Menu Simple Tapi Sedap, 14 Menu Pantang Masak Sendiri, Sedap Sungguh!

Share

Siapa kata menu pantang tak sedap? Menu pantang yang ringkas tapi dimasak dari bahan segar ini cukup sedap rasanya. Lagi-lagi jika dikenakan dengan kepedasan halia yang buat badan bertambah segar.

Menu simple ibu ni, Rida Shafie, semuanya nampak cukup menyelerakan. Asalkan pandai gabungkan dan kena dengan tekak, kenyang dibuatnya.


Menu ibu berpantang by #airtanganrida, #masaksendiri, #czernormal.

Hari 1, 2 dan 3, makan menu kat wad. Hari ke 4 sampai today hari ke 16 pantang baru masak kat rumah. Ni menu lunch Rida, menu bekpes lain yer.

Lain badan, lain orang, lain cara. Sakit kita, kita rasa. Nak makan ayam pulak, daging ke.

Ikan Tenggiri Masak Halia
Ikan tenggiri masak halia, mudah je. Masukan air dalam kuali, mendidih masukkan bawang putih ketuk, halia lebih.

Masukkan ikan dan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk cukup rasa sikit dan nak masam masukkan air asam jawa sikit je. Siap laa.

Air Kurma
Rebus je terus dengan air. Saya sukat pakai cawan air bekas saya tu. Lebih sikit je ngam dapat secawan tu. Lepas tu letak stevia setitik bagi manis sikit.

Sup Isi Ayam
Tumis bawang merah, putih sampai garing supaya dapat kuah gelap. Didihkan sampai masak.

Ikan Kukus Halia
Kukus ikan bersama hirisan halia, bawang merah dan putih serta lengkuas hingga masak. Sedap!

Singgang Ikan Tenggiri
Didihkan ikan tenggiri bersama lengkuas, halia, bawang merah dan putih serta sedikit serbuk kunyit. Siap!

Selamat lunch yer semua.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN