Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Ads
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Ads
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ads
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dengan hanya keinginan mahu bergambar bersama kereta impian akhirnya anak kecil bertuah dipelawa pemilik kereta tersebut untuk turut sama berada di dalam kereta.
Menerusi Tik Tok, tular video seorang bapa yang merakam gambar anak lelakinya bersama sebuah kereta mewah jenis Lamborghini berwarna kuning yang diletakkan di tempat parkir.
Untungnya, pemilik kenderaan itu secara tiba-tiba mendekati anak beranak yang sedang bergambar dikeretanya dan menyapa keluarga kecil itu.
Tidak hanya menyapa bahkan dengan bermurah hati, pemilik kereta yang dikenali sebagai Vincent Poh itu turut sama mempelawa kanak-kanak lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya dan merasai sendiri pengalaman di dalam kereta mewah itu.
Momen paling bermakna buat anak kecil ini turut dirakam menerusi akaun Tik Tok Vincent, @lambobossvincentpoh.
Paling menarik dan beruntung bila mana si bapa yang terkejut disapa pemilik kenderaan itu kemudian sekali lagi merakam gambar anaknya yang dilihat cukup gembira berada dalam kereta itu sambil diperhatikan Vincent.
Meninjau di ruangan komen, sifat rendah diri pemilik kenderaan ini rata-rata dipuji wargamaya.
Malah Vincent sendiri tampil menjawab pelbagai persoalan dengan begitu baik serta turut memberi semangat anak kecil itu untuk berjaya memiliki kenderaan mewah dan meraih kejayaan suatu hari nanti.
Tertarik untuk menemu ramah ibu ini kerana teruja melihat usahanya menghiasi salah satu bilik di rumah sebagai ruang pembelajaran anaknya di salah sebuah grup mengemas di Facebook. Susun aturnya terletak kemas dan ditanda agar memudahkan anaknya untuk belajar. Menurut Syuhaidah Asmaa Khalid, 33, dia mula mengadakan ruang khas buat anaknya Adam Daniel, 6, sejak lima tahun lalu disebabkan alat mainan yang dibeli semakin banyak.
Tambah Syuhaidah lagi, tujuan dia mewujudkan ruang ini adalah untuk memudahkan aktiviti pembelajaran dan bermain di tempat yang sama. Dia juga mahu memudahkan Adam untuk mencari segala alat tulis dan alat mainan tanpa perlu mencari di seluruh rumah. Rekaan di dalam bilik ini juga mudah untuk Adam kerana setiap kabinetnya dibuat sesuai dengan ketinggiannya.
Banyak Buat Rujukan Di Internet
Ketika ditanyakan tentang inspirasinya ketika mengemas, dia memberitahu kebanyakan idea dekorasi didapati dari internet. Selain itu, dia banyak mendapa idea dari Pinterest dan Instagram. “Sebenarnya banyak idea menarik yang boleh kita jadikan contoh di internet. Semuanya cantik-cantik. Kita kena rajin cari dan sesuaikan mengikut bajet yang ada,” kata Syuhaidah.
Bercerita tentang konsep, Syuhaidah memberitahu ia merupakan sebuah ruang untuk bermain sambil belajar. Ada unsur Montessori diselitkan dalam dekorasi ruang tersebut supaya Adam boleh meneroka sendiri persekitarannya untuk membantu dalam pembelajarannya.
Suami Rajin Bantu Dan Bagi Sokongan
Suami Syuhaidah, Azizul Othman, 36, memainkan peranan penting dalam membantunya membuat dekorasi ruangan ini. Azizul bertanggung jawab untuk memasang perabot, mendril dan sebagainya. Selain itu, Syuhaidah dan Azizul juga banyak berbincang tentang rancangan serta bajet untuk membuat dekorasi tertentu. “Kami akan rancang bersama-sama mengikut kemampuan. Semuanya dibuat sedikit demi sedikit, bukannya sekali harung, ”tambah Syuhaidah lagi.
Buat Home Schooling Dengan Anak
Kata Syuhaidah, dia akan membuat latihan pembelajaran dengan anaknya dalam tempoh 10-20 minit sahaja kerana perhatian budak kecil untuk fokus dengan sesuatu tidak lama. Memandangkan Syuhaidah seorang guru, dia selesa untuk mengajar anaknya di rumah selain menghantar anaknya ke pra sekolah. Bukan untuk memberi tekanan, tetapi sekadar meluangkan masa dan menarik minat Adam untuk belajar.
Dari segi penyediaan bahan pembelajaran, Syuhaidah tidak suka membazir. Dia tidak beli, tetapi membuatnya sendiri. “Saya beli material dari kedai-kedai murah atau internet saja. Kemudian saya akan buat semuanya sendiri. Saya suka mengajar sendiri Adam ni sebab boleh pilih kurikulum untuk mereka kuasai. Saya ikut silibus untuk mengajar Adam mengikut peredaran usianya, ” kata Syuhaidah.
Lebih Sedia Dan Suka Belajar
Ketika ditanyakan tentang kebaikan menyediakan anak dengan didikan home schooling sebelum dihantar ke sekolah, Syuhaidah memberitahu Adam lebih berminat untuk belajar. Anaknya juga lebih santai dan merasakan belajar itu menyeronokkan kerana sepanjang mengajar Adam, Syuhaidah mengetengahkan konsep bermain sambil belajar.
Anaknya itu juga sudah menguasai skil motor kasar dan halus, boleh membaca dan menulis dengan baik serta meminati aktiviti rekreasi seperti sukan badminton dan taekwando. Pada usianya enam tahun, kini Adam sudah mula membaca Al-Quran.
Kena Bertenang
“Jika mahu mengajar anak sendiri, perlu ada rasa sabar. Prosesnya ambil masa dan boleh jadi tegang. Kalau ibu suka marah-marah, anak akan jadi bosan dan merasakan belajar itu susah. Sediakan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk menarik minatnya belajar dan elakkan daripada memaksa. Untuk menjayakan usaha itu, paling penting dapatkan rujukan atau contoh-contoh bahan mengajar daripada internet atau sertai kumpulan sokongan homeschooling yang ada di facebook, ” akhiri Syuhaidah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kembali pulih dari Covid-19, pelakon, Rozita Che Wan menunaikan janjinya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana pada Sabtu lalu.
Seperti kebiasaan permintaan anak kesayangannya itu, Rozita atau Che Ta mengotakan janjinya untuk mengadakan lapan biji kek sempena ulang tahun ke lapannya.
“Aaisyah Dhia Rana’s birthday party.
“8 tahun 8 cakes,” tulis Che Ta ringkas menerusi kapsyen yang dikongsikan Che Ta.
Apa yang menarik perhatian pastinya kemunculan Aaisyah Dhia Rana yang sememangnya cukup dinantikan semua.
Jika tahun-tahun sebelum ini Aaisyah muncul dengan pelbagai tema untuk majlisnya, kali ini Aaisyah Dhia Rana bergaya bak anak remaja.
Untuk majlis serba mewah yang diadakan di Lantera Venue itu, Aaisyah tampil dengan gaya ranggi dengan top merah jambu penuh beropol di dada serta dipadankan dengan skirt warna keemasan.
Malah Aaisyah tampil dengan solekan tipis serta rambut di dandan kemas, gaya Aaisyah kelihatan cukup moden dan ranggi serta ceria.
Di usianya yang kini berusia lapan tahun, Aaisyah Dhia Rana dilihat semakin bijak bergaya, persis ibunya.
Menerusi instagram miliknya, Che Ta turut berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sambutan itu yang diadakan untuk keluarga terdekat dan sahabat handai.
Gabungan warna-warna ceria, merah jambu dan warna keemasan menjadi pilihan Che Ta untuk meraikan buah hati tersayangnya itu.
Malah warna-warna keemasan dan mewah ini melatari seluruh majlis penuh meriah itu. Semuanya cantik-cantik belaka.
Terdahulu, Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Kelahiran Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014 menjadi pelengkap bahagia Che Ta dan seluruh keluarga.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.Ketika kandungannya baru...