“Mak kerja, babah tidur.” Itu jawapan yang diberikan anak kecil ini semasa ditemui merayau tidak jauh dari rumahnya. Apa yang merisaukan netizen, anak kecil ini nyaris dilanggar lori!
Semalam tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan ditemui merayau di kawasan perumahan hingga hampir dilanggar lori. Bagaimana pun, tindakan mulia seorang lelaki sanggup menghentikan kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menyelamatkannya daripada kemalangan dan menghantarnya semula ke rumah.
Dalam rakaman video yang dirakam lelaki tersebut, kanak-kanak yang memakai pakaian seragam tadika tersebut dianggarkan dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun tersebut telah keluar daripada rumahnya dan berjalan seorang diri. Dia dikatakan hampir terjun daripada tempat tinggi dan nyaris dilanggar kenderaan termasuk lori. Apabila ditanya, katanya dia hendak pulang ke rumah.
Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam ini menjadi tular. Pada awalnya lelaki berkenaan cuba bertanya kepada jiran berdekatan namun tiada siapa yang mengetahui kedudukan rumah kanak-kanak terbabit.
Namun akhirnya si kecil yang menyatakan namanya sebagai Anita sendiri menunjukkan jalan ke rumahnya yang sedang dalam proses ubah suai. Pintu pagar rumah kelihatan terbuka mungkin menjadi sebab si kecil ini keluar senyap-senyap tanpa disedari bapanya. Setibanya di rumah pekerja pengubahsuaian memberitahu mereka ada nampak kanak-kanak berkenaan keluar dari pagar kediaman itu tetapi tiada siapa yang menyekatnya.
Ads
Antara reaksi warganet rata-rata memuji tindakan lelaki terbabit dan berharap kejadian seperti ini dijadikan pengajaran.
Bagi ibu hamil, semestinya dari awal lagi memikirkan tempat untuk mereka melahirkan zuriat mereka. Tidak kira hospital kerajaan mahupun swasta, asalkan urusan mereka untuk bersalin mudah, itulah yang akan menjadi pilihan mereka.
Tetapi lain pula kisah Puan Noor Kamila Abdullah yang tidak sempat ke hospital, dan bersalin di rumah atas bantuan suaminya, Fahmi Jamil Che Sofi. Ikuti perkongsian oleh en Fahmi sepanjang proses isterinya melahirkan puteri kedua mereka, Fatihah Akmal.
Lahir Awal 2 Minggu
Bulan ni September 2019 ditakdirkan saya dan isteri menimang cahaya mata kedua. Sepatutnya isteri saya due date untuk bersalin pada 24/9 ini. Lebih kurang 2 minggu sebelum due date, semasa pergi check up rutin di Klinik Kesihatan Ibu Anak, doktor scan baby sudah turun dan standby get ready untuk bersalin.
Isteri Mula Rasa Sakit
Hari Ahad 14/9, pagi jam 2, isteri mula rasa sakit. Dia ingatkan sakit yang biasa sahaja. Sakit lagi jam 4, dia bangun dan tak boleh tidur. Masa ini dia belum lagi kejutkan saya tengah tidur. Dia sempat siapkan makanan untuk Qilah, anak perempuan kami yang sulung. Memang isteri saya akan siapkan makanan setiap pagi untuknya dibawa ke pengasuh.
Dia kejutkan saya jam 5.15 pagi beritahu siap siap ke hospital sebab rasa macam nak bersalin. Saya lantas bangun dan tanya, sempat mandi dan subuh tak? Isteri saya jawab, “Ya boleh, sempat. Lepas solat kita pergi”. Kami solat jemaah bersama. Saya ingat lagi doa saya lepas solat pagi tu bersama isteri, “Ya Allah, ampunkanlah Isteriku, mudahkanlah urusan kami, mudahkanlah urusan isteriku untuk bersalin nanti ya Allah”. Saya baca kuat sekurang kurangnya isteri dapat kekuatan dari doa suami. Saya peluk dia.
Baru Buka 2Cm
Saya tunggu di ruang menunggu. Lihat 3-4 keluarga juga sedang menunggu Ibu bersalin di dalam dewan. Pandangan biasa di ruang menunggu bersalin. Ini kali kedua saya. Syukur. Lepas sejam jumpa doktor, isteri saya keluar dan beritahu boleh balik dulu, sebab pintu masih belum buka. 2cm dan masih tebal. Jantung bayi juga diperiksa dan normal. Doktor ada bertanya samada Isteri mahu masuk wad dahulu. Isteri cakap masih boleh bertahan. Rumah pun dekat jadi kami dibenarkan pulang dulu. Lebih selesa berehat di rumah.
Ingatkan Nak Buang Air Besar, Rupanya…
Jam 11 pagi. Isteri cakap kena pergi hospital. Tak ada tanda pecah ketuban atau pendaharan tetapi kali ini rasa sakit sangat. Saya bergegas keluar dan siapkan kereta. Isteri keluar berjalan perlahan menahan sakit. Belum sempat saya tutup pintu rumah, Isteri cakap macam nak buang air besar dulu.
Masa tu saya dah mula cuak. Saya tanya Isteri, boleh tak kalau pergi ke hospital dulu apa apa pun? Dia jawab, tak boleh. Kena pergi tandas dulu. Kami masuk semula. Isteri masuk tandas dan lepas beberapa ketika dia jerit, “Papa! Dah nak keluar dah ni!”, sambil menangis. Allah! Ujian apa yang kau nak berikan hari ini.
Call Ambulans, Staf Hospital Ajar Cara Bantu Isteri Melahirkan Anak
Saya dah mula panik, saya cakap kita tak boleh beranak kat sini sayang! Tolong ya Allah! Hanya kami berdua saja yang ada di rumah ni. Isteri cakap dah tak boleh naik kereta dah. Kena call ambulans. Saya call 999 untuk ambulans dan beri details. Suasana semakin tegang. Isteri mengadu sakit buatkan saya lebih gelisah dan tak tahu nak buat apa.
Saya call 999 lagi sekali. Mereka cakap dah diaturkan dan kemudian mereka sambungkan kepada saya kepada seorang staf hospital untuk guide apa yang perlu saya buat dalam keadaan itu. Lelaki. Dia sangat professional dan sentiasa tenang menyuruh saya tidak panik dan bertenang. Tarik nafas dalam dalam dan dengar apa yang dia nak cakap.
“Encik tak perlu risau tentang ambulans tu. Mereka sedang berusaha. Apa yang penting sekarang Encik tengok keadaan Isteri. Dekat mana dia sekarang?” Di tandas jawab saya. “Encik periksa samada ada pendarahan atau tidak?” Tiada jawab saya. Isteri saya dalam keadaan berdiri ketika itu menahan sakit. “Ok sekarang ni Encik papah isteri ke katil dan baringkan dia. Tegakkan kedua dua lututnya”.
Saya ikut apa diajarkan sambil bertanya dalam keadaan panik, “bila ambulans nak sampai ni Encik? Isteri dah sakit sangat ni!”. Staf tersebut menjawab, “Tenang Encik, bab ambulans dah selesai. Sekarang kita kena pastikan Isteri dan anak selamat. Percayalah dan ikut cakap saya”. Sepanjang masa tak putus putus memastikan saya dalam keadaan tenang. Hanya saya dan Isteri sahaja ketika itu. Jika tak bertindak dengan betul, ia melibatkan 2 nyawa.
Beliau sangat memainkan peranan ketika ini. Suara inilah yang menjadi turning point kepada saya untuk kuat berhadapan dengan situasi ini.
Jiran datang beri pertolongan
Jiran sebelah datang selepas terdengar suara Isteri di tandas tadi. Dia terkejut lihat isteri dan siap berbaring untuk bersalin. “Cik Zah, tolong saya. Kamila dah nak beranak ni!
Cik Zah hanya mampu beri semangat di bahagian kepala isteri sepanjang tempoh itu. Dia cakap dia memang tak boleh. Takut. Saya kekal berhubung di telefon dengan staff hospital tadi. Mode loud speaker. Beliau bertanya samada sudah nampak kepala atau tidak? Ya dan sudah nampak rambut. Jawab saya. Saya sentuh untuk pastikan. Ya betul kepala. Beliau berpesan jangan sesekali menahan untuk bersalin. Setiap kali ada contraction, terus teran semampu boleh. Suami perlu sentiasa support isteri. Biar dia teran dan lepas. Nampak kepala baby keluar sedikit demi sedikit. Saya guide isteri dalam keadaan masih panik. Setiap detik sangat mencemaskan. Seperti tiada ruang untuk kami bertenang.
Isteri saya seorang yang kuat. Tidak banyak mengeluh, tidak banyak cakap, terus buat apa yang diajar dan beri kerjasama dengan baik. Allahu. Siapa yang tahan tengok Isteri sakit. Tambahan pula kita yang bertanggungjawab sekarang. Saya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan di telefon.
Akhirnya..Fatihah Akmal Selamat Dilahirkan
Alhamdulillah, selepas kami berdua bermandi peluh, berhempas pulas, setia mendengar dan buat apa yang diberitahu, akhirnya anak saya berjaya dilahirkan dalam pangkuan saya. Tubuh kecil yang berlumuran darah pekat merah. Tangisan pertama bayi kuat memecah suasana cemas tadi sebaik saja dia keluar dari rahim ibunya. Tak henti henti menangis. Allahuakbar! Hebatnya percaturan Tuhan. Dia tunjuk kebesaranNya masa itu. Saya pegang anak saya yang baru lahir itu terasa seperti separa sedar. Rasa suam badan dia bergerak atas tangan saya. Seperti tak pasti realiti atau mimpi. Sesekali kedua tangan kaki comelnya bergerak gerak menyentuh tangan saya dan kaki isteri. “Comel anak kita sayang”, saya beritahu isteri. Saya periksa jantinanya. Hati mengucapkan syukur dan memuji kebesaran Allah.
Saya sambung bercakap dengan staf hospital di talian, beritahu anak dah keluar dan menangis kuat. Sekarang risau pula baby tak berhenti menangis. Beliau cakap itu petanda yang baik. Kemudian minta saya ambilkan tuala bersih dan balut anak itu. Lap matanya, hidung, dan mulut. Periksa samada dia bernafas dengan baik. Pastikan baby tak sejuk.
Nasib baik ada Cik Zah, jiran saya banyak membantu ambilkan apa yang perlu. Dalam keadaan saya masih tak mampu bergerak banyak kerana pegang baby. Staf hospital di talian minta saya carikan tali dan bersedia untuk ikat tali pusat. Cik Zah balik ke rumahnya carikan tali dan sebaik sahaja dia kembali ke rumah saya, ambulans sampai. Alhamdulillah!
Lega! Itu yang rasa ketika itu. Terasa beban besar di kepala hilang. Semua dah selamat dan pasukan perubatan pun dah tiba. Doktor dan pasukan ambil alih selepas itu. Sangat cekap dan professional melakukan kerja mereka. Isteri dan baby dibawa naik ambulans untuk segera ke hospital. Saya beritahu Isteri nanti saya akan pergi dengan kereta. Isteri mengangguk. Kelihatan sangat letih tetapi lega diwajahnya. Saya sedih lihat Isteri saya. Kelahiran kali ini sangat berat untuk dia namun Tuhan mudahkan.
Isteri saya boleh discharge sehari selepas bersalin. Alhamdulillah sihat cuma luka banyak kerana bersalin sendiri. Baby diberikan antibiotik dan ditahan di NICU selama 4 hari. Discharge pada lewat petang hari keempat 18/9. Baby tiada masalah serius cuma kena followup kuning di klinik.
Selain itu, Encik Fahmi juga berkongsi beberapa perkara penting yang dipelajarinya untuk panduan dan ingatan orang ramai terutamanya kepada bakal ayah :-
1. Ambil tahu berapa minggu kandungan Isteri. Apa penyakit Isteri. Buku merah sentiasa ditangan. Ia umpama passport untuk orang bersalin apatah lagi dalam keadaan memaksa bersalin di luar hospital. Bila doktor sampai di rumah saya, doktor minta buku merah dulu untuk rujukan sekiranya terdapat apa apa masalah pada Ibu dan bayi sebelum ni. 2. Jangan sesekali tinggalkan ibu yang hampir dengan due date nak bersalin keseorangan dirumah.
3. Pastikan telefon berfungsi. Bateri sentiasa cukup. Telefon berfungsi dengan baik untuk buat panggilan. Hampir setengah jam sepanjang tempoh bersalin dan dengar panduan pihak hospital melalui telefon. Bayangkan jika saya tak boleh buat panggilan. Pastikan telefon sentiasa ada. 4. Jangan panik sekiranya isteri beritahu sakit hendak bersalin. Tanya keadaan isteri samada boleh bergerak atau tidak. Jika boleh bawa kereta, jangan terburu buru, pandu dengan cermat. Ingat kereta kita bukan ambulans nak pecut lelaju.
5. Simpan nombor telefon Klinik Kesihatan Ibu Anak yang kita pergi check up. Save dalam telefon. Mereka ini paling dekat dengan kita. Bantuan lebih cepat sementara pihak hospital sampai. Ini kesilapan saya. Ketika kejadian, saya hanya fikir nombor kecemasan 999 sahaja. Buku merah pula ketika itu dalam kereta. 6. Telefon Klinik Kesihatan terdekat beri maklumat penuh dengan tenang supaya penyampaian maklumat itu jelas. Masa ni kita akan kelam kabut. Cuba sehabis baik untuk bertenang. Jika maklumat tak jelas, akan menyukarkan lagi proses.
7. Beritahu pada mereka jika isteri betul betul dah nak bersalin. Dalam kes saya bila telefon kecemasan 999, mereka sambung pada pihak hospital dan bantu sementara ambulans sampai. Ceritakan apa saja yang nampak pada Isteri. Darah, air atau apa apa saja yang kita nampak. Tenang dan lakukan apa yang disuruh. 8. Sentiasa bersama pihak hospital sepanjang tempoh itu sementara bantuan sampai. 9. Bukan mudah proses untuk ambulans datang memberi bantuan. Segalanya bergantung kepada maklumat yang kita beri. Jika bayi tak cukup bulan, mereka perlu hantar Pakar. Jika kita dirumah kelam kabut, mereka di hospital sedang bertungkus lumus memastikan supaya bantuan tiba dengan betul. Ambulans bukan semata mata dikerah untuk membawa pesakit, tapi datang untuk memberi rawatan yang betul.
Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi. Mohamed Danish Hakim atau mesra dipanggil Abang Danish telah menyambung pelajaran dalam hafazan di Turki.
Ibu bapa mana yang tidak gembira menunggu kepulangan anak mereka. Tambah sebak apabila abang Danish cuma makan cherry pada hari raya. Norman siap tapaukan ketupat, lemang, kuah kacang segala bagai untuk abang Danish.
Norman juga sanggup memakai baju melayu dan sampin ke KLIA untuk bagi abang Danish merasai suasana hari raya yang mungkin berbeza di Turki. Memang betul-betul ayah yang penyayang la Norman ni. Ikuti perkongsian di Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza;
Seronok Norman nak sambut anaknya di KLIA, siap pakai baju melayu lagi
Begitu rindu ayah terhadap seorang anak. Norman kelihatan menangis menyambut anaknya. Norman juga menyuap anaknya makanan raya, mungkin cara Norman untuk melepaskan rindu.
Netizen meluahkan perasaan sebak, terharu dengan layanan yang diberikan Norman terhadap anaknya. Keluarga yang sangat bahagia.
Tanpa sedar air mata mengalir
Indahnya kasih sayang dalam keluarga ni
Terharu
Namun begitu, kelibat Memey Suhaiza tidak kelihatan semasa mereka menjemput abang Danish di KLIA Rupe-rupanya Memey Suhaiza sarat dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata baru.
“Mummy tak dapat ikut, kita jumpa kat rumah ye abang. Adik-adik pun tak sabar ni”. Nampaknya baby baru pun tunggu abang Danish balik ke Malaysia dulu baru nak keluar dari perut mummy nya.
Pelakon dan Model, Ramona Zamzam memuatnaik gambar beserta caption hakikat sebenar seorang wanita yang bergelar ibu di rumah. Melayan kerenah anak-anak dengan kerja rumah yang tidak pernah habis begitulah rutin sebagai ibu dan isteri.
Gelagat comel anaknya yang cuba menarik perhatian Ramona untuk bermain menunjukkan situasi sebenar yang dialami oleh rata-rata si ibu.
Ramona mendirikan rumah tangga bersama Rami Alashkar yang berasal dari Palestin pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel, Ivanna Alashkar (1 tahun lebih).
Shall i say… cari benda tersembunyi?
Behind all of those glam outfits & vain makeups i swear this is the real truth of being a mom while having a baby / toddler at home.
Even worse, lepas masuk kepala dlm kain, she looked up and say “TAK” (chak) with a smiley face. A
lways got me in dilemma to stop her or to layan her and continue playing chak as well
Rata-rata bersetuju dengan Ramona, begitulah gelagat anak-anak yang perlu si ibu layan setiap hari. Anak-anak akan buat apa sahaja asalkan ibunya berikan perhatian pada mereka. Ada juga netizen turut berkongsi pengalaman melayan kerenah anak mereka.
Same as my son
Buat lah sesuka hatimu anak oii
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.