menceritakan detik-detik pertama pertemuan itu.
“Anak perempuan sulung, Lesly, dengan si kecil dalam pelukannya, berlari ke arah saya. Lesly berkata: ‘Saya lapar,'” kata Nicolas Ordonez Gomes, seorang kru operasi mencari dan menyelamat.
“Seorang daripada dua budak itu sedang berbaring. Dia bangun dan berkata kepada saya: ‘Ibuku sudah meninggal.'”
“Kami segera menyusuli dengan kata-kata positif, mengatakan kami kawan, kami dihantar oleh keluarga, bapa, bapa saudara. Bahawa kami adalah keluarga!,” tambah Ordonez Gomes.
Menurut Ordonez Gomes, budak lelaki itu hanya menjawab: “Saya mahu roti dan sosej.”
Seorang lagi penyelamat menjelaskan tradisi Orang Asli: “Dalam kepercayaan orang tua kami, jika anda menjumpai penyu, anda boleh memintanya untuk hajat, dan hasrat itu akan menjadi kenyataan.”
Dia berkata pasukan itu menemui seekor penyu di dalam hutan, hanya setengah jam sebelum menemui empat beradik itu.
“Saya memberitahu mereka: ‘Carikan saya anak-anak itu,'” kata penyelamat berkenaan. – AFP
Bukan senang hendak mendidik dan mengajar anak membaca Al Quran di awal usia. Namun begitu, biar mencabar macam mana pun, ayat suci Allah ini sememangnya perlu diperkenalkan pada anak-anak kecil kita di awal usianya.
Pelakon, Ashraf Muslim turut sama berkongsi tip untuk mendidik anak kecil kita agar sentiasa dekat dan begitu cintakan Al-Quran.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik video mengajar anaknya, Safiyyah yang baru berusia tiga tahun mengaji.
Malah video yang dimuat bapa kepada empat cahaya mata ini juga dipuji wargamaya. Comelnya melihat gelagat Safiyyah membaca Al Quran. Begitu bersungguh-sungguh mengikuti segala yang diajarkan bapanya.
Kata Asyaraf, kesabaran amat diperlukan untuk mendorong anak kecil mengaji.
“Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni, tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.
“Nak ajar anak baca iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca.
“Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa. InsyaAllah road to read alquran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari,” kongsinya.
Malah kata Asyraf lagi, memperkenalkan anak dengan al quran adalah tanggungjawab paling besar mak ayah. Jadi jangan leka.
“Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.
“Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa.
“Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa. InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat,” kongsinya lagi.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ashrafmuslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.