Bila berpuasa, kita menanti-nanti waktu untuk berbuka. Terbayang pelbagai jenis juadah enak untuk iftar nanti. Bagi anda yang suka makan dan gemar menikmati pelbagai hidangan ketika berbuka puasa, bolehlah cuba bufet Warnarasa Ramadan di Royale Chulan Seremban! Bufet iftar yang meriah ini diadakan di Asiatique bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024.

Meriahnya Iftar Warnarasa Di Royale Chulan Seremban, Macam-Macam Pilihan Ada!

Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, En Rahman Ahmad mereka mensasarkan 400 orang pelanggan dengan variasi pilihan menu istimewa dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. “Impian kami adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan makan di sini menjadi satu memori yang tak dapat mereka lupakan.”

Meriahnya Iftar Warnarasa Di Royale Chulan Seremban, Macam-Macam Pilihan Ada!
En Rahman Ahmad, Pengurus Besar Royale Chulan Seremban

Tambah En Rahman lagi, team kulinari yang menyediakan kesemua hidangan lazat untuk bufet Ramadan di Royale Chulan Seremban diketuai oleh Chef Azreen yang telah memilih serta meneliti setiap menu sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyediakan resipi untuk menu gabungan hidangan tradisional dan kontemporari.

IKLAN

Antara pilihan hidangan yang membuka selera di sini termasuklah Rendang Pucuk Ubi, Kerabu Pegaga, Sambal Tempoyak,  Bubur Lambuk, Tom Yam, Daging Salai Lemak Mangga Muda, Kambing Kurma, Gulai Kawah Asam Pedas, Ayam Perchik, Udang Goreng Kunyit, Kambing Kurma Ayam, Ikam Masin Masak Nenas dan banyak lagi.

Meriahnya Iftar Warnarasa Di Royale Chulan Seremban, Macam-Macam Pilihan Ada!

Bukan itu saja, anda juga boleh menikmati pelbagai menu istimewa lain yang disediakan oleh chef berpengalaman di gerai makanan seperti kambing panggang, sate, ikan bakar, sotong bakar, murtabak, mi kari nyonya, laksa Johor, nasi beriani, dim sum dan banyak lagi. Sedapnya!

IKLAN

Dah selesai makan, mesti nak pemanis mulut kan? Lengkapi iftar anda dengan pelbagai pilihan pemanis mulut seperti Air Batu Campur (ABC), cendol, bubur pengat ubi, pastri Perancis, serawa durian dan lain-lain. Ada banyak juga pilihan minuman seperti sirap bandung, teh tarik, air asam boi, air kacang soya dan banyak lagi.

Bufet ini dibuka setiap hari sepangjang Ramadan ini bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam dan harga bufet adalah RM120 untuk dewasa manakala RM78 untuk kanak-kanak dan warga emas. Apa tunggu lagi, jom meriahkan iftar anda di Asiatique, Royale Chulan Seremban!

IKLAN

Meriahnya Iftar Warnarasa Di Royale Chulan Seremban, Macam-Macam Pilihan Ada!

Untuk tempahan, boleh hubungi 016-920 9891 atau 06-766 6620.

Kalau teringin nak berbuka dan bersahur di Royale Chulan Seremban pun boleh! Untuk penginapan 2H 1M, anda boleh bermalam di bilik Superior dengan pakej bersahur dan berbuka puasa dengan hanya RM333 untuk seorang atau RM437 untuk 2 orang. Promosi bermula dari 11 Mac – 8 April 2024 ini. Hubungi talian WhatsApp 016 920 9934 atau emelkan ke booking.rcs@royalechulan.com untuk tempahan bilik.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI