Semalam kecoh dimedia sosial mengenai seorang remaja lelaki yang dipercayai mangsa buaya rupanya adalah tidak benar. Ini disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menziarahi keluarga remaja itu di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Gambar File : Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Saya dapat pengesahan daripada pegawai penyiasat tiada langsung kesan gigitan buaya pada tubuh remaja ini dan dalam keadaan baik.
“Berita yang disiarkan di media sosial mangsa digigit buaya hanya khabar angin,” katanya.
Nyata tiada kesan gigitan buaya pada jasad remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui lemas selepas mangsa dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam di sini, semalam.
Susulan kejadian itu, Wan Rosdy mewakili Kerajaan Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Ads
“Berikutan itu kerajaan negeri memberikan bantuan awal untuk pengurusan jenazah sebelum bantuan lain diberikan.
“Kita dapat merasai kehilangan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indera Mahkota Dua ini dan bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga,” katanya.
Untuk info, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang sedang memancing bersama rakannya dipercayai turun ke tebing untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang.
Polis menerima maklumat kira-kira jam 7.30 malam dan segera menggerakkan operasi SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Tiada yang lebih memilukan apabila anak-anak masih memerlukan belaian seorang ibu, namun takdir menentukan sebaliknya.
Lima beradik kini kehilangan insan tersayang, tempat mereka menumpang kasih dan bermanja, apabila ibu mereka, Darna Tajudin, 41, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.
Darna yang menjadi harapan serta pelindung kepada anak-anaknya berusia antara 9 hingga 18 tahun itu, parah selepas dirempuh trak pikap dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pada 10 Ogos lalu. Perjuangan hidupnya berakhir pagi ini, jam 8.37, apabila beliau disahkan mengalami ‘brain death’.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam di Batu 9, Jalan Apas, mangsa bersama beberapa rakan sedang berjoging dari Bandar Sri Indah menuju T2 Jalan Apas sebelum dirempuh kenderaan terbabit.
Adik mangsa, Yusmi Tajudin, 39, ketika dihubungi memaklumkan kakaknya meninggalkan lima orang anak berusia antara 9 hingga 18 tahun.
“Bagaimanapun, kami belum dapat memaklumkan bila jenazah akan dikebumikan kerana masih menunggu prosedur seterusnya memandangkan kes ini dalam siasatan polis,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu trak pikap Toyota Hilux berusia 57 tahun melanggar belakang sebuah MPV Perodua Alza dipandu lelaki 39 tahun, lalu hilang kawalan.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu, kenderaan terbabit terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh mangsa yang sedang berjoging menyebabkan mangsa cedera parah.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Malah keakraban pengacara popular, Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi. Melekat bagaikan magnet.
Mengenali bapa penyayang yang cukup hebat ini di atas pentas pengacaraan, siapa menyangka Awal Ashaari tidak mampu untuk berpisah lama dengan dua anak perempuannya, malah cukup sensitif bila berbicara soal anak.
Malah untuk berpisah lama dengan dua orang kesayangannya itu terasa cukup sukar buat Awal. Berkongsi cerita meninggalkan Lara dan Lila ketika mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu, Awal yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 ini berkongsi kisah dua buah hatinya menerusi sesi Live yang cukup menyentuh hati semua.
Akui Awal, dia punya cara sendiri bagi mengawal emosinya yang terlalu rindukan anak ketika berjauhan.
“Sebenarnya Awal dengan Scha ni kami ada dua ‘coping mechanism’ yang berbeza. Macam Scha kalau dia nak pergi ke mana-mana dia sedih waktu nak berpisah tapi dia ok sebab dia sentiasa call anak-anak,” ujar Awal memulakan bicara.
Lain pula kisahnya dengan bapa kepada dua cahaya mata ini yang punya terapi sendiri bila terlampau rindukan Lara dan Lila.
“Bagi Awal pula, saya sensitif dan sangat beremosi, lebih-lebih lagi nak berpisah dengan anak. Bila berpisah dengan anak, saya tak nak ada drama dan tak nak nampak kesedihan itu.
“Bila pergi umrah hari itu, jujurnya saya buat video call hanya tiga kali sahaja. Masa Scha buat video call dengan anak-anak pun saya akan cuba mengelak untuk cakap dengan anak-anak.
“Setiap kali kalau tinggalkan anak, ada benda yang saya buat. Contoh hari ini hari terakhir dengan anak, saya akan ambil baju dia masukkan dalam zip lock dan zip supaya bau tak hilang.
“Bila dekat sana, malam-malam kalau rindu, saya akan bukak dan bau dalam-dalam. Barulah saya rasa tenang. Lepas tu saya akan terus rasa ok. Itu cara saya dan saya buat ni dari Lara kecil dulu sampailah sekarang,” ujar Awal bercerita.
Berbeza tapi saling melengkapi
Akui Awal lagi, dia dan Scha sememangnya berbeza dalam mendidik anak-anak namun saling melengkapi. Scha sememangnya lebih tegas dan menjaga disiplin rutin harian anak-anak manakala dia sendiri lebih santai namun bertegas bila perlu.
“Saya ni kalau dengan anak saya lebih suka go with the flow. Saya lebih relaks dan lebih banyak terapkan bermain, bergurau dan body contact dengan anak-anak. Anak-anak kalau tak ada satu hari saya jadi macam resah.
“Perasan tu macam nak cepat balik, nak bau dan gomol anak tu lebih sebab kita buat semua itu hari-hari.
“Saya tak tegas tapi garang, kalau menjerit dari atas semua akan menikus hilang. Semua dah tahu kalau daddy datang maksudnya serius,” ujar Awal lagi ketika ditanya sisi kebapaannya bersama anak-anak di rumah.
Awal yang menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Award bersama 19 selebriti mama dan papa lain turut berkongsi rasa kesedihan hatinya bila anak-anak semakin membesar.
“Bila kita ada anak ni, kita rasa masa berlalu sangat pantas. Saya rasa macam tak cukup dan masih tak puas lagi spent time masa dengan mereka. Kalau boleh saya nak ulang balik masa, saya nak kurangkan kerja, kurangkan keluar dan nak duduk dengan mereka.
“Saya dan Scha juga paling takut tunggu masa anak-anak ada life sendiri itu nanti datang dalam hidup kami. Kalau boleh nak simpan anak-anak duduk dengan kami sampai bila-bila tapi kami tahu semua itu tak mungkin akan terjadi,” luah Awal sebak.
Terdahulu, Awal dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan, namun personaliti media sosial, Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain.
Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu merakam momen kepulangan suami, Adama selepas dua bulan meninggalkannya atas urusan kerja.
Tambah Fila lagi, dia belum bersedia berkongsi wajah anaknya malah menjawab pertanyaan pengikutnya berkenaan hal itu.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang melihat wajah anak pasangan tersebut yang masih dikaburkan.
“Anak sudah dua bulan, kenapa nak kaburkan lagi? Nak tengok muka baby,” tulisnya pengikutnya di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, Fila kemudiannya membalas komen tersebut dan mempertahankan tindakannya itu demi kesihatan anaknya.
“Nak elak daripada penyakit ain dari orang macam awak,” tulisnya ringkas.
Kenyataan Fila itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut melakukan perkara sama terhadap anak mereka.
Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas lima tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Sumber: TikTok Fila Adama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!