Selamat menyambut puteri tersayangnya pada 20 Mei lalu, Elfira Loy yang kini sedang berpantang mengakui agak mencabar menyusukan anak keduanya.
Mana tidaknya, kongsi ibu cantik manis ini, bayi perempuan yang masih belum dikongsikan nama ini minum susu setiap satu jam dan perbezaan masa juga membuatkan ia semakin sukar kata Elfira.
Menerusi Insta Storynya, Elfira berkongsi cerita.
“Dulu tak terasa sangat susahya nak breastfeed ni sebab sempat rest.
“Sekarang rasa macam berat sangat because the timing is different. Her demand is every hour feeding and each time mesti satu jam,” kongsinya menerusi Insta Story.
Ads
Malah kata Elfira lagi, dia kini juga mengalami masalah sakit pinggang hingga membuatkannya terfikir untuk menyusukan anak sambil berdiri.
Pun begitu kata Elfira, keadaannya baik-baik sahaja dan kini beransur pulih.
Ads
“Maybe because this is my second pregnancy, lain macam sakit pinggang dia. Macam nak direct feed sambil diri je better.
“Pastu cemanalah korang direct feed sambil nipple crack. Ya Allah subhanaallah.
Ads
“Memang mintak doa jelah Allah kurangkan kesakitan ni. But dont worry alhamdulillah i am better now.
“Apapun i have to take it easy kan. Kena take care of myself too,” kongsinya.
Semoga tempoh berpantang ibu cantik manis ini dipermudahkan bersama kedua anaknya. Seronok melihat perkongsian anak sulung Elfira yang memangku adiknya. Comel!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah angin dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati atau hiatus hernia. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan semakin meningkat. Pun begitu janganlah terlalu risau kerana ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba mengelakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, terutamanya makanan yang digoreng atau yang mengandungi herba. Makanan pedas sebaiknya dikurangkan. Itulah yang selalunya dinasihatkan oleh doktor setiap kali anda membuat pemeriksaan bulanan.
Elakkan sama sekali makanan yang diketahui tidak sesuai untuk tubuh anda terutama makanan yang bersifat angin seperti kangkung, kacang panjang, petai, kacang hijau, pulut dan sebagainya. Hindarkan.
Selain itu, jangan pula terus sahaja baring selepas makan. Ruang perut yang sempit membuatkan semakin sukar dan lambat pergerakan makanan. Jadi sebagai wanita hamil, janganlah terus berbaring. Duduk dan berehat secara santai adalah jalan terbaik untuk anda.
Sekiranya masalah ini berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Dinasihatkan sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang).
Langkah terakhir adalah dengan mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang mengandung. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan anda. Jalani tempoh mengandung yang sihat, riang dan menyeronokkan.
Tip Kurangkan Angin dalam Perut Ibu Hamil
1. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
* Elakkan makan dalam jumlah besar sekaligus.
* Cuba makan 5–6 kali sehari dalam bahagian kecil.
* Ini membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih efisien dan kurangkan pembentukan gas.
2. Elakkan makanan yang menghasilkan gas semulajadi. Kurangkan pengambilan:
* Kubis, brokoli, bunga kobis
* Kacang, bawang, minuman berkarbonat
* Makanan bergoreng dan tinggi lemak
3. Minum air secukupnya
Minum air antara waktu makan, bukan ketika makan. Ini bantu elakkan perut jadi terlalu penuh dan kurangkan pengumpulan gas.
4. Kunyah makanan perlahan
Kunyah hingga lumat. Ini bantu enzim air liur pecahkan makanan lebih awal dan kurangkan gas dalam sistem pencernaan.
5. Elakkan berbaring lepas makan
Tunggu sekurang-kurangnya satu jam sebelum berbaring selepas makan. Berjalan perlahan-lahan selepas makan boleh bantu pencernaan dan kurangkan rasa kembung.
6. Amalkan minuman tradisional yang selamat
Air halia suam boleh bantu mengeluarkan angin dan menenangkan usus.
7. Senaman ringan ibu hamil
Pergerakan lembut seperti senaman kehamilan, prenatal yoga atau berjalan perlahan bantu pergerakan usus dan elak sembelit.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat gelagat Aafiyah yang begitu teruja ketika bersama adiknya membuatkan kita terhibur. Wargamaya tidak terkecuali turut terhibur dengan gelagat Aafiyah.
Mana tidaknya, riak wajahnya cukup bercahaya dan senyuman manis dan lebar dilemparkan kala memandang wajah adiknya.
Selamat pulang ke rumah selepas melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut berkongsi beberapa gambar dan video Aafiyah bersama adiknya.
Terbaru menerusi Instagramnya, Siti turut memuat naik video gelagat comel Aafiyah yang begitu teruja ketika melihat adik ada bersamanya sebaik bangun dari tidur.
Comelnya saat melihat wajah Aafiyah tersenyum lebar sebaik melihat adiknya.
“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.
“Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” kongsi Siti di kapsyennya.
Bagaikan kakak yang sudah dewasa, Aafiyah kemudian memeluk adiknya dengan penuh rasa sayang sambil memandang wajahnya. Comel sekali.
Meninjau di IG story Datuk Siti, gelagat Aafiyah yang sentiasa ‘melekat’ dengan adik membuatkan wargamaya turut terhibur dengan gelagat comelnya. Bukan hanya mahu berkongsi selimut bahkan mahu sentiasa dekat dengan adiknya.
” Adik merengek dia sibuk pujuk.
” Nak kongsi selimut adik, katanya selimut dia sebab ada tulis A,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Akak aafiyah ni so cute lah”
“Loving sister aafiyah nie. Comey sgt both siblings ni”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, selepas melahirkan bayinya pada 19 April, sebaik dibenarkan pulang ke rumah, sudah semestinya pertemuan antara Aafiyah dan adiknya menjadi detik paling membahagiakan buat Datuk Siti sekeluarga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat. Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita.
Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Inguinal Hernia ini sebagai angin pasang. Ia berkait rapat dengan symptom yang ada dengan penyakit ini. Di dalam ilmu perubatan, penyakit ini di namakan penyakit inguinal hernia. Inguinal merujuk kepada kawasan ari ari pesakit dan hernia pula pada takrifannya bermaksud benjolan yang tidak normal yang muncul pada tempat atau kawasan yang tidak sepatutnya berlaku.
Menurut Dr Syariz Izry Sehat, Pakar Bedah Pediatrik, Hospital Pakar Annur Bangi sekitar 3% bayi yang di lahirkan akan mengalami penyakit yang dinamakan angin pasang atau inguinal hernia. Bayi lelaki mempunyai risiko lebih tinggi menghidap penyakit ini berbanding bayi perempuan. Peratusan ini meningkat sehingga 30% sekiranya bayi dilahirkan pramatang kerana proses tumbesaran di dalam badan bayi belum sempurna.
Benjolan yang timbul di kawasan ari ari sebenarnya disebabkan oleh salur ‘processus vaginalis’ yang tidak tertutup sempurna. Salur ‘processus vaginalis’ ini berfungsi sebagai pemandu arah untuk buah zakar turun dari kawasan abdomen ke kantung zakar.
Proses ini sepatutnya selesai dengan sempurna ketika kandungan mencecah umur 30 hingga 32 minggu. Walau bagaimanapun, kadangkala proses tersebut tidak berlaku seperti yang di inginkan. Ini akan menyebabkan salur ‘processus vaginalis’ kekal sebagai satu saluran yang menghubungkan kawasan inguinal ke abdomen.
Saluran yang kekal ini membolehkan organ atau sebahagian usus turun ke kawasan ari ari, dan sekiranya saluran tersebut besar, benjolan boleh dilihat di kawasan ari ari sehingga ke kantung zakar. Untuk bayi dan anak perempuan, benjolan tersebut boleh dilihat di tepi bibir faraj.
Perlu juga saya tekankan di sini bahawa punca penyakit angin pasang yang berlaku di kalangan anak anak dan orang dewasa adalah berbeza. Untuk orang dewasa, sebahagian besar kes inguinal hernia adalah disebabkan oleh keadaan otot di kawasan inguinal yang sudah lemah. Justeru, pembedahan hernia untuk orang dewasa menjurus kepada menguatkan otot di kawasan tersebut
Simptom Penyakit Angin Pasang
Simptom awal adalah wujudnya benjolan sekitar kawasan ari ari. Benjolan ini boleh membuat rasa tidak selesa, senak dan sakit kepada anak anak dan boleh membawa mudarat. Benjolan yang terjadi sebenarnya berkemungkinan mengandungi sebahagian usus, omentum (lemak sekitar usus) atau ovari bagi anak anak perempuan.
Sekiranya dibiarkan tanpa apa apa intervensi, kandungan hernia tersebut boleh tersumbat dan di manifestasikan dengan perut anak yang semakin kembung, sakit, diikuti dengan muntah dan dehidrasi. Cerutan yang berterusan kepada bahagian usus, omentum atau ovari akan mengganggu saliran darah yang sepatutnya diterima dan boleh menyebabkan bahagian terbabit mengalami necrosis (mati).
Sekiranya ibu bapa mempunyai kemusykilan tentang simptom yang di hidapi oleh anak anak, langkah terbaik adalah membawa anak anak berjumpa dengan pakar bedah pediatrik yang terdekat.
Bantulah anak anak anda kerana mereka mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa kerana penyakit ini. Ketepikan rasa takut atau fobia anda kerana pakar bedah pediatrik adalah pakar yang cukup terlatih untuk kes kes sebegini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!