Pelakon cantik manis, Emma Maembong menarik perhatian wargamaya bila mana meraikan sambutan hari lahir anak pembantu rumahnya malah melayani kanak-kanak itu dengan cukup baik.
Tidak hanya meraikan hari lahirnya bahkan cara Emma Maembong melayani anak pembantunya itu dengan penuh kasih sayang meraih pujian dalam kalangan peminatnya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Shariq Gabriel ini turut memuat naik video kejutan buat anak pembantunya yang dipanggil Intan itu di sebuah taman permainan ‘indoor’ baru-baru ini.
“Selamat hari jadi Intan sayang.
“Mima (nama panggilan) love you so much,” tulis Emma di kapsyennya.
Menerusi video pendek itu, Emma membawa sepotong kek sebelum ditiup oleh anak pembantunya. Malah Emma dan suami turut sama menyediakan hadiah bagi menggembirakan anak kecil itu.
Ads
Selain video, Emma turut berkongsi beberapa keping gambar bersama ketika sambutan kecil itu bersama ahli keluarga yang lain.
Cukup sukakan kanak-kanak, pelakon cantik ini sememangnya sejak dahulu sering meraikan anak-anak buahnya malah kata Emma, bila sahaja ada waktu lapang, dia gemar membawa anak-anak buahnya keluar.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan Emma yang tidak sombong melayani anak pembantu rumah seperti ahli keluarganya tanpa memandang perbezaan.
Terdahulu Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Kini pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu orang cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap -ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain. Pendapat ni betul tetapi jika tiada kesudahan sampai bila?
Nak tak nak, suami isteri kena bertolak ansur dan sedia untuk perbaiki hubungan. Bukan hanya satu pihak sahaja tetapi dua-dua mesti main peranan.
Perkongsian dari Nurulbadiah Lai ini cukup bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan bersama.
Mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua.
Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga.
Walaupun hakikatnya memang isteri boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk.
Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.
Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mak pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang.
Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik.
Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.
Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu.
Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
Kredit : Nurulbadiah Lai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percutian dalam suasana sejuk memang menjadi impian setiap anak kecil. Mana tidaknya setiap kali tengok cerita Krismas pasti anak tertanya-tanya dekat mana turunya salji? Memandangkan Malaysia beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun, hanya tempat-tempat tertentu sahaja anda boleh merasai kesejukan luar biasa.
Cuti sekolah kali ini apa kata mama papa bawa anak ke tempat-tempat menarik dalam Malaysia sambil menghayati keindahan alam ditambah pula dengan cuaca sejuk dan nyaman! Anak-anak pasti seronok jika dapat bermalam di tempat yang dikongsi di bawah ini:
Selain itu, anda sekeluarga juga boleh buat aktiviti di Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park, Ripley’s Adventure (5 Attractions), Jungle Gym. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Bagi yang nak melawat sekitar Cameron Highlands boleh ambil pakej Cameron Highlands Day Tour. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Menariknya, anda sekeluarga dapat melihat betapa indahnya pemandangan di Kundasang. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Juga ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan dan melihat burung, berpiknik di tepi sungai, menonton wayang sambil diterangi cahaya bulan serta banyak lagi!
5. Percutian di rumah colonial Green Acres Fraser’s Hill, yang jauh dari hiruk-pikuk kota dengan cuaca yang redup dan menenangkan. Boleh bercuti dengan keluarga besar dan masak sendiri makanan kegemaran anda.
Boleh bawa anak-anak menunggang kuda di The Paddock atau berada dekat dengan alam sekitar di Allan’s Water, berkunjung ke The Edible Garden atau Sanyi Orchid Farm. Anda pastinya atidak akan merasa bosan di sini!
Bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi Klook pasti anda tertanya-tanya apa kelebihan yang ditawarkan di aplikasi ini bukan? Tetapi bagi pengguna setia Klook semestinya anda akan membuat pembelian tiket melalui aplikasi ini kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga yang terdapat tiket di kaunter malah anda juga mendapat keistimewaan untuk ‘potong Q’ dan tidak perlu untuk beratur panjang. Hanya tunjuk sahaja tiket yang telah dibeli secara dalam talian kepada penjaga kaunter.
Selain itu, melalui aplikasi Klook, juga anda boleh mendapatkan tawaran secara kombo seperti penginapan dan juga aktiviti dalam satu tiket. Lebih jimat dan lebih mudah! Tiket yang ditawarkan juga bertarikh terbuka, bila-bila masa sahaja yang anda dan keluarga ingin lawati. Yang paling penting di musim endemik ini kemasukan adalah secara tanpa sentuhan (contactless).
Diskaun 15% Untuk Pengguna Baru!
Bagi pengguna baru anda boleh nikmati penjimatan dan diskaun sebanyak 15% di seluruh tapak dengan menggunakan kod NEWTIOKLOOK15 (diskaun dihadkan pada RM50) dan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk tarikan terpilih.
Untuk lebih banyak tawaran istimewa untuk percutian anda seterusnya boleh layari laman sesawang klook.com atau muat turun segera aplikasi Klook di Apps store telefon mudah alih anda!
Untuk anda dan keluarga yang suka tempat sejuk, bawalah anak-anak melawat ke sini dan nikmati percutian yang menyeronokkan bersama Klook! Jangan lupa untuk mengambil gambar serta video untuk kenang-kenangan bersama keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila terjadinya kebakaran, pasti meruntun jiwa mangsa sebab kebakaran ni bukan saja memusnahkan harta tapi boleh mengancam nyawa.
Melihat kepada Statistik Kebakaran 2019 yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kebakaran paling tinggi di Malaysia adalah melibatkan hartanah kediaman.
Jumlah kebakaran mengikut jenis kediaman pada tahun 2019 adalah seperti berikut:
Rumah Teres:863
Rumah Flat:257
Apartment/Kondominium:234
Setinggan:116
Rumah Panjang / Tradisional:125
Jumlah:1,595
Nampak tak, kebakaran kediaman saja dah nak cecah 1,595 kes di seluruh negara! Kalau campur semua kebakaran bangunan untuk tahun 2019 termasuk kedai, kilang, gudang, pusat membeli-belah dan sebagainya ada 5,449 kes!
Kalau lihat pada nilai kerugian pula, lebih RM1.2 bilion kerugian direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam 9,182 kes kebakaran melibatkan peralatan elektrik di seluruh negara bagi tempoh 2018 hingga 2020.
Apa Punca Kebakaran?
Kebanyakan kes kebakaran adalah disebabkan kecuaian manusia! Bukan saja cuai, tapi sikap tak mengambil berat tentang bahaya kebakaran dan bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut juga faktor utama yang menyumbang kepada insiden kebakaran.
Malah, bomba sendiri mengakui yang banyak kebakaran berlaku kerana penggunaan tenaga elektrik berlebihan dan kecuaian ketika mengendalikan perkakas elektrik.
Jadi, jom kita tengok apa kita boleh buat untuk elakkan kebakaran di rumah ni!
1. Tutup suis elektrik
Suis elektrik sentiasa mengalirkan elektrik dan boleh mengakibatkan kebakaran jika terjadi litar pintas.
Oleh itu, pastikan semua suis elektrik sentiasa ditutup bila tak digunakan dan cabut juga plug dari soket. Ini sangat penting bila anda nak keluar rumah atau meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang. Selain tu, anda juga dapat menjimatkan bil elektrik.
Satu lagi pesanan tentang suis eletrik yang anda mungkin pernah dengar sebelum ni – Jangan sentuh suis eletrik dengan tangan basah sebab boleh terkena renjatan elektrik!
2. Overload extension /plug
Overload ni maknanya kita letak beban lebih pada extension atau plug di rumah. Contohnya, mengguna dua/tiga extension cords pada satu masa yang sama, atau mengguna litar yang sama untuk peralatan eletrik yang boleh menyebabkan over-heating.
3. Peralatan elektrik
Kalau anda jenis yang ada pelbagai jenis peralatan elektrik, jangan letakkan pada satu tempat saja nanti tak ada ruang untuk peralatan tu semua membebaskan haba yang dijana. Peralatan elektrik utama seperti peti ais, mesin basuh dan microwave, seeloknya dipasang terus ke soket dinding.
Barangan elektrik lain yang perlu dielakkan diguna pada litar yang sama adalah:
4. Dapur gas
Jika anda tiba-tiba terbau gas di dalam rumah, ada kemungkinan tong gas, paip gas atau dapur dah bocor. Jangan buang masa dan terus buka semua pintu dan tingkap untuk pengaliran udara serta cabut kepala gas.
Tolonglah jangan cuba-cuba nak test buka dapur gas sebab kalau betul ada gas bocor boleh meletup dapur anda! Panggil terus bomba atau tukang gas.
5. Mancis
Sila berhati-hati bila menggunakan mancis, sama ada nak pasang api dapur, lilin atau lain-lain. Apinya memang nampak kecil tapi sekali terpercik atau terjatuh dekat tempat yang mudah terbakar seperti atas alas kaki, apinya boleh merebak tanpa diduga.
6. Percikan api
Kalau ternampak percikan api di suis, soket atau mana-mana peralatan elektrik, jangan ambil mudah dan biarkan saja ia selesai sendiri. Panggil juruelektrik untuk periksa keadaan percikan api dan baiki apa yang perlu.
7. Cecair mudah terbakar
Bekas mengandungi cecair mudah terbakar yang tak disimpan dengan elok dan selamat boleh jadi punca kebakaran. Cecair tu kalau terkena api sikit saja mungkin boleh menjadi kebakaran yang besar.
8. Puntung rokok
Masih ramai yang buang puntung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar atau tak peduli yang ia boleh mengakibatkan kebakaran. Baca berita tentang bahaya buang puntung rokok merata ini. Tolong ingat yang punting rokok masih ada bara yang tak dipadam dan dibuang pada tempat yang disediakan sangat berbahaya.
9. Mercun
Boleh kata setiap kali tiba musim perayaan, mesti ada berita rumah terbakar sebab mercun meletup dan apinya merebak. Kalau nak main sangat mercun pergilah main di tempat yang selamat dan tak membahayakan diri sendiri. Nampak kecil ke mercun ni, tapi kalau tersilap langkah, kereta pun boleh meletup tau!
10. Pengecas telefon
Ni selalunya jadi bila telefon digunakan semasa tengah cas ataupun dibiarkan pada pengecas telefon semalaman. Kalau bateri telefon yang dicas tu rosak, pengecas telefon boleh mengeluarkan percikan api seperti kes di Shah Alam ni dan menyebabkan kebakaran.
11. Ubat nyamuk & lilin
Ubat nyamuk dan lilin pun boleh menyebabkan kebakaran kalau tak diawasi dengan betul. Lingkaran ubat nyamuk jangan dialas dengan bahan mudah terbakar dan padamkan lilin bila tak digunakan. Nampak macam tak ada apa tapi kalau terkena kertas atau kain, boleh terbakar dengan cepat.
Tips Cegah Kebakaran
Bak kata pepatah Melayu, elok kita sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud kita perlu berwaspada dulu sebelum ditimpa musibah.
Bagi memberikan kesedaran dan membantu orang ramai untuk mencegah kebakaran daripada berlaku di rumah, ini 13 tips daripada bomba dan beberapa agensi lain seperti di bawah.
1. Pasang sistem penggera kebakaran
Kalau boleh pasang di setiap ruangan rumah (dapur, bilik tidur, ruang tamu) dan ia selalunya diletak pada siling. Jika ada asap kebakaran, ia akan terus berbunyi dan memberi amaran kepada orang dalam rumah.
2. Pastikan ada laluan kecemasan
Jangan penuhkan ruang dengan barangan dan pastikan ada laluan yang boleh digunakan untuk sebarang kecemasan. Semua penghuni juga perlu tahu tentang laluan ini.
3. Jangan merokok sambil baring di tempat mudah terbakar
Nampak simple, tapi bila anda merokok di tempat mudah terbakar seperti di atas katil, bara api itu boleh jatuh ke atas katil dan menyebabkan kebakaran.
4. Buang rokok dengan selamat
Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat supaya tak mudah terbalik. Pastikan juga puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
5. Elak overload litar elektrik
Bila menggunakan extension atau soket elektrik jangan membuat penyambungan atau pemasangan yang membebankan litar elektrik.
6. Simpan mancis, pemetik api & cecair mudah bakar di tempat selamat
Semua benda yang mudah terbakar di dalam rumah perlu disimpan di tempat yang selamat dan susah untuk dicapai oleh anak-anak kecil.
7. Guna lilin yang betul
Ada masa mungkin anda perlu menggunakan lilin atau anda suka memasang lilin pewangi. Apa pun pastikan api lilin dipadam bila anda tiada berdekatan dan taka da pengawasan.
8. Letak alat pemadam api
Sangat praktikal untuk anda meletakkan satu unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah. Anda boleh gunakan untuk memadam dan mengawal kebakaran kecil supaya tak merebak.
9. Guna perkakas / peralatan elektrik SIRIM
Apa saja barangan elektrik yang anda beli pastikan ada cap SIRIM. Ini bermakna barangan tersebut telah lulus piawaian SIRIM dan selamat untuk digunakan.
10. Tahu barang mudah terbakar
Sangat penting untuk anda ambil tahu barang elektrik mana dengan mudah menyebabkan kebakaran.
Jika ada sebarang kerosakan, terus perbaiki atau buang saja barang itu.
TIP TAMBAHAN
Beli Fire Blanket. Ia dapat mengelak kulit anda melecur semasa menyelamatkan diri akibat kebakaran.
Perlu latih anak, isteri dan keluarga tentang tindakan dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa kebakaran.
Buat 2-3 duplicate kunci pintu rumah dan letakkan di tempat yang mudah diambil dan tempat berbeza.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.