Ika Nabella bukan sekadar pelakon, tapi juga ibu yang lantang bersuara tentang realiti kehidupan ibu menyusu.Baru-baru ini, beliau menyokong idea suami memberi ‘upah’ kepada isteri yang menyusukan anak, kerana menurutnya, ini adalah kerja sepenuh masa yang tidak mengenal waktu.
Menyusu: Tugas Sepenuh Masa
Dalam satu kenyataan, Ika menyatakan bahawa menyusukan anak bukanlah tugas yang boleh dijadualkan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab yang berlangsung 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ads
“Kalau anda tak mahu beri ‘upah’ kepada isteri, tu terpulang pada anda tapi apa boleh saya cakap, saya faham sangat situasi dia. Menyusukan anak bukan mudah, bukan kerja 9 pagi – 5 petang, ia kerja sepenuh masa perlukan komitmen mental dan fizikal.”
Ibu kepada seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn, ini juga menekankan bahawa usaha dan pengorbanan ibu dalam menyusukan anak wajar dihargai, termasuk melalui pemberian ‘upah’ oleh suami.
Ads
Pengiktirafan Buat Ibu Menyusu
Ika yang juga merupakan Kaunselor Laktasi mengatakan bahawa pemberian ‘upah’ ini bukanlah untuk menjadikan hubungan suami isteri sebagai urusan perniagaan, tetapi sebagai satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha isteri.
Ads
“Ada isteri yang tak sampai hati nak beritahu suami pasal ni, tapi pada saya kalau sayang beritahulah dia. Mana tahu ada rezeki, anda dapat upah, suami pula dapat pahala.”
Beliau percaya bahawa dengan adanya penghargaan sebegini, ia dapat mengukuhkan lagi hubungan suami isteri dan memberikan motivasi kepada ibu untuk terus menyusukan anak.
Menyusu Bukan Sekadar Tugas, Ia Adalah Pengorbanan
Menyusukan anak bukanlah tugas yang mudah.Ia memerlukan kesabaran, ketabahan, dan komitmen yang tinggi. Ika berharap agar lebih ramai suami di luar sana memahami dan menghargai pengorbanan isteri mereka dalam menyusukan anak, dan tidak salah untuk menunjukkan penghargaan itu dalam pelbagai bentuk, termasuk pemberian ‘upah’.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam -“Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah. Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.
Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.
Selama hampir lima bulan, ibu muda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.
Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.
“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.
Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.
“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.
Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.
Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.
“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.
Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.
“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.
Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.
“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.
Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.
“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.
Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.
Pelakon, Zizan Razak dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya dengan menghadiahkan ibu tersayangnya sebuah kereta Mercedes.
Menerusi akaun Tik Tok abang Zizan, @hafizarazak869, detik indah dan menyentuh hati itu dikongsikan mereka sekeluarga.
Difahamkan, ibu Zizan, Anai Ibrahim pernah mengimpikan untuk memiliki kereta Mercedes GLC300 itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Zizan pada awalnya hanya membawa ibunya ke showroom kereta dengan alasan untuk mencuci mata dan melihat-lihat kereta yang di pamerkan di sana.
Bagaimanapun ibu Zizan amat terkejut dan terharu bila mana diberitahu bahawa kereta jenis Mercedes GLC300 itu merupakan hadiah Zizan buat ibunya.
Kegembiraan jelas terpancar malah ibu Zizan mengalirkan airmata tanda terharu dengan hadiah yang begitu bermakna dalam hidupnya.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata pengikut setia anak kelahiran Dungun, Terengganu itu dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya.
Malah abang kepada Zizan turut sama memuji usaha keras dan sikap penyayang adiknya.
“Alhamdulillah adik. Along bangga dengan adik. Banyak tolong kami. We love you my adik,” tulisnya.
Dalam hidup berumahtangga, bukan semuanya tentang cinta semata-mata. Kalau mahukan rumah tangga tu tenang dan harmoni, suami isteri kena tahu satu benda paling asas iaitu toleransi. Menurut pempengaruh media sosial yang dikenali kerana sering meratukan isterinya, Prince Syed, perkahwinan itu memerlukan toleransi untuk berjaya.
Katanya lagi, masih ada suami yang meraikan dan menghargai suri hati mereka namun ia terpulang sama ada isteri mereka menghargainya atau tidak. Turut menitipkan pesanan, jika meratukan isteri, buatlah secara ikhlas dari hati, bukan sekadar lakonan semata-mata.
“Masih ada lagi sebenarnya lelaki yang meratukan isteri cuma tak ramai, antara dia hargai atau tak sahaja sebenarnya. Tapi pelase jangan berlakon dan acah-acah.”
Menerusi satu perkongsian yang tular, Prince Syed dengan tenang menyuarakan pendapatnya apabila dalam perkahwinan, lelaki kena bersedia buat semua benda. Bukan sebab isteri tak mampu, tapi sebab tanggungjawab dan kasih sayang tu datang seiring. Tapi dia juga pesan, jangan pula bila suami dah cuba bantu, isteri ambil kesempatan. Tak boleh satu pihak saja bagi, tapi satu lagi asyik ambil.
“Ikhlas dari hati tu penting, lelaki kene buat semua benda tapi isteri jangan pula ambik kesempatan terhadap kebaikan suami. Dua-dua kena ada toleransi dan cipta kebahagiaan bersama dalam rumah tangga.”
Kata-kata tu mungkin nampak ringkas, tapi sebenarnya menyentuh banyak hati. Ramai isteri hari ni simpan letih dalam diam, buat semua benda sebab rasa itu yang sepatutnya. Namun ada masanya mereka juga lupa yang mereka pun manusia. Nak rehat, nak peluk, nak suami nampak usaha mereka tanpa perlu minta.
Kadang kita ingat bantu lipat baju tu benda kecil. Tapi untuk isteri yang dah penat dari pagi, itu macam angkat segunung beban dari bahu. Dan isteri pula, bila nampak suami jujur nak bantu, rasa nak marah pun boleh jadi senyum. Sebab semua orang cuma nak rasa dihargai dan difahami.
“Dua-dua kena mainkan peranan dan jangan harapkan sebelah pihak saja. Barulah boleh ada keharmonian dalam perkahwinan.”
Perkahwinan bukan medan siapa paling banyak berkorban. Tapi siapa paling sanggup bertolak ansur. Bila suami dan isteri mula tengok satu sama lain bukan sebagai beban, tapi sebagai pasangan sehidup semati, waktu susah pun akan rasa ringan. Dan rumah tu, akan jadi tempat paling tenang untuk kembali setiap hari.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...