Jaundis pada bayi selepas dilahirkan adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan oleh mak ayah. Lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.

Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami demam kuning disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apa sebenarnya kaitan antara jaundis yang dialami bayi dengan susu ibu?

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Terdapat dua jenis demam kuning yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) dan demam kuning penyusuan susu ibu (breastfeeding demam kuning).

Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi.

Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut untuk bayi jaundis:

* Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.

* Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.

* Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.

* Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.

* Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

* Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.

IKLAN

* Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.

* Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.

* Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.

* Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
bayi kuning

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3% bayi.

Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.

Punca sebenar bayi demam kuning disebabkan susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu badan yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini juga boleh diwarisi dalam keluarga.

Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami demam kuning susu melainkan atas arahan doktor.

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

IKLAN

Punca bayi kuning
Walaupun penyakit jaundis merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Antara simptom jaundis yang perlu dilihat adalah:

* Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.

* Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)

* Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring

* Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)

* Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

IKLAN

Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Segera dapatkan rawatan jika keadaan jaundis bayi berlarutan.

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

Menyusu Boleh Jadi Sebab Anak Jaundis, Ini Puncanya, Tak Perlu Petua Tradisional!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI