Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.
Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit?
Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak.
Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.
Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu?
Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu.
Ads
Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri
Am I loved?
Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.
Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka.
Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.
Ads
Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya.
Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.
Am I Safe in this place?
Ads
Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian.
Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.
Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik
❌ Anak akan lebih tantrum
❌ Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
❌ Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
❌ Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.
Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.
Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.
Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.
Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Kejap je buah hati kedua Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari besar. Rasa baru je Scha melahirkan Lyla Amina. Lahir pada 12 Februari lalu, kini Lyla dah pun berusia 4 bulan dan keletahnya sentiasa mencuit hati.
Si kakak, Lara Alana juga nampak sangat gembira dengan kehadiran adik dan dah ada geng untuk main. Nampak sangat Lara begitu sayangkan Lyla. Maklumlah dah lama tunggu adik baru.
Dalam perkongsian Scha, dia banyak berkongsi gelagat dua anaknya. Bila dapat anak perempuan, macam-macam gaya boleh buat. Tapi yang jadi perhatian peminat apabila kedua-dua beradik ini dipakaikan tudung dan cute sangat.
Awal versi perempuan
Bukan itu je, siap ada yang bagitau macam daddy versi pakai tudung. Yang lucunya juga, muka Lyla pakai tudung pun iras Mira Filzah! Comel sangat.
Tapi jika diperhatikan memang nampak dua beradik ini lebih ikut muka daddy. Mommy hanya bawa perut lahirkan je mereka. Bertabahlah ya mommy.
Tak apalah ikut mommy atau daddy asalkan membesar dengan sihat. Sebab gen daddy dan mommy dua-dua ada. Lagipun sementara nak membesar, muka anak akan berubah-ubah.
Sementara itu, ramai juga terpesona dengan senyuman manis Lyla Amina. Bila tak senyum nampak serius dan garang sangat. Tapi sekali tersenyum boleh buat orang cair.
Keletah Lyla yang semakin aktif sekarang ini sentiasa menjadi perhatian peminat mommy dan daddynya.
Sebelum ini Awal akui Lyla adalah bayi PKP kerana sewaktu Scha mengandungkannya ketika PKP 1.0 dan semasa lahir masuk PKP 2.0.
Kini dah masuk PKP 3.0 Lyla masih tak berpeluang lagi untuk berjumpa saudara mara dan berjalan-jalan. Masa hanya banyak dirumah da sesekali keluar pun kerana temujanji dengan doktor untuk buat pemeriksaan bulanan.
Kredit: Instagram Scha Al-Yahya & Lyla Amina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan.
Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?
1.Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
2.Anak ini mengalami pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orangtua atau saudaranya.
3.Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
4.Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
5.Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mengenal hal-hal baru dalam hidupnya.
APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak”pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
1.Anak aktif
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang pecah belah serta alat-alat elektronik.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknye bermain. Selepas bermain didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
3.Penuhi keperluan stimulasi anak
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermaina dengan barang permainannya.
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!