Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan, namun personaliti media sosial, Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain.
Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu merakam momen kepulangan suami, Adama selepas dua bulan meninggalkannya atas urusan kerja.
Tambah Fila lagi, dia belum bersedia berkongsi wajah anaknya malah menjawab pertanyaan pengikutnya berkenaan hal itu.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang melihat wajah anak pasangan tersebut yang masih dikaburkan.
Ads
“Anak sudah dua bulan, kenapa nak kaburkan lagi? Nak tengok muka baby,” tulisnya pengikutnya di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, Fila kemudiannya membalas komen tersebut dan mempertahankan tindakannya itu demi kesihatan anaknya.
Ads
“Nak elak daripada penyakit ain dari orang macam awak,” tulisnya ringkas.
Kenyataan Fila itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut melakukan perkara sama terhadap anak mereka.
Ads
Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas lima tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Niat seorang bapa membawa anak-anak mandi untuk bersuka ria bertukar menjadi tragedi apabila dia ditemui lemas selepas menyelamatkan anaknya yang berusia tujuh tahun daripada hampir tenggelam di Sungai Lebir, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Lebir, Gua Musang.
Kejadian bapa lemas di Sungai Lebir itu berlaku dalam sekelip mata ketika mangsa cuba menyelamatkan nyawa anaknya yang dipercayai dihanyutkan arus deras sungai berkenaan. Walaupun berjaya menolak anaknya ke kawasan cetek, mangsa sendiri gagal menyelamatkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, ditemui lemas kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pelbagai agensi keselamatan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata operasi SAR bermula sekitar jam 9.45 pagi dengan penglibatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurut beliau, mayat mangsa ditemui di kawasan yang dipercayai sebagai lokasi terakhir mangsa tenggelam, dengan kedalaman air dianggarkan sekitar lima meter. Keadaan arus sungai yang deras menyukarkan usaha mencari dalam tempoh awal.
“Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Kes bapa lemas di Sungai Lebir ini sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya mandi di sungai, terutamanya ketika paras air tidak menentu dan arus deras.
Ketua BBP Gua Musang, Nor Azizi Che Noh, berkata mayat mangsa ditemui oleh pasukan PPDA kira-kira tiga meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat timbul sebelum tenggelam semula.
Menurutnya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang selepas mangsa berjaya ditemui dan disahkan meninggal dunia. Pasukan penyelamat turut berdepan cabaran seperti air keruh dan dasar sungai yang tidak rata.
Isteri mangsa, Nor Asikin Abu Bakar, 41, berkata suaminya membawa tiga orang anak serta seorang anak saudara ke sungai untuk mandi, manakala beliau berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Beliau memaklumkan hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh salah seorang anak yang turut berada di lokasi kejadian. Menurutnya, anak-anak mereka masih mengalami trauma akibat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu.
“Anak saya masih trauma, kerap menangis dan memanggil-manggil ayahnya sejak semalam. Mereka sangat rapat dengan arwah,” katanya dengan nada sebak.
Kejadian bapa lemas di Sungai Lebir itu memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa yang tidak menyangka aktiviti santai bertukar menjadi peristiwa duka.
Saksi kejadian, Muhammad Lohman, 49, berkata mangsa sempat timbul ke permukaan air sebanyak dua kali sebelum akhirnya hilang daripada pandangan.
Menurutnya, mangsa kelihatan bergelut melawan arus deras selepas menolak anaknya ke tempat selamat. Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu, namun gagal kerana arus terlalu kuat.
Sebelum ini, media melaporkan seorang bapa dikhuatiri lemas selepas terjun menyelamatkan anaknya yang berusia tujuh tahun. Walaupun anaknya berjaya diselamatkan, Mohamad Fakarudin akhirnya tenggelam dan dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Lebir.
Kejadian ini menjadi peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di sungai, terutamanya melibatkan kanak-kanak dan kawasan yang berisiko tinggi.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes COVID-19 semakin meningkat dan jumlah kematian juga bertambah dari sehari ke sehari. Selain penjagaan kebersihan diri, rakyat Malaysia digalakkan untuk memakai topeng muka sekiranya keadaan mendesak untuk keluar rumah.
Memandangkan bekalan topeng muka juga semakin berkurangan, sehingga untuk kegunaan frontliners juga tidak cukup, maka terhasil lah mask DIY yang diperbuat daripada kain.
Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, pemakaian topeng muka DIY daripada kain ini jika perlu dipakai tidak boleh melebihi 3 jam.
Sekiranya anda menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 jam dan pastikan ia dibasuh dengan bersih & dijemur sebelum dipakai semula.
Kajian yang dilakukan terhadap penggunaan topeng muka jenis ini mendapati ia tidak mampu melindungi dari jangkitan penyakit malah mungkin menyebabkan risiko jangkitan lebih TINGGI.
Ia kerana topeng muka jenis kain DIY ini mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman boleh berkumpul.
Ianya juga mungkin tercemar dengan kuman apabila topeng ini dibuka , diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg, kemudian dipakai semula ke muka.
Namun ia mampu menapis partikel pencemaran yang besar , cahaya matahari dan bau busuk persekitaran.
Utamakan basuh tangan berbanding topeng muka sebagai kaedah pencegahan. 👌🏻
Sebaiknya, jika tidak perlu keluar, duduk sahaja di rumah. Pastikan anda kerap membasuh tangan dengan air dan sabun. Penggunaan hand sanitizer atau topeng muka hanyalah apabila anda berada di luar rumah sahaja.
Anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle, Muhammad atau lebih dikenali sebagai Che Mad kini semakin mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok, Che Mad dilihat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak dan bola tampar bersama rakan-rakannya.
Salah satu video yang dimuat naik memaparkan aksi Che Mad di padang bola sepak dengan gerakan yang lincah dan penuh semangat. Tambah buah wargamaya teruja bila melihat kehadiran Farid Kamil di tepi padang yang setia memberi sokongan kepada anaknya turut menjadi perhatian warganet.
Bukan itu sahaja, Che Mad juga dilihat menunjukkan kebolehannya bermain bola tampar dalam satu lagi perkongsian video sehingga ramai kagum dengan bakat sukannya yang pelbagai.
Rata-rata netizen memuji anak sulung Farid dan Diana Danielle yang dilihat semakin menyerlah bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dari segi penampilan apabila semakin meningkat dewasa.
Apa yang paling menarik perhatian tentunya wajah Che Mad yang dikatakan saling tak tumpah seperti Farid Kamil ketika zaman mudanya.
Malah, ada yang sempat berseloroh mengatakan Che Mad bakal menjadi kegilaan ramai suatu hari nanti.
“Wah, handsomenya Che Mad. Jadi menantu aunty nak?. Muka memang copy paste Farid Kamil muda,” komen pengguna media sosial.
Dalam masa sama, ramai juga tersentuh melihat hubungan rapat antara Farid Kamil dan anak sulungnya itu. Sikap Farid yang sentiasa hadir memberi semangat terhadap minat serta aktiviti sukan Che Mad menerima pujian ramai.
Che Mad kini dilihat semakin yakin berada di hadapan kamera menerusi video-video yang dikongsikan di media sosial. Walaupun masih muda, personalitinya yang aktif dan ceria membuatkan ramai mula mengikuti perkembangan anak selebriti itu.
Ramai netizen turut menyifatkan Che Mad memiliki aura tersendiri selain wajah yang dikatakan sangat mirip Farid Kamil ketika muda. Tidak kurang juga yang memuji sikap rendah diri dan semangat sukannya yang dianggap sangat positif untuk anak seusianya.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja melihat perkembangan Che Mad yang semakin membesar dengan penampilan yang segak dan aktif bersukan.
Ada juga yang berpendapat Che Mad berpotensi besar untuk menceburi dunia hiburan suatu hari nanti memandangkan dia mewarisi rupa paras menarik daripada kedua ibu bapanya.
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.