Minat dari bertatih, tengok je danish dah boleh tiru gerak silat. Pa&Ma TV dekati pesilat cilik Ahmad Danish Danial, 6 tahun.

Bapa, Salihen Sarbini berkata anak sulungnya itu mula tunjuk minat sejak dari usia setahun. Danish yang mempunyai seorang adik mempunyai minat mendalam dalam seni mempertahankan diri ini. Malah rakaman si kecil ini bersilat juga telah viral dan ditonton sebanyak 1juta!

MINAT SILAT SEJAK KECIL

“Belum pun usianya mencecah setahun telah menunjukkan minat dgn pergerakan seolah-olah pergerakan silat khususnya ketika mendengar muzik gendang & caklempong di majlis silat & kenduri kahwin.

“Pergerakan itu dilakukan walau pun dia masih dalam kerusi sorong bayi (stroller)! Selain itu dia juga sangat gemar menonton rakaman video melalui telefon bimbit, TV dan alat eloktronik yang lain,” kata Salehin. Danish muncul dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk Gilap Bakat Si Kecil.

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

TENGOK JE DAH BOLEH TIRU

Ketika Danish mula bertatih dan berjalan, Salehin memberitahu yang Danish akan berada di barisan hadapan untuk melihat persembahan atau pertandingan silat.”Selepas menonton, Danish akan melakukan gerakan-gerakan baru. Ini juga membuatkan beberapa rakan yang juga pengamal dan penggerak silat teruja kerana Danish kerana mampu menggabungkan beberapa gerakan silat menjadi 1 gerakan yang tidak janggal (sumbang) walaupun ketika itu usianya masih kecil,” kata Salehin yang juga seorang tenaga pengajar silat.

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

Melihatkan minat Danish yang mendalam dalam seni persilatan Salehin cuba memupuk minatnya dengan membawanya ia ke sesi latihan Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia dicsekolah dan gelanggang-gelanggang awam berhampiran dengan harapan ia dapat membantu memupuk minat dan menyemai jatidiri Danish selain meningkatkan disiplin melalui wadah silat.

Danish seorang pemalu, dia hanya akan ke gelanggang untuk melihat dan akan melakukan pergerakan silat yang dilihatnya  dirumah.

GALAKAN DARIPADA ORANG SEKELILING

IKLAN

Minat Danish juga turut dipupuk oleh ibunya dan juga keluarga. “Saudara mara yang datang ke rumah akan memintanya untuk bersilat walau pun ia hanya bersilat mengikut apa yang diperhatikan tanpa mempelajarinya namun pergerakkannya sangat baik bagi anak-anak seusianya.

“Pada awalnya kami hanya merakam untuk simpanan dan tatapan sendiri. Jadi kami sesekali melalui media sosial, postkn video-video Danish. Sekadar suka-suka. Dan ketika umurnya mencecah 3 tahun semasa majlis perkahwinan adik ipar saya tiba-tiba pula dia mintak untuk buat persembahan silat dan meminta untuk memakai persalinan silat (busana).

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

RUPANYA PERNAH VIRAL SEBELUM INI

“Itulah pertama kali dia membuat persembhan dihadapan umum. Video itu saya post di Facebook dan menarik perhatian beberapa rakan dan guru silat yang lain. Pada minggu berikutnya kebetulan ade pertandingan silat seni sekolah-sekolah peringkat daerah Gombak di SMK Sg Pusu Gombak. Semasa selingan menunggu keputusan pertandingan secara sepontan pihak ketua pertandingan telah memintanya untuk membuat persembahan dna mendapat sorakan dan tepukan yg gemuruh. Rakaman video dari Cikgu Yusnizam (salah seorg juri pertandingan) telah dimuat naik ke Facebook dan menjadi viral sehingga mendapat tontonan mencecah 1juta lebih dlm masa 4 hari.

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

Dari situ saya lihat keyakinan durinya semakin meningkat. Dan telah mula menjalani latihan bersama-sama pesilat lain di gelanggang. Dan sehingga kini dia menjalai latihan di kelab tunas pendekar di sebuah sekolah di Selayang.

IKLAN

DANISH LEBIH YAKIN

Kesan positif yang boleh dilihat pada Danish ialah dia mampu meningkatkan keyakinan diri  dan kurang segan untuk melakukan persembahan walau pun di kalayak ramai.

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

“Danish lebih kreatif dan kini kurang gunakan elektronik, game dan gadjet , Dia juga kini sudah mampu menggunakan  kedua-dua belah tangan dan kaki. Sebelum ni dia kidal hanya menggunakan tangan kiri untuk mewarna, menulis dan pelbagai aktiviti lain tapi dengan belajar silat dia mampu menguasai kedua-dua belah tangan dan kaki.

“Pencapaian di tadika juga turut meningkat apabila dia semakin aktif bergelanggang dia mendapat tempat yang baik di dalam peperiksaan,” kata Salehin.

Pencapaian Ahmad Danish

IKLAN

1. Juara pertandingan perarakkan hari kemerdekaan 2016 anjuran Majlis Perbandaran Selayang / Adun Taman Templer (PSSGCSM SELANGOR)

2. Naib Juara Pakaian Terbaik (Busana Silat) Jalur Gemilang 2017

3. Juara Solo Putra (Kanak-Kanak) dlm Temasya Silat Seni dan Warisan anjuran PADAT (PERBADANAN ADAT DAN WARISAN NEGERI SELANGOR)

4. JUARA KESELURUHAN BERPASUKAN Temasya Silat Seni dan Aarisan ANJURAN PADAT Negeri Selangor

Minat Dari Bertatih, Tengok Je Boleh Tiru. Danish Viral Video Bersilat 1juta Tontonan Dalam Pa&Ma TV

KENAPA MEMILIH SILAT?

Salehin memberitahu yang dia memilih silat untuk anak sulungnya kerana silat merupakan warisan bangsa yg mampu menyemai jati diri bangsa selain meningkatkan disiplin dalam diri anak-anak.

“Silat satu-satunya seni beladiri lengkap dari segi kerohanian (agama), fizikal, dan jasmani. Dalam jiwa anak-anak ni perlu diisi dgn jatidiri yang tinggi demi agama bangsa dan negara Jika tidak kekosongan itu akan diisi dgn jatidiri bangsa lain dan tidak mustahil akan diisi oleh perkara negatif, ” kata Salehin yang turut mengatakan Danish  cenderung ke arah seni lukis dan mewarna.

SUDAH HAFAL SURAH PENDEK

Danish kini lebih bersifat pelindung. Dia sering melindungi adiknya. “Syukur juga kerana Danish lebih rajin mengaji dan solat. Setiap kali hendak memulakan latihan antara adatnya perlu membaca surah Al Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat kemudian memohon doa agar selamat sepanjang latihan dari kecederaan, gangguan dan memohon ilmu yang dipelajari diberkati. Jadi selalunya dia kan minta ummi untuk ajarkannya surah-surah tersebut dan alhamdulillah dia sudah mula menghafalnya,” kata Salehin mengakhiri temu ramah dengan Pa&Ma.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI