Keibubapaan

Merajuk Sebab Bosan, Joy Revfa Nak ‘Sewa’ Kawan Untuk Anaknya

Share

Anak-anak walaupun masih kecil, namun mereka juga kenal erti bosan. Hari-hari melalui rutin yang sama, ditambah pula tiada adik beradik untuk berkawan, memang membosankan! Yang menjadi mangsa, semestinya kita sebagai ibu dan ayah mereka!

Itulah yang dihadapi oleh USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin yang berkongsi kisah anaknya di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, anaknya Arryan sering merajuk bila tiada sesiapa ingin main bersamanya. Meskipun sudah menghantarnya ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan, Arryan masih lagi tidak puas bermain dan sering menyebut “nak kawan” semasa di rumah.

Joy yang buntu dengan permintaan Arryan itu turut bertanyakan di kapsyennya untuk menyewa anak lelaki sesiapapun sebaya dengan anaknya untuk sejam kerana dia dan ibunya sudah letih melayani Arryan!

Asyik nk merajuk je kalau takde siapa nk main dgn dia setiap hari. Duk sebut “nak kawan” “nak kawan” sbb dia sorg2 kt rumah ni ? kat school pun still lagi tak puas jugak jumpa kawan2 ??‍♀️ Mmg sejenis yg nak kena ada “kawan” melayan dia ? Agak2 ader sesiapa yg boleh sewa anak lelaki sebaya Arryan tak per hour..?? ? ibu & tok ibu arryan letih dh ni ?

Anak selalu jadikan kita mangsa untuk main bersama mereka? Ibu ayah perlu ikut cara ni!

1) Bawa anak ke taman permainan

Mungkin di sekolah terhad untuk anak anda bermain bersama kawan-kawannya. Cuba untuk bawa mereka ke taman permainan! Di sana mereka akan berjumpa dengan ramai kawan sekaligus melatih skill komunikasi mereka.

2) Buat kerja rumah bersama mereka

Selalunya ibu akan buat kerja sendirinya dan anak-anak diberikan mainan supaya tidak menggangu mereka. Apa kata ibu ubah sikap ini dengan buat kerja rumah bersama-sama anak! Mesti mereka lebih rasa dihargai kerana bantuan mereka diterima dan dapat mengasah mereka supaya lebih berdikari selepas ini!

3) Berikan tugasan untuk mereka

Selain dari mengajak mereka membuat kerja rumah bersama-sama, ibu juga boleh ‘umpan’ mereka dengan beri tugasan berbentuk permainan untuk mereka. Misalnya, selesaikan pecahan puzzle atau latihan minda seperti sudoku. Kemudian sediakan ganjaran jika mereka berjaya selesaikan tugasan tersebut. Dengan cara ini dapat mengaburi mereka untuk mengajak ibu ayah bermain sekali.

4) Keluar di hujung minggu

Disebabkan hari biasa ibu ayah terasa penat bekerja, mereka lebih memilih untuk berehat di rumah. Namun sebaliknya bagi anak-anak! Mereka sudah terperap di rumah sepanjang ibu ayah bekerja, jadi hujung minggu adalah masa untuknya mendapatkan perhatian ibu ayah mereka!

5) Daftarkan mereka ke kelas

Kenali kemahiran atau minat anak-anak, daftarkan mereka ke kelas tersebut! Bukan hanya dapat berjumpa dengan kawan, malah boleh gilap bakat yang ada dalam dirinya.

SUMBER: Joy Revfa

IKLAN