Tahun ni Astro sambut raya #MeriahLainMacam! Sepanjang bulan Mac, Astro telah mengadakan acara penuh kemeriahan sempena lagu raya terbaharu berjudul Nyam Nyam Ketupat yang telah dinyanyikan oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
Acara Nyam Nyam Ketupat ini menyaksikan kehadiran selebriti terkenal seperti Sherry Alhadad, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Azira Shafinaz dan ramai lagi. Keluarga Yana Samsudin dan Alif Muhaimin pun ada!
Hadiah Istimewa dan Kempen Menarik Menanti!
Ads
Astro tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana, dan sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, mereka turut mengedarkan tote bag istimewa, sampul raya eksklusif, dan kurma sebagai simbol menyambut bulan yang mulia ini.
Paling menarik, terdapat kempen Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One sempena Ramadan dan Raya! Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang pasti membuatkan sambutan Raya tahun ini lebih meriah.
Ads
Peluang Menang Hadiah Bernilai RM200,000!
Bukan hanya hadir untuk hiburan semata-mata, pelanggan juga berpeluang menyertai kempen Astro One yang berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April. Hadiah bernilai sehingga RM200,000 menanti para pemenang . Ada TV, tablet, telefon pintar, pengering rambut jenama Dyson, Periuk Le Creuset, baucar Touch ‘n Go, Shopee dan banyak lagi.
Ads
Mereka yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik dan nikmati pengalaman meriah lain macam dengan Astro One!
Baru sahaja dilancarkan, Sunway Sanctuary berkonsepkan penginapan fleksibel adalah sebuah kediaman warga emas terkemuka di Malaysia dibawah Sunway Healthcare Group.
Berkonsepkan kediaman berservis penuh, Sunway Sanctuary mempunyai 235 studio
serba lengkap, suite perkhidmatan dengan pilihan satu atau dua bilik tidur yang direka
berdasarkan enam teras utama, setiap satu bertujuan untuk menyediakan pengalaman
hidup yang luar biasa.
Atas permintaan yang sedang meningkat dari komuniti warga emas yang berkemampuan di Kuala Lumpur, kediaman mewah yang unik ini adalah khusus untuk pesara dan pra-pesara yang aktif agar mereka dapat menikmati penjagaan premium yang menyeluruh dari segi gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Pelbagai Aktiviti Serta Kemudahan Yang Disediakan
Pelbagai aktiviti turut disediakan seperti bengkel rekreasi, lawatan dan sambutan perayaan yang memupuk persahabatan baru.
Selain itu, kawasan dengan keluasan 100,000 kaki persegi turut disediakan bagi
kemudahan kesihatan dan gaya hidup untuk dinikmati oleh residen. Ini termasuk kolam
renang infiniti air panas masin, dan dek tinjauan dengan pemandangan Sunway City
Kuala Lumpur yang menakjubkan, gimnasium terkini untuk penggemar aktiviti
kecergasan, teres luar untuk yoga dan meditasi, perpustakaan dengan ruang kerja
bersama, bilik permainan, pawagam, bilik karaoke, restoran serta bilik mesyuarat dan
bilik majlis untuk acara peribadi atau aktiviti komuniti.
“Matlamat kami adalah untuk menjadi contoh yang unggul untuk memberi keselesaan
dan kemewahan bagi kehidupan warga emas yang aktif, dengan tawaran produk
penginapan dan perkhidmatan yang cemerlang serta lengkap dengan pelbagai
kemudahan, keselamatan dan paling utama, penjagaan kesihatan yang berkualiti
tinggi,” kata Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare.
Beliau menegaskan bahawa di Sunway Sanctuary, residen hanya perlu membayar yuran
bulanan untuk menikmati semua kelengkapan sedia ada berbanding daripada membeli
harta persaraan dan terikat dengan komitmen jangka panjang.
Mudah Untuk Mendapatkan Rawatan
Sunway Sanctuary dihubungkan terus ke Pusat Perubatan Sunway yang terkenal, menyediakan residen dengan akses mudah kepada perkhidmatan
penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Selain itu, Sunway Sanctuary juga menempatkan sebuah pusat kesihatan dengan
kakitangan yang berkelayakan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, ujian
darah, pemantauan tetap dan nasihat pemakanan dan diet. Bagi kes yang lebih serius,
residen akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway yang terletak bersebelahan.
Mula Menerima Tempahan
Sunway Sanctuary kini sedia untuk menerima tempahan dan menawarkan pakej
Penginapan Pesara (Retirement Staycation) bagi memberi peluang untuk mereka yang
berminat merasai gaya hidup Sunway Sanctuary sebelum membuat komitmen jangka
panjang. Ia adalah cara yang baik untuk mengalami pengalaman komuniti dan menilai
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Sanctuary serta perkhidmatan uniknya,
hubungi talian +6019 313 0061.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Astro, syarikat peneraju hiburan dan media terkemuka Malaysia, menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penganjuran ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di tiga buah lokasi iaitu Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan), Masjid Murtadha Dakwah Centre MADAD (Kedah) dan Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan) dari 1 Februari hingga 14 Februari.
Acara ini dimeriahkan oleh lebih 10 ribu pengunjung di ketiga-tiga lokasi bersama barisan selebriti, personaliti radio, rakan media dan juga komuniti setempat untuk mengimarahkan persekitaran masjid serta menjalinkan ukhuwah sesama masyarakat.
Enam duta Ramadan Raya Astro pada tahun ini, termasuk duta Astro Oasis turut memeriahkan setiap lokasi dengan memperkenalkan lebih 70 kandungan baharu yang bakal ditayangkan di Astro sepanjang Ramadan ini menerusi platform televisyen, digital dan radio.
Dengan bertemakan ‘Meriah Lain Macam’ pada edisi Ramadan Raya pada tahun ini, Astro mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti yang mampu merapatkan ikatan persaudaraan sesama masyarakat Islam. Antara aktiviti yang telah berlangsung di setiap lokasi termasuk agihan makanan kepada komuniti setempat, sesi ramah mesra bersama barisan selebriti yang hadir, pertandingan mewarna, tulisan khat, memanah, cabutan bertuah serta persembahan-persembahan daripada penyanyi jemputan.
Jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ telah berlangsung selama tiga hari iaitu di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan dengan keunikan negeri maisng-masing. Antaranya:
Lokasi pertama jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 3 ribu pengunjung hadir mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti berteraskan tradisi dan budaya. Acara ini menghimpunkan barisan selebriti popular termasuk Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar dan Meerqeen selaku duta Ramadan Raya Astro 2025, bersama Keanu Azman, Azqa Aziz dan Jay Iskandar dalam aktiviti merewang dan ‘Mantai Bersama-sama’ bersama para pengunjung.
Kemeriahan diteruskan dengan persembahan istimewa daripada Mawi dan kumpulan UNIC, yang menyajikan lagu-lagu bermakna berkonsepkan ketuhanan. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Astro, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, yang beramah mesra bersama pengunjung, menjadikan jelajah ini satu pengalaman bermakna dan penuh ukhuwah.
Lokasi kedua jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ membawa kemeriahan ke Kedah untuk ‘Berkongsi Rezeki’ bersama hampir 8 ribu pengunjung dan penduduk setempat. Kehadiran duta utama—Meerqeen, Mierul Aiman, dan Zizan Razak—bersama bintang baharu Hero Remaja 2024, Aiman Ameer dan Jay Iskandar, menjadi tarikan utama dalam mempromosikan kandungan istimewa Astro sepanjang Ramadan sehingga dikunjungi para peminat daripada negeri-negeri sekitar seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Selain aktiviti agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu berunsur kerohanian oleh Putera Muhammad dan Rabbani.
Acara ini turut menampilkan rakaman eksklusif ‘Tazkirah Malam Jumaat’, yang dihadiri oleh Alif Satar dan barisan pendakwah terkenal seperti Ustaz Fakhrul Radhi, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Rozie Rejab dan PU Amin. Selain itu, program ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di Kedah dimeriahkan oleh pengacara Anas Tahir dan Faizal Ismail, serta sesi ‘Meet & Greet’ bersama watak kegemaran kanak-kanak, Didi & Friends serta Omar & Hana. Jelajah ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dengan gabungan hiburan, keindahan Islam dan kemeriahan komuniti.
Jelajah ini melabuhkan tirainya di Kelantan dengan aktiviti istimewa ‘Battle KAFA: Geng D.U.I.T Challenge’, yang mengangkat konsep kebersamaan dan keluarga. Pertandingan ini menguji kanak-kanak dengan soalan berkaitan Perkara Asas Fardhu Ain, termasuk ibadah, Al-Quran, sirah dan hafazan, di mana empat pasukan bersaing merebut gelaran juara KAFA Cup. Selain itu, pertandingan ini turut membawa pengunjung menyelami kisah menarik siri terbaharu Astro, Geng D.U.I.T, yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan ini.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta Ramadan Raya Astro 2025 iaitu Zizan Razak,serta selebriti terkenal seperti Qasrina Karim, Aiman Ameer, Jay Iskandar, Azri Safix dan Mikael Noah. Alumni Gegar Vaganza 11, Fairuz Selamat, turut menyumbangkan persembahan istimewa di masjid, menjadikan program ini lebih bermakna bagi masyarakat setempat. Lokasi terakhir jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 2 ribu pengunjung hadir memberi sokongan.
Inisiatif Astro Kasih
Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya, Astro Kasih menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan menerusi program kebajikannya. Sebanyak 300 pek prihatin yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan kurma diagihkan di tiga lokasi jelajah—Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan—bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, khususnya menjelang Ramadan.
Selain itu, dalam usaha menyokong pendidikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan, Astro Kasih turut menyumbangkan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’, memberi peluang kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih semangat dan keyakinan.
Untuk makluman, bantuan masih boleh disumbangkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230 menjelang bulan Ramadan ini.
Tawaran Astro One
Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Astro One membawakan lebih banyak keriangan dengan kempen ‘Langgan dan Menang Macam-Macam’, menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April, para pelanggan yang melanggan Astro One di outlet terpilih di Seremban, Sungai Petani, dan Kota Bharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa melalui mesin Gachapon, termasuk televisyen, telefon bimbit, baucar membeli-belah, perkakas dapur, kurma dan banyak lagi.
Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai kempen ini dengan menaik taraf kepada pakej Astro One atau menambah Astro Fibre. Bermula 14 Februari, kempen ini diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai Astro, kiosk premium, trak, gerai terpilih, dan dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah bersama Astro One!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Farmtastic Hunt, kerjasama Farm In The City bersama Pa&Ma berlangsung meriah semalam dengan suasana cukup meriah dan gamat dengan para peserta yang begitu sporting sepanjang acara.
Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu disertai lebih 10 keluarga terpilih dan bertuah memenangi peraduan Farmtastic Hunt FITC X Pa&Ma yang diadakan secara atas talian.
Farmtastic Hunt yang diperkenalkan oleh Farm In The City yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor ini diadakan bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia serta turut mengisi aktiviti sepanjang cuti sekolah ini.
“Farmtastic Hunt” yang berkonsepkan pencarian harta karun berorientasikan keluarga ini dimulakan dengan pelbagai tugasan dan cabaran di setiap stesen.
Sepuluh keluarga terpilih nyata begitu teruja untuk turut sama menyertai acara ini. Suasana tambah gamat bila mana masing-masing berlumba untuk menang dan sampai lebih awal.
Setiap kumpulan terdahulu diberikan petunjuk, menjawab pelbagai persoalan serta teka-teki dalam masa yang singkat.
Kumpulan yang menyelesaikan teka-teki serta tugasan dalam pencarian harta karun berorientasikan keluarga dalam masa yang paling singkat berjalan pulang dengan hadiah menarik.
Antara hadiah yang dimenangi peserta adalah dua tiket ke Bentong Farm, baju serta cenderahati dari Farm In The City bernilai lebih RM300.
Kesemua peserta pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan disamping meluangkan masa dengan anak-anak menikmati haiwan peliharaan yang bebas di Farm In The City.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak cemerlang matematik bukan ditentukan oleh genetik semata-mata. Ketahui bagaimana aktiviti harian, sokongan ibu bapa dan rangsangan awal sejak usia 3 tahun membantu membina asas matematik yang kukuh.