Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi ibu bapa. Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.
Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, sekiranya anda nampak perkembangan anak sedikit lain seperti anak lambat bercakap lakukan tindakan segera, jumpa profesional yang terlibat seperti speech therapist / occupational therapist / pakar kanak-kanak. Nanti mereka akan bantu anda untuk dapatkan rawatan yang sesuai.
Berikut antara perkembangan lambat yang akan ditunjukkan oleh bayi atau kanak-kanak mengikut usia.
Ads
6 BULAN
– Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi
– Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil
– Tidak melakukan eye contact
1 TAHUN
– Tidak memberi respon pada nama
– Tidak memahami arahan mudah
– Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc
– Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dll
Ads
2 TAHUN
– Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan
– Tidak berminat dengan interaksi sosial
– Tidak memahami arahan mudah
3 TAHUN
– Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan
– Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa
Ads
4 TAHUN
– Tidak boleh bercerita cerita yg mudah
– Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan
– Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)
– Tidak boleh menyampaikan perasaan
– Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana
5 TAHUN
– Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)
– Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita
– Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung
Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila kanak-kanak lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi hendak ke tadika. Malah kanak-kanak yang tidak cukup tidur boleh menggangu fokus semasa pembelajaran dalam kelas.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak.
Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu dan melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya. Sebenarnya, jus buah boleh dianggap sebagai minuman manis kerana proses penghasilannya menghilangkan serat penting yang terkandung dalam buah.
Bagi bayi yang berusia di bawah satu tahun, tiada keperluan untuk memberikan jus kecuali atas sebab-sebab tertentu yang disarankan oleh pakar. Sebaiknya, elakkan terus memberi jus kepada bayi kerana ia tidak memberikan manfaat yang signifikan.
Memakan buah-buahan segar adalah pilihan terbaik kerana buah dalam bentuk asalnya mengandungi nutrien lengkap, termasuk serat yang penting untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Sebaliknya, jus hanya memberikan gula dan sedikit vitamin tanpa manfaat serat.
Jika ingin menambahkan rasa pada air minuman, air berperisa semula jadi seperti infused water adalah pilihan yang lebih baik. Dengan menambahkan potongan buah ke dalam air, anda boleh menikmati rasa buah tanpa kehilangan serat dan nutrien pentingnya.
Sebagai kesimpulan, makan buah dalam bentuk asal adalah jauh lebih bermanfaat berbanding minum jus. Pilihan ini bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga dapat memastikan anda mendapat serat yang diperlukan oleh tubuh.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kanak-kanak mengalami batasan pergerakan di dalam rumah. Ibu ayah kena wujudkan satu ruang baru untuk anak bermain kerana ia penting untuk perkembangan mereka.
Kenapa pentingnya ada ruang bermain di dalam rumah? Dalam tumbesaran kanak-kanak, bermain dan mengeksplorasi dunia sekeliling mempunyai kesan penting pada perkembangan kemahiran komunikasi, bahasa, kreativiti, sensori, motorik, kognitif, moral, etika dan karektor anak.
Ruang bermain & warna bantu anak belajar
Jadi dalam persekitaran yang agak terbatas sepanjang tempoh PKP, ibu ayah kena berusaha mencipta ruang baru atau ruang bermain mesra kanak-kanak dengan melakukan perubahan ruang untuk si kecil bermain di dalam rumah.
Bagaimanapun ia bergantung kepada saiz rumah masing-masing, ruang tersebut tak perlu terlalu besar tetapi memadai ianya satu ruang yang selamat untuk si kecil meneroka dunia bermainnya, memiliki pencahayaan yang bagus, peralatan bermain yang selamat serta pemilihan warna yang bersesuaian untuk anak kecil.
Warna memberi pengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Jadi perlu fokus pada pemiliihan warna-warna pastel dan produk yang membantu mencipta persekitaran lebih baik untuk kanak-kanak. Berikut antara sebab mengapa pemilihan warna penting dalam kehidupan kanak-kanak.
– Kanak-kanak belajar perkara pertama daripada warna.
– Warna juga menjadi salah satu cara komunikasi awal dengan anak.
– Merangsang perkembangan bahasa & kreativiti anak.
– Pilihan warna untuk bilik anak dan persekitaran rumah juga memainkan peranan penting membentuk karektor anak.
Aktiviti bonding sekeluarga
Mengecat sudut atau ruang khas untuk anak bermain boleh menjadi aktiviti menyeronokkan sekeluarga ketika PKP. Selain rumah menjadi lebih menarik dengan suasana baru, ia juga mencipta bonding anda sekeluarga.
Dengan inovasi terbaharu jenama cat dipercayai ramai, Nippon Paint bukan sekadar cat biasa. Ia bukan hanya untuk mengecat dinding rumah sahaja tetapi lebih daripada itu.Ia berfungsi untuk semua permukaan kediaman dan objek dalam rumah termasuk lantai, peralatan rumah termasuk kerusi, meja, kaca, pasu dan pelbagai lagi.
Jadinya anda bebas untuk mencipta Ruang Baru yang ideal mengikut cita rasa masing-masing. Tunggu apa lagi, mulakan hari ini untuk mencipta ruang baru bagi si kecil kesayangan dan ahli keluarga lain.
Antara ciri-ciri penting yang anda kena tahu kenapa mesti memilih cat Nippon Paint iaitu ia kalis air, mempunyai pelbagai pilihan warna, sistem salutan yang selamat, memberi inspirasi melalui ciptaan dan reka bentuk kreatif, kualiti cat yang tahan untuk jangka masa lama, melindungi kesejahteraan ahli keluarga menerusi solusi inovatifnya, menawarkan jarak yang meluas untuk mengecat mana-mana permukaan, mempunyai kandungan seimbang antara mengecat barangan harian (pasu bunga, pinggan, kerusi, meja dan lain-lain) vs barangan unik (piano, komputer riba, layang-layang dan lain-lain lagi)
Nippon Paint juga mengutamakan nilai kesejahteraan atau ‘Wellness’ pada penggunanya kerana mempunyai ciri-ciri berikut:
VirusGuard adalah cat bio-proof yang mesra alam sekitar dan berinovasi tinggi kerana mengutamakan kebersihan dan kesihatan. Produk ini diformulasi khusus mempunyai prestasi anti-virus dan anti-bakteria. Ia berkesan menghalang Virus Influenza A (H1N1) yang menyebabkan selesema dan Coxsackievirus A16 yang menyebabkan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD). Selain dari itu, ia juga berkesan menghalang bermacam jenis bakteria seperti E.Coli, MRSA, Staphylococcus Aureus.
Hydro Wood adalah produk acrylic tulen berasaskan air. Ia merupakan produk yang memelihara kehijauan alam sekitar diformulasi dengan VOC (Volatile Organic Compound) yang rendah untuk permukaan kayu dalaman serta membantu meningkatkan kecantikan tekstur permukaan kayu.
Hydro Finish diformulasi dengan resin bebas pelarut untuk menghadkan pencemaran udara dan mempunyai bau yang sangat rendah ketika mengecat dan mengering. Cat ini lebih pantas mongering dibandingkan dengan cat berasaskan pelarut, ia boleh dicat semula dalam masa sehari.
Mengecat rumah boleh menjadi aktiviti menyeronokkan bersama keluarga. Jom nyanyi bersama dengan lagu Nippon Paint Ruang Baru untuk membangkitkan semangat positif ketika mengecat rumah anda.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.