Bila anak makin membesar, maka semakin banyak penerokaan yang akan dilakukan. Menconteng misalnya memang aktiviti yang amat disukai. Namun apa yang dilakukan oleh Yusuf ini memang win.
Hanis menerusi Instagram memuatnaik beberapa foto lantai dan dinding rumah yang telah diconteng dengan menggunakan krayon.
Namun reaksi Yusuf apabila setelah melihat Hanis menjerit dan kurang senang dengan perbuatannya memang hebat. Yusuf tahu apa yang perlu dilakukan.
Ads
Yusuf dikatakan terus mengambil vakum mainannya untuk membersihkan semua permainannya sebagai memperbetulkan keadaan.
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin benar-benar terkesan di hati semua orang sehingga ada yang sedih dan rasa tak sanggup jika diuji sedemikian. Lagi-lagi bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil, sesiapa pun pasti akan tersentuh hati.
Bukan itu saja, ujian yang dilalui oleh Shuib itu telah membuka mata ramai suami untuk lebih menghargai kehadiran isteri dan anak-anak. Selagi ada peluang pastikan kenangan bersama insan tersayang sentiasa ada.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa
Melalui perkongsian di Facebook Faid Norazmi yang juga seorang bapa tunggal, beliau juga pernah merasai kehilangan isteri tercinta. Beliau terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasakan sepanjang tiga tahun enam bulan kehilangan isteri selepas dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Tambahnya lagi, kehidupan bahtera sebagai suami isteri hanya bertahan selama satu tahun satu bulan dan lebih menyedihkan anak kecil mereka baru berusia dua bulan waktu itu.
Pesanan buat mereka yang masih ada & bakal ada pasangan
Beliau juga berkongsi beberapa tips untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam berumah tangga.
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita.
Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti. Aaminn ya Rabbal Alamin.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Jangkitan Covid-19 nampaknya masih menunjukkan angka yang tinggi dan sejak kebelakangan ini, virus tersebut mula aktif menyerang ibu mengandung dan kanak-kanak. Jika sebelum ini golongan warga emas lebih mudah terdedah tetapi keadaan terkini dianggap membimbangkan.
Bayangkan bila anak kecil dijangkiti virus ini, hati ibu mana yang tak sedih terpaksa berpisah buat sementara waktu. Lagi pula tak pernah berpisah lama sebelum ini.
Berpisah sementara dengan suami dan anak
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yus Hadz di akaun TikTok, kelihatan dia terpaksa berjauhan dengan anak dan juga suami kerana kedua-dua telah disahkan positif COVID-19. Hati ibu mana yang tak sedih untuk berpisah sementara dengan akan yang masih kecil untuk ke pusat kuarantin dengan menaiki ambulans bersama suami.
Walaupun ada suami bersama dengan anak, tetapi perasaan seorang ibu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Semoga baik-baik je, ibu dan adik tunggu kat rumah
Ketika berada di pusat kuarantin, hanya panggilan video call dapat melepaskan kerinduan. Anak kecil yang dikenali sebagai Iman kelihatan seronok bermain dengan permainan yang dibawanya dari rumah.
Biarpun nampak ceria, suaminya memberitahu bahawa anaknya itu setiap kali selepas makan sering mengajak untuk pulang ke rumah.
Lebih menyedihkan lagi apabila setiap kali ibunya membuat panggilan video, anaknya akan menangis kerana merindui ibu dan adik dan ingin ibu berada disisinya. Malah adiknya juga turut menangis apabila melihat abangnya menangis.
Ibu tak kuat bila Iman menangis nak ibu. Adik pun menangis dengar abang menangis.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.