Menu Minum Petang, Popia Pisang Kayangan. Memang Puas Makan, Lebih Jimat!

Share

Kadang-kadang buntu juga mama nak sediakan menu petang untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi waktu cuti dan juga waktu PKP ni, anak-anak asyik minta makanan je. Jom mama cuba resipi minum petang yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Untuk minum petang. Senang dibuat sedap dimakan. Popia Pisang Kayangan… Kat KB ni kalau beli 8pcs RM13 …10pcs RM15 … dua tiga kali juga saya beli … last-last buat sendiri …. senang aje buatnya …puas makan

Resepi disetiap gambar

Bahan-Bahan;

  • Pisang …jangan masak sangat cari yang sedang sedang masak. Saya guna pisang berangan. Tapi boleh aje guna pisang lain seperti pisang nangka, tanduk atau pisang raja. Cuma pastikan jangan terlalu masak.
  • Tepung gandum dicampur air untuk jadikan gam
  • Kulit popia- Saya guna saiz 8.5″ X 8.5″ ..apa-apa saiz pun boleh
  • Coklat – saya guna Hershey’s syrup dan hazelnut chocolate spread jenama tesco aja
  • Topping dia saya guna crush oreo, mini koko crunch, mini conflake, nestum, dan mini coklat chip. Nak guna cheddar cheese pun boleh… tapi saya tak guna sebab anak dah jemu dengan cheese

CARA PENYEDIAAN

Mula-mula pisang dibelah dua

Bungkus pisang dgn kulit popia … lipat begini

Sapukan adunan gandum tadi utk lekatkan popia

Yang dah siap dibungkus

Pastikan minyak betul betul panas, baru goreng

Dah kekuningan begini, angkat dan toskan minyak

Dah kekuningan begini, angkat dan toskan minyak

Dah habis bubuh coklat, taburlah topping apa pun … sy guna tu small crushed oreo, mini koko crunch, mini conflakes, nestum dan mini coklat chip….boleh juga guna cheddar chese …tp sy tak letak..anak tak nak ,jemu dah makan chese katanya.

Popia Pisang Kayangan … crunchy dan melting coklatnya memang layan laaa


Kredit:MrsNor Wahid

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

IKLAN