“Semua benda nak masuk mulut, kita pula yang risau takut anak tertelan.” Sebenarnya tindakan bayi memasukkan objek ke dalam mulut adalah satu proses pembelajaran baru untuk mereka.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim mouthing atau memasukkan objek dalam mulut atau bahasa lainnya mengutip sebenarnya penting untuk anak-anak develop kemahiran mereka.
Dengan memasukkan objek dalam mulut, anak belajar untuk explore objek yang ada di keliling mereka. Tugas ibu bapa adalah pantau anak sekiranya objek tersebut membahayakan. Anda juga boleh menyediakan teether untuk mudah bayi menggigit. Selain itu dengan mouthing akan membantu anak tingkatkan kemahiran eye hand coordination dan motor halus.
Ads
Bila mengutip anak akan fokus pegang sesuatu objek dan membawa ke mulut. Ini akan membantu anak belajar gag reflex tanpa rasa takut dan sebagai persediaan untuk bayi memulakan makanan selain susu.
Ads
Bayi berusia bawah 6 bulan akan mempunyai gag reflex iaitu reflex yang akan membuat mereka seperti rasa tercekik apabila memasukkan objek ke dalam mulut, jadi dengan mouthing akan membantu mereka menghilangkan rasa takut itu.
Oleh itu, mouthing ni penting sebenarnya untuk perkembangan anak-anak. Ibu bapa jangan halang perkembangan ini sebab ini merupakan perkembangan yang normal dan perlu pantau sahaja daripada sebarang bahaya.
Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi.
Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
6 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
Geramnya apabila si manja asyik merengek dan susah hendak tidur waktu malam. Sudah pelbagai cara menidurkan bayi dicuba, tapi hasilnya mengecewakan.
Zaman kini, ramai pula ibu bapa yang melaburkan duit untuk mainan gantung di katil bayi. Ramai yang berkongsi maklum balas mengenai mainan tersebut.
Namun sejauh manakah mainan gantung di katil bayi membantu si manja anda nyenyak tidur? Jom, kita kupas isu ini bersama-sama!
Mainan gantung mobil bayi lebih daripada sekadar benda comel yang tergantung di buaian atau katil bayi.
Mainan ini bukan sahaja dapat menenangkan si manja anda, tetapi juga merupakan salam satu cara merangsang perkembangan otak bayi anda.
Tidak ada kajian yang menyokong atau membantah penggunaan mainan gantung untuk menidurkan bayi.
Namun, pelbagai pendapat ibu bapa boleh dilihat di laman web yang berkaitan dengan keibubapaan.
Ada yang memberi tindak balas positif di mana mereka merasakan mainan gantung yang sesuai untuk masa tidur dapat membantu si kecil tidur dengan cepat dan lena.
Sungguhpun begitu, ada juga ibu bapa dan blog keibubapaan yang beranggapan ia boleh mengganggu atau melambatkan masa tidur bayi.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, mainan gantung mobil bayi tidak bertujuan untuk membantu bayi tidur. Tujuan utamanya adalah untuk merangsang perkembangan otak dan saraf.
Apabila mata bayi mengikut pergerakan mainan gantung, ia membantu menguatkan otot yang mengawal pergerakan mata. Rangsangan yang kerap akan membantu otot-otot tersebut berkembang lebih baik.
Apabila bayi anda semakin membesar dan berjaya mengawal kepalanya, bayi akan mula mengikuti pergerakan mainan gantung dengan memusing atau mengangkat kepalanya.
Otot yang mengawal pergerakan kepala akan menjadi lebih kuat dengan tindakan ini.
Sekitar usia 3 bulan, bayi anda akan mula mencapai mainan gantung, dan mula belajar mengawal pergerakan tangan mereka.
Dalam tempoh tersebut, penglihatan bayi anda telah meningkat sehingga pandangan matanya dapat mengikuti objek bergerak di mainan tersebut.
Mencapai mainan gantung juga membantu mata bayi anda memahami kedalaman, manakala otak akan memahami konsep jarak. Hal ini akan membantu perkembangan bayi dari segi kesedaran ruang.
Mempunyai mainan mobil yang berlainan dan menarik perhatian lebih bagus untuk perkembangannya.
Walaupun begitu, ia sepatutnya dikeluarkan daripada buaian atau katil bayi sekitar 5 bulan, usia di mana bayi anda mula banyak bergerak.
Menidurkan bayi bukannya kerja yang mudah. Kajian menunjukkan sekitar 25-50% bayi akan terbangun selepas tidur beberapa jam.
Mungkin anda boleh cuba beberapa cara menidurkan bayi ini dengan si comel anda ya!
Sebilangan bayi akan merengek atau menangis ketika mereka letih, sementara yang lain akan menggosok mata, termenung atau menarik telinga mereka.
Bayi anda akan cepat dan mudah lena sekiranya anda memahami tanda-tanda dia mengantuk dan menidurkannya selepas itu.
Bayi akan tidur nyenyak apabila mereka mempunyai waktu tidur dan bangun yang konsisten. Selain itu, mengurangkan tidur siang tidak akan mendorong bayi anda untuk tidur lebih awal pada waktu malam.
Sebaliknya, ia akan mengakibatkan keletihan dan bayi akan lebih susah untuk lelap.
Ibu ayah, cuba untuk wujudkan rutin waktu tidur yang konsisten, merangkumi aktiviti yang tenang dan menyeronokkan untuk bayi anda.
Pastikan rutin yang anda laksanakan seiring dengan peningkatan umur bayi anda.
Sebagai contoh, membaca buku untuk bayi sebelum tidur, menyanyi atau memandikan si manja sebelum tidur.
Ingatlah, elakkan memberi makanan kepada bayi anda hampir dengan masa tidur mereka selepas berumur 6 bulan.
Pastikan persekitaran bilik tidur anak anda sama pada waktu tidur sepanjang malam. Bayi menjadi lebih selesa jikalau terdapat rutin dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, si manja anda juga akan tidur lebih nyenyak di dalam bilik yang gelap, sejuk dan tenang.
Belum ada kajian yang membuktikan keberkesanan mainan gantung mobil bayi dengan corak tidur mereka.
Walaupun begitu, ingatlah bahawa setiap bayi berbeza sifat dan interaksi terhadap persekitaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi demam panas. Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas. Apatah lagi, ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup!
Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira, kini jadi monyok dan tak lalu makan, sudah pasti anda dan suami tak tenang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Mengapa bayi demam panas?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:
Oleh itu, ibu bapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi anda diserang demam panas:
1.Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Merawat Bayi Demam Panas
Tip Ekstra!
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!