Kalau anda buntu tak tahu nak masak apa untuk jamuan atau open house, apa kata masak mi goreng? Tapi version ‘meriah’. Hari ini Pa&Ma akan kongsikan satu resipi mi goreng yang sedap, banyak lauk dalamnya dan semestinya mudah! Versi ini boleh jamu sampai 60 orang makan tau.

Mi Goreng Meriah Boleh Jamu 60 Orang Makan, Sesuai Untuk Hidang Jamuan Atau Open House

Mi Goreng Meriah Boleh Jamu 60 Orang Makan, Sesuai Untuk Hidang Jamuan Atau Open House

IKLAN

Resipi ini dikongsikan oleh saudari Nur Ismail. Yang bagus dan baiknya saudari Nur Ismail ni, cukup lengkap dan terperinci resipi yang dikongsikan olehnya. Tiap bahan teliti dengan jumlah. Faham je, sebab kadang-kadang kita nak masak dalam jumlah yang banyak tapi tak tahu nak agak-agak jumlah bahan yang perlu digunakan.

 

IKLAN

Bahan-bahan:

  • 12 bungkus Mi kuning
  • 60 ekor Udang Sederhana Besar
  • 4 bungkus Fishcake potong nipis
  • 2 kilo Sawi Cameron potong kecil
  • 1 klio Kobis potong kecil
  • 20 keping Tauhu di goreng dan potong kecil
  • 400 gram minyak masak
  • 1/2 kg Bawang Besar kisar halus
  • 2 labu Bawang Putih kisar halus
  • 400 gm Cili Giling
  • 400 gm Sos Tomato
  • 300 gm Sos Cili
  • 400 gm Kicap Manis
  • 6 SB Kicap Pekat
  • 6 SB Gula
  • 4 SB Garam
  • 12 SB Stok Ayam
  • 800 Gram Air
Bahan Hiasan:
  • 12 biji Telur goreng dadar dan potong halus
  • RM5 Daun Sup dan Daun Bawang potong halus
  • 1 paket sederhana Bawang Goreng
  • Cili Merah di hiris
Cara penyediaan:
  1.  Panaskan minyak dalam kuali
  2.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  3.  Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
  4.  Masukkan air 200gm
  5.  Masukkan batang sawi, kacau2 hingga layu
  6.  Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata
  7.  Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
  8.  Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
  9.  Kacau lagi hingga sebati dan masak
 
*Sedikit peringatan, saudari Nur Ismail goreng dua kali jadi kesemua bahan dibahagi dua.
Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Mi Goreng Meriah Boleh Jamu 60 Orang Makan, Sesuai Untuk Hidang Jamuan Atau Open House

IKLAN

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI