Suami mana yang tidak terkesan saat melihat perjuangan seorang isteri untuk melahirkan anak tersayang. Rasa sayu dan tidak sanggup melihat kesakitan tanpa henti hingga detik melahirkan.
Bagi Fizo Omar, kelahiran anak keduanya membuatkan airmata lelakinya gugur saat melihat isterinya, Fazeera Nazri Azrai berdepan dengan situasi cemas itu.
Lebih-lebih lagi saat isterinya bertarung nyawa selama 10 jam menahan kontraksi sebelum melahirkan sehinggalah anak pertama mereka dilahirkan.
“Gugur air mata jantan, gengster macam mana pun si suami dan ayah. 24 Jun isteri saya di masukkan ke Labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready untuk baby dilahirkan.
“Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin,” kongsinya.
Malah kata anak kelahiran Kelantan ini lagi, isterinya berdepan kontraksi selama hampir 10 jam dan berdepan detik cemas selama hampir tiga jam ketika ketika mengeluarkan bayinya.
“Sepuluh jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita.
“Pukul 12.39 pagi (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yang di tunggu-tunggu selama ni.
Ads
“Serius weh Abe Joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby,” kongsinya lagi.
Menurut kata bapa kepada Maryam ini lagi, rasa tanggungjawabnya makin menebal selepas kelahiran anak keduanya ini. Malah kini tergalas satu tanggungjawab untuk menjaga dua anak perempuannya dengan sebaiknya hingga mereka membesar.
“Perasaan Abe Joe masa macam… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“The moment Abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan,
“Ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang”.
Ads
“Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dari sebelum ini,” tulisnya.
Bahkan Fizo turut meninggalkan pesanan kepada bakal bapa untuk mempersiapkan diri serta menjadi yang lebih baik buat diri sendiri dan keluarga saat berdepan pengalaman hebat itu.
“Pesanan Abe Joe kepada suami dan bakal ayah, ambil lah moment ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.
“Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Sometime, by experience it membuat kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah buat kita semua yang bergelar AYAH dan SUAMI.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami. AMEEN YRA. Abe joe (daddy2 baru Up),” kongsinya berseloroh.
Pengalaman menyusukan anak lain-lain. Ada yang dipermudahkan, ada yang terpaksa melalui cabaran diperingkat awal. Namun itulah momen yang akan diingati oleh kaum ibu bila anak-anak dah besar.
Pengalaman ibu ini melalui perjuangan menyusu anak bukan mudah kerana diperingkat awal kelahiran anak pertamanya dia gagal walaupun rezeki susu banyak.
Bagi Nor Zeila ibu kepada dua anak, dia berkongsi perjuangan menyusukan anak dan hingga sekarang anak keduanya, Nuqman Aniq berusia 5 bulan dapat rezeki susu ibu yang tak putus hingga berat badannya dah nak mencecah 9 kilogram.
Berikut perkongsiannya
Dari anak pertama lagi saya berazam nak susukan bayi. Susu saya memang banyak. Tapi menyusukan bayi ini bukan semudah yang saya sangkakan. Walaupun dah banyak pengetahuan saya dapat tapi masih tak dapat susukan bayi pertama secara eksklusif dan hanya mampu dalam pantang sahaja walaupun susu banyak.
Mental saya tak kuat masa tu hingga mengagalkan usaha menyusukan anak. Alhamdulillah rezeki saya mengandung lagi… Kali ini saya tekad sekali lagi nak susukan bayi. Dua minggu pertama adalah cabaran buat saya. Selepas dua minggu pertama tu dah ok.
Apa yang saya puas hati dan bangga bila menyusu anak dengan susu badan, masalah demam atau sakit anak tiada. Sejak 5 bulan ini anak masih lagi kuat dan bebas dari masalah batuk, selesema atau demam.
Ambil nasi setiap hari
Jika orang tanya apa rahsia untuk banyakkan susu badan, saya tak amalkan apa-apa rahsia. Cuma saya amalkan makanan sihat. Setakat ini saya tak skip ambil nasi, minum milo dan susu kurma setiap hari.
Kalau orang kata nak diet lepas lahirkan anak, itu nombor dua bagi saya. Yang penting saya mahu anak dapat khasiat susu ibu dan nak tebus kesilapan saya sebelum ini yang tak berjaya untuk anak pertama.
Bagi sesetengah ibu, menyusukan anak pun rahsia untuk badan kekal langsing sebenarnya. Jadi jangan risau walaupun perubahan perlahan tapi tak beri kesan yang memudaratkan.
Bagi Nor Ziela seorang ibu yang bekerja, buat stok bukan keutamaannya. Biasanya dia akan pam hari ini untuk stok esok.
Pam konsisten
Jadual mengepam untuk setiap hari juga dilakukan secara konsisten iaitu jam 10 pagi, jam 1 atau 2 petang dan sebelum balik kerja dalam jam 5 petang.
Jadi setiap hari dapat bekalkan susu pada anak di rumah pengasuh 4oz dengan 4 botol. Penggunaan botol pun akan diamalkan bila tinggalkan anak sahaja.
Jika anak ada depan mata, saya akan direct feeding untuk pastikan bonding dengan anak sentiasa ada walaupun penat.
Sedar tak sedar, anak kedua pelakon Eyra Hazali kini sudah pun berusia sebulan selepas selamat dilahirkan pada 29 April yang lalu, iaitu beberapa hari sebelum kita beraya.
Melalui Instagramnya, sempena kelahiran sebulan anak keduanya yang diberikan nama, Muhammad Endra Haqimie itu, Eyra memuat naik gambar keluarga mereka bersama.
Malah melalui entri terbaru, Eyra turut sama memuat naik beberapa keping gambar majlis aqiqah yang berlangsung pada 21 Mei yang lalu.
“My Endra is one month old today.
“My Hayder & Endra 🤍,” kongsi Eyra di kapsyennya.
Pilih tema warna putih
Pada majlis majlis aqiqah yang berlangsung meriah pada 21 Mei lalu, Eyra sekeluarga tampil anggun dan cantik dengan pakaian serba putih.
Biarpun masih berpantang, namun Eyra kekal cantik jelita bersama dua anaknya, Hayder dan Endra.
Jom intai perkongsian majlis ringkas Eyra sekeluarga.
Eyra selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie pada 29 April tepat jam 6.18 petang. Eyra turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya hingga detik melahirkan.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie.
Tangisan anak pertama pelakon Shukri Yahaya yang bimbangkan bapanya yang terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini mengundang rasa sebak orang ramai.
Walau hanya melihat melalui skrin televisyen, namun anak kecil itu, Aaira Ameena menangis saat ayahnya dilanggar oleh satu kereta lain ketika perlumbaan kereta di litar ketika Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @shrnzsy itu menarik perhatian wargamaya.
“Ayah always Ameena champions,” tulisnya di kapsyen.
Walaupun kalah ketika perlumbaan itu, namun dia lah pemenang sebenar di hati seorang anak.
Ameena yang turut hadir ke litar perlumbaan itu bersama ibu dan adiknya turut sama memberi sokongan pada Shukri sebelum perlumbaan bermula.
Namun hati anak kecil itu teramat sedih bila mana menyaksikan sendiri perlanggaran kereta ketika di litar.
Pun begitu, Shukri Yahaya dalam keadaan baik-baik sahaja malah menyambut Ameena dengan baik sebaik selesai perlumbaan bersama selebriti lain yang turut sama.
Apa yang turut menarik perhatian pastinya kasih sayang dan layanan istimewa Shukri buat anak perempuannya. Ameena yang masih dalam tangisannya dirangkulnya erat dalam pelukan.
Rata-rata wargamaya turut memuji hero kesayangan ramai itu ketika melayani anak dan isterinya.
Terdahulu, Shukri Yahaya mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Tya Adnan pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.