Perancangan Allah mengatasi segalanya. Macam tak percaya tetapi itulah hakikat yang harus diterima apabila anak sulung meninggal dunia minggu lalu akibat lemas, namun keperitannya terubat selepas melahirkan anak perempuan kedua, pada awal pagi Hari Merdeka.

Suri rumah, Asmah Sarip, 36, hanya mampu reda dengan ketentuan Allah SWT apabila meminjamkan Aira Nur Solehah Anddy Edris selama 11 bulan sebelum meninggal dunia akibat lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Sijangkang pada 22 Ogos lalu.

Minggu Lepas Anak Sulung Lemas Dalam Baldi, Allah Gantikan Bayi Kedua Hari Merdeka
Gambar Hiasan

Menurut Asmah, semasa kejadian, dia tertidur akibat terlalu letih semasa sarat mengandung sebelum menemui anaknya lemas di dalam baldi kira-kira 5.30 petang.

“Saya sentiasa memantau pergerakan anak kerana dia baru pandai berjalan, namun aturan Allah SWT itu mengatasi segala-galanya apabila dia merangkak ke dalam bilik air dan lemas dalam di dalam baldi berisi air.

IKLAN

“Saya juga tidak pernah lupa menutup pintu bilik air, tetapi ajal tidak pernah lewat seminit pun menjemput sesiapapun yang dikendaki-Nya… saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang.

Kelahiran anak kedua ubat rindu 

Asmah berkata, kelahiran anak keduanya pada Hari Merdeka sedikit sebanyak mengubati hatinya yang merindui keletah arwah anaknya yang ceria dan rapat dengannya sejak dilahirkan.

Minggu Lepas Anak Sulung Lemas Dalam Baldi, Allah Gantikan Bayi Kedua Hari Merdeka

IKLAN

“Saya tidak sangka akan melahirkan anak kedua pada Hari Merdeka kerana tarikh sepatutnya adalah pada 28 Ogos lalu.

“Pemberian Allah SWT ini adalah hadiah yang paling bermakna buat saya kerana bukan saja anak dilahirkan pada hari bersejarah tetapi juga kesedihan saya sedikit sebanyak terubat,” katanya.

IKLAN

Cahaya mata Asmah antara 10 bayi Merdeka yang dilahirkan di HTAR sejak awal pagi 31 Ogos lalu.

Sumber: Metro 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI