Semalam kecoh dimedia sosial mengenai seorang remaja lelaki yang dipercayai mangsa buaya rupanya adalah tidak benar. Ini disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menziarahi keluarga remaja itu di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Gambar File : Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Saya dapat pengesahan daripada pegawai penyiasat tiada langsung kesan gigitan buaya pada tubuh remaja ini dan dalam keadaan baik.
“Berita yang disiarkan di media sosial mangsa digigit buaya hanya khabar angin,” katanya.
Nyata tiada kesan gigitan buaya pada jasad remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui lemas selepas mangsa dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam di sini, semalam.
Susulan kejadian itu, Wan Rosdy mewakili Kerajaan Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Ads
“Berikutan itu kerajaan negeri memberikan bantuan awal untuk pengurusan jenazah sebelum bantuan lain diberikan.
“Kita dapat merasai kehilangan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indera Mahkota Dua ini dan bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga,” katanya.
Untuk info, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang sedang memancing bersama rakannya dipercayai turun ke tebing untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang.
Polis menerima maklumat kira-kira jam 7.30 malam dan segera menggerakkan operasi SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Tragedi menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih menghantui hati ramai. Seorang gadis kecil yang sepatutnya membesar dengan penuh kasih sayang, pergi meninggalkan kita dengan cara yang cukup memilukan akibat perbuatan buli yang tidak berperikemanusiaan.
Hari ini, episod duka itu memasuki bab baharu apabila lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, berhubung kes yang meragut nyawa Zara.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah meneliti kertas siasatan polis dan memutuskan untuk mendakwa beberapa individu berdasarkan keterangan yang diperoleh. Menurut AGC, keputusan untuk mendakwa suspek dilakukan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, berlandaskan bukti serta fakta hasil siasatan.
Tragedi ini bukan sekadar kisah Zara seorang, tetapi satu tamparan buat kita semua tentang betapa seriusnya isu buli yang semakin membarah dalam masyarakat.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada pagi 16 Julai.
Terkini ketika berita ini ditulis 8.15am: Perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang dikawal ketat menjelang prosiding lima remaja.
Kelihatan seawal jam 7 pagi, perkarangan kompleks mahkamah sudah mula dipenuhi dengan kehadiran anggota keselamatan, petugas media serta orang awam yang ingin mengikuti rapat perkembangan kes berprofil tinggi ini.
Sama-sama bekerja, tidak dinafikan penatnya juga sama rata. Suami letih, isteri apatah lagi. Bila balik ke rumah, ada pula kerja yang menanti. Nak uruskan anak-anak, perlu memasak dan mengemas. Sebenarnya tertekan juga kalau berterusan tanpa dibantu. Sebab itulah, suami kena lebih berteoleransi dan rajin membantu, bukan hanya kecam saja kalau balik tu tengok rumah bersepah atau anak-anak masih belum sempat dimandikan.
Dari bising mulut membebel dan menyakitkan hati si isteri, eloklah kalau anda bantu dia. Kalau lihat rumah bersepah, bantulah mengemas. Kalau anak-anak masih belum mandi, tolonglah mandikan. Atau paling tidak sekurang-kurangnya tiba waktu malam nak tidur tu, urutlah sikit badan isteri tersayang. Bukan ke harmoni rumah tangga bila saling memahami?
Begitu juga dengan perkongsian Ariff Ismail, yang bercerita tentang topik ini:
MANA CUKUP MASA NAK BUAT SEMUA KERJA
” Bang baju nanti hantar dobi la I tak sempat nak basuh”
” B kita makan luar lah, sayang tak larat lah nak masak “
Tak asing lagi pada masa kini suami isteri sama sama bekerja. Bila masing masing ada kerjaya mesti akan ada satu masalah, iaitu pengurusan masa untuk urus kan rumah tangga dan anak anak.
Mula lah drama dan ada yang membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Suami menuding jari kepada isteri, isteri tuding jari pada suami.
Silap hari bulan mahu melayang periuk belanga. Untuk penyelesaian ramai yang pilih jalan makan kat luar je lah. Baju kita hantar dobi. Bila tak buat kerja sama sama dan makan air tangan isteri atau suami itu yang buat hilang kemanisan rumah tangga.
Jom saya share kan macam mana untuk kita sentiasa cukup masa untuk urus rumah tangga bersama sama.
1. BUAT JADUAL KERJA RUMAH Hidup sebagai suami isteri kenalah tolak ansur, kena saling bantu membantu. Untuk memudahkan urusan kita buat jadual kerja untuk memastikan rumah tangga diselaras dengan baik.
Isteri dah balik rumah memasak dan jaga anak, kita tolong isteri lipat baju dan mop lantai. Bila buat kerja sama sama dan saling bantu membantu ini akan dapat menambah keharmonian rumah tangga.
2. SIAPKAN BARANG MASAK Nak masak ni mudah, nak siap kan barang tu yang leceh. Mana nk keluarkan lauk basah, nak kupas bawang nak siang ikan. Untuk lancarkan kerja ni mudah sahaja. Buat siap siap bila nak masak terus keluar dan campakan dalam kuali tadaaa siap masak.
Luang masa hujung minggu untuk kupas bawang, mesin cili, siang ikan dan sebagainya. Masukan dalam bekas kecil untuk satu kali memasak.
Kisar cili, bawang merah, bawang putih siap siap. Simpan dalam bekas, nak balik masak senang dan jimat masa. Boleh juga masak cili kering dan bawang sebagai pes. Nak masak tinggal masukan je lauk basah.
Ayam, ikan udang, daging dan lauk lauk yang lain bungkus dalam bekas kecil untuk satu bahagian masakan. Inshaallah lebih cepat kita boleh siap kan masakan.
3. PERSIAPAN PAKAIAN Ini lah yang paling ngeri bila baju dah belonggok setinggi gunung, mana yang tak basuh lagi mana yang dah basuh tak berlipat. Boleh lemas dalam kain baju. Mudah je, bila kita bekerjasama semua kerja akan jadi mudah. Isteri dah basuh kita tolong sidai, tak jatuh maruah jiran nampak kita sidai baju bini.
Bila suami dah tolong sidai, isteri tolong angkat, masa malam kita lipat sama sama sambil tengok tv. Inshaallah yang berbukit tu akan jadi tanah rata.
Bila bab urusan rumah tangga ni, tak susah cuma perlu kerjasama dan sikap tangungjawab suami dan isteri. Bila kita bersama lakukan kerja jadi lebih cepat dab menambah nilai kasih sayang dalam keluarga.
Kebanyakan tempat, terutama di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang, dan Kelantan, dijangka mengalami cuaca panas dan kering mulai bulan ini hingga Mei.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.
“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
“Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Hisham berkata dalam tempoh itu, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.
Beliau berkata, bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen jabatan itu seluruh negara semalam (11 Februari) adalah 36.1 darjah Celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah.
Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun keadaan tersebut diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
Mohd Hisham berkata dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan penggunaan air serta mengelakkan pembakaran terbuka serta mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka.
Katanya MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
Sementara itu, Mohd Hisham menerusi ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang dijangka berlaku di Sarawak selama tiga hari mulai 17 Februari.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Februari dan keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.