Pada 20 November yang lalu, Hospital Islam Az-Zahrah telah meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema “Cita-cita saya”. Acara gemilang ini telah dihadiri lebih 200 kanak-kanak yang juga peserta bagi acara “Cita-cita saya”.
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuklah pertandingan pakaian beragam, bouncy castle, face painting, ujian kesihatan dan lain-lain lagi.
Ads
Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema “Cita-cita saya” telah diangkat sebagai hari tahunan bagi Hospital Az-Zahrah untuk mempromosi dan meningkatkan kebajikan kanak-kanak.
Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Dali sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir, “Terima-kasih kepada semua ibu bapa dan kanak-kanak yang sudi berkunjung dan berharap agar acara ini boleh dijadikan sambutan perayaan tahunan di Hospital Islam Az-Zahrah untuk kesemua kanak-kanak, khususnya yang tinggal di kawasan berdekatan Bangi”
Ads
Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital pertama ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang dan telah meraikan ulangtahun yang ke-25 pada 10 Oktober 2022 baru-baru ini. Hospital yang didokong dengan “Hospital Mesra Ibadah” ini juga menawarkan harga berpatutan untuk khidmat kesihatan hospital swasta.
Ads
Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem Mat Kilau “Kebangkitan Pahlawan” dan rangkaian Megaklinik Zahran adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat dibawah Hospital Islam Az-Zahrah.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Ustaz Ebit lew, pendakwah terkenal memuji sikap pelakon Saharul Ridzwan dan pasangan Deena Emir yang sentiasa berpegang tangan dan hadir ke majlis agama. Itulah antara rahsia suami isteri untuk terus bahagia.
Sebak tengok pasangan romantik ini..pelakon @saharulridzwan@deenaemir ini dari keluar kereta berpegangan tangan datang awal pagi dapat duduk depan sekali. Siapa cepat dia dapat..
Sepanjang bertemu mesti pasangan ini berpegangan tangan subhanallah Allahu..mereka Tekun sangat dengar ceramah dari 8pagi sampai 6ptg..Sepanjang ceramah air mata tak berhenti mengalir..subhanallah.. Bila berbual beliau sangat rendah diri orangnya..katanya ingin ikut dakwah 3hari dijalan Allah..
Ustaz,saya benar-benar rasa bahagia duduk disini. Dengar kata beliau pada saya buat saya sedih sangat..Allahuakbar…. Teringin dan benar-benar berazam nak pegang tangan isteri sama-sama melangkah masuk syurga.. Itulah rahsia bahagia bila kita ada cita-cita nak bawa pasangan sama-sama melangkah masuk syurga.
Kita sibuk mengorat pasangan untuk bawa dekat pada Allah. Nikmat pegang tangan pasangan, solat sama-sama..lepas tu buat Talim sama-sama. Solat tahajud sama-sama. Indahnya. Suami isteri bangun tahajud sama-sama Allah rahmati keluarga itu.
Rahmat begitu banyak diturunkan kepada suami isteri malam tidur sama-sama. Kemudian kejut pasangan jika perlu ambil air sapu dekat wajahnya sedikit untuk solat Tahajud. (Ikut jenis pasangan) tapi rupanya begitu sekali kehidupan orang dulu.
Begitu berusaha keras untuk dekat diri pada Allah. Suami isteri itu saling nasihat menasihati dalam dekat pada Allah. Itulah lubuk kebaikan keberkatan dan ladang amal. Keluargasunnah- Ustaz Ebit Lew
Menerusi perkongsian di instagram Saharul Ridzwan pula;
Terima kasih kekasih hatiku. Sy percaya awak CINTAKAN saya kerana ALLAH dan kerana itulah awak tidak jemu berusaha bersama saya utk menjadikan keluarga kita diberkati ALLAH, bukan di dunia semata mata, tetapi juga ukhrawi. Semoga Allah terus teguhkan kasih sayang saya, awak dan zuriat kita. Amin
Ruang komen di instagram ustaz Ebit Lew mendapat komen yang positif dari netizen. Rata-rata netizen memuji pasangan ini dan juga berhasrat untuk bersama-sama pasangan ke majlis agama.
Amin..semoga boleh bawak isteri sekali ke jalan Allah
Saya pun suka tengok pasangan suami isteri ni
Doakan saya ustaz nak hadir majlis ilmu ustaz ni bersama pasangan saya
Suka tengok pasangan ni. walaupun berlakon Saharul ni jaga batas2 bersama pelakon wanita
Pasangan Doktor selebriti, Dr. Azura dan Dr. Say menasihati agar pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat supaya menangguhkan dahulu perancangan tersebut dalam masa terdekat kerana setiap hari kes melibatkan pesakit Covid-19 terutama ibu hamil sangat membimbangkan.
Kalau Boleh, Tangguh Dulu Getting Pregnant
Di kala Covid tengah menggila ni. Semalam bini sy ada buat ig story menjawab persoalan wanita-wanita yang bertanya dia “apa pendapat doktor kalau plan nak mengandung sekarang?” & bini reply yang it is NOT ADVISABLE TO GET PREGNANT AT THE MOMENT. Saya pun cakap dengan bini cuba u pandang bawah, apadia yang menunggu masa nak keluar tu? (Bini due untuk bersalin 18 ogos ni).
Menurut perkongsian Dr. Say pula, kini ICU dipenuhi ibu hamil yang dijangkiti Covid-19.
Berita arini, @sitisarahraissuddin dimasukkan ke ICU, anaknya dilahirkan secara emergency caesar & beliau masih tidak sedarkan diri. Ada lagi satu kisah saya terbaca yang ayahnya tidak dapat dimasukkan ke ICU kerana ICU penuh dengan wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19.
Walaubagaimana pun, Dr. Maiza Tusimin (O&G) dari Prince Court Medical Centre menjelaskan tentang kehamilan adalah keputusan pasangan tersebut dan apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri adalah dengan mendapatkan dos vaksin yang lengkap serta disiplin dalam mematuhi SOP.
Jadi saya mesej pakar sakit puan saya @dr.maiza bertanyakan pendapat beliau mengenai isu ni. Dr. Mai reply “to get pregnant or not, is ultimately the couple’s choice. We do not know how long this pandemic would last but with the current status, I DO AGREE IT’S BEST TO WITHOLD PREGNANCY because the impact is not only on physical health but also mentally & financially. So my advice to them if they still wish to get pregnant, get the complete dose of vaccine & strictly adhere to SOP. Many pregnant mom have succumbed to Covid-19. I know because i got updates from my colleagues in HKL, Sg Buloh, HUKM”.
Cukup padat penjelasan kak Mai. Tambahnya lagi kepada pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil (TTC couples), latest guideline on 23.6.2021 mengatakan yang kalian boleh start treatment plan/ TTC immediately following completion of 2nd dose.
Dr. Say mengakui golongan wanita hamil antara golongan yang berisiko menghadapi komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti Covid-19.
Tak perlu tunggu 3 bulan lepas vaksin 2nd dose. Cuma itulah cases sekarang 20k sehari & terus terang cerita ia sangat menakutkan. Kalau tanya saya, lebih baik tunggu sikit sebab keadaan agak kritikal sekarang & mengikut CDC, wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 berisiko berdepan komplikasi lebih serius. Pilihan di tangan anda tapi paaaling penting cukupkan 2 dos vaksin & please be extra careful peeps.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berkongsi pengalaman hamil anak pertama dan habit yang paling disukainya ketika usia kandunganya sudah mencecah 7 bulan.
“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.
“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.
Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.
“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.