Bagaimana mewarna boleh buat anak pandai? Jangan pandang rendah kesan aktiviti ini kepada mereka, banyak faedahnya!

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

Mewarna adalah aktiviti kegemaran si manja. Berbekalkan kertas dan pensel warna, kanak-kanak boleh  meluangkan masa berjam-jam lamanya. Ia adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka kerana imaginasinya boleh dikembangkan menerusi lorekan dan lakaran di atas sekeping kertas.

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

Mewarnai dimulakan dengan beberapa peringkat. Bermula dengan melukis atau mencoret, aktiviti yang berperanan sebagai alat pendidikan yang boleh merangsang pembangunan keseluruhan diri si kecil.

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

Kanak-kanak kecil mendapat diperkenalkan kepada konsep melalui aktiviti coretan tangan itu. Ia melibatkan memberikan mereka apa-apa warna dan biarkan dia menggunakannya tanpa tujuan di kertas yang kosong. Aktiviti ini boleh dimulakan daripada usia satu tahun di mana mereka sudah berupaya untuk duduk di kerusi.

PELBAGAIKAN MEDIUM

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

 Usah hadkan medium kepada kertas semata-mata. Anda juga boleh berikan dia papan putih,  kertas dan dinding yang dilapisi cat jenis yang mudah dibersihkan. Mulakan dengan krayon kerana ia lebih mudah dipegang.Anda boleh memperkenalkan pelbagai lagi medium dan material seperti;

Pensel warna

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

 

Pen muncung felt

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

 

IKLAN

Warna air dan berus

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!


 

11 FAEDAH AKTIVITI MEWARNA KEPADA ANAK

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

1.Koordinasi mata-tangan

Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaras mata dan pergerakan tangan. Menjadikan mereka lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti menulis, menjahit dan menaip pada masa akan datang.

2.Cengkaman

Bantu sebagai asas untuk menulis dengan baik. Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.

3.Melatih otot motor halus pada tangan

Ia memberi peluang untuk mempraktikkan cara memegang pensil dengan betul dan membantu dalam membangunkan otot motor halus pada tangan, jari dan pergelangan tangan.

IKLAN

 4.Kawalan tangan

Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakannya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.

5.Asas pembacaaan dan pra matematik

Dengan mewarna, si manja juga mampu mengenal pasti corak, kepekatan warna, ketebalan garisan, perspektif, bentuk dan rupa. Hal ini penting sebagai asas pra pembacaan dan pra matematik.

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

6.Meningkatkan tumpuan

Mewarnai melatih si manja memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya di  atas kertas itu.

7.Mengenal warna

Mana satu biru, hijau dan merah? Lorekan warna-warni mempesonakan matanya. Aktiviti ini ialah sesi pengenalan untuknya kepada warna. Mama dan papa perlu ada untuk mengajarnya jenis warna yang betul.

 8.Merangsang kreativiti

IKLAN

Dalam aktiviti ini, mereka akan berfikir tentang kombinasi warna yang  boleh gunakan untuk memberi rupa bagi  gambar yang sedang diwarnainya. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.

9.Bertenang dan fokus

Waktu bagi dirinya untuk bertenang. Anak akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan projek mewarnanya.

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah  Tau!

10.Terapi psikologi

Mewarna terbukti menjadi terapeutik untuk sesetengah kanak-kanak terutamanya jika mereka kerap melakukannya. Ia boleh menjadi medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya.

11.Bonding time!

Ini juga bonding time. Mama dan papa luangkan masa anda untuk duduk bersama dengan anak berbincang tentang objek yang sedang diwarnainya. Biarkan dia bercerita dan berimaginasi mencipta cerita tentang apa yang diwarnakannya itu.

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI