Viral di media sosial apabila Guru Pendidikan Islam disedari hilang selepas gagal dihubungi sekitar 4.30 petang, pada isnin lalu. Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir pada Selasa. Barang peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis guru itu didapati masih berada di atas meja bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah.
Sebelum Hilang
Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara jam 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.
Pada jam 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya namun tidak berjawab.
Pernah Alami Kemurungan
Ustazah pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah itu.
Ustazah Ditemui
“Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki, menumpang tidur di surau, minum pula hanya mineral dan makan roti yang dibeli menggunakan duit dalam poket”
Pengalaman itu diceritakan, Nur Farhanah Ibrahim, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak isnin lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar bertujuan mendapatkan perlindungan sekitar jam 3.15 petang, hari ini.
Guru itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga sebaik suaminya tiba di balai polis berkenaan pada jam 5.30 petang membuat pengesahan.
Ustazah Mula Sedar Berada Di Padang Rengas
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali berkata, guru itu mula sedar keadaan dirinya ketika berada di sebuah lokasi di Padang Rengas yang kemudiannya menaiki bas dan turun di hadapan Hospital Kuala Kangsar.
Menerusi kenyataan Sinar Harian “Sebaik turun di hospital, barulah guru ini perasan di mana kedudukan sebenar dia berada, dia berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer dari hospital sebelum menemui balai polis, kemungkinan wanita ini mencari tempat selamat untuk berlindung,”
Berbekalkan al-Quran Sebagai Pelindung
Menurutnya, guru Pendidikan Islam itu tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku termasuk individu yang ditemui sepanjang empat hari lalu.
Dia keluar dari sekolah dengan hanya membawa beg mengandungi senaskah al-Quran, dia mengatakan itulah yang menjadi pelindung dirinya selama empat hari ini
Setelah banyak habiskan masa berjalan kaki, dia tidur di surau-surau dengan mendapat kebenaran daripada jawatankuasa, tetapi dia tak dapat nak menamakan surau yang didudukinya itu
Rindu, Tak Sabar Nak Jumpa Suami dan Anak
Ketika ditemui, wanita itu berada dalam keadaan normal tanpa sebarang kecederaan. Wajahnya juga ceria dan dia mengatakan tidak sabar mahu berjumpa suami dan anaknya.
Berdasarkan keterangan yang diambil, polis tidak mengesyaki wujud sebarang unsur jenayah dalam kes kehilangan itu.
Wanita itu berkemungkinan rasa tertekan kerana tinggal berjauhan dengan suaminya yang bekerja sebagai peniaga di Kedah.
Menurut Elfira yang mesra dipanggil El, dia juga sama seperti ibu lain yang selalu belajar sesuatu yang baru dalam membesarkan anak.
Tambahnya lagi, anak-anak adalah acuan ibu bapa jadi elakkan beri bebanan emosi kepada anak.
“Setiap hari pasti ada benda baru yang kita belajar sebagai ibu , haritu el sempat ikuti live ustazah Asma’ , ustazah pesan anak ini akan menjadi reflection kita.
Jika kita selalu marah atas sesuatu perkara , nanti anak pun akan ikut sama. Kita tak boleh bebankan anak atas emosi kita yang kita tak boleh kawal.”
Elfira Loy turut berkongsi zikir yang dipelajari daripada Ustazah Asma’ dalam siaran langsung di media sosial baru-baru ini yang boleh ibu bapa lain amalkan setiap hari.
“Jadi , jika kita amalkan
‘La Ilaha Illallah, Wahdahu La Sharika Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Hamdu, Yuhyi Wa Yumitu, Wa Huwa Ala Kulli Shai’in Qadir
“100x sehari dalam masa sebulan atau seeloknya 40hari inshaAllah kita akan kurang jadi pemarah. Ada 4 kebaikan yg lain , boleh tengok live ustazah ok.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Siapa menyangka pagi semalam adalah pagi terakhir ibu ini menatap anak keduanya sebelum bayi berkenaan pergi dalam sekelip mata.
Lebih-lebih lagi semasa dihantar bayi masih dalam keadaan sihat. Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan maut semasa dalam jagaan pengasuh di Taman Lembah Bujang, Merbok.
PENGASUH HUBUNGI DALAM KEADAAN MENANGIS
Ibu bayi berkenaan, Siti Halijah Hasim, 29, berkata, berita cemas itu diterima apabila pengasuh menelefonnya dan memaklumkan tangan dan kaki anaknya, Danial Affan Shazrul Fazami bertukar sejuk.
Menurutnya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila wanita berusia 30-an itu memberitahunya dalam keadaan menangis.
TERKEJUT ANAK SUDAH KAKU
“Saya cepat-cepat hubungi suami, dia kata pergilah tengok dulu sebab tempat kerja suami agak jauh di Sungai Petani dan ambil masa untuk sampai dengan cepat,” katanya kepada pemberita di kediaman mereka.
Siti Halijah yang bekerja di bahagian keselamatan Aimst University itu bagaimana pun terkejut sejurus tiba apabila mendapati keadaan anaknya sudah kaku.
“Dalam tempoh 10 minit, suami juga sampai dan kami terus bawa anak ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
10 MINIT CUBA DISELAMATKAN DOKTOR DANIAL TIADA LAGI
“Bagaimanapun, setengah jam kemudian doktor mengesahkan anak sudah meninggal dunia setelah pelbagai percubaan untuk menyelamatkannya gagal,” katanya.
Katanya, senyuman dan gelak tawa bayi comel yang dilahirkan secara pembedahan seberat 4.04 kilogram pada 10 April lalu masih terpahat segar di ingatan, namun dia reda menerima takdir ALLAH.
Sementara itu, suaminya, Shazrul Fazami Abdul Malek, 36, berkata, dia menghantar anak kedua, Danish Aryan, 2, dan Danial Affan pada jam 6.30 pagi seperti biasa dalam keadaan sihat.
SEBELUM INI TIDAK TIMBUL SEBARANG MASALAH
“Anak kedua memang dijaga pengasuh sejak dua tahun lalu serta tak pernah ada masalah.
“Terkejut jugalah tengok anak macam tu, tapi nak buat macam mana, kami reda walaupun hanya diberi pinjam tiga bulan, ALLAH lebih sayangkan dia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia dalam perjalanan dari rumah pengasuh di Taman Lembah Bujang, Merbok ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
TIADA UNSUR JENAYAH
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan luka atau lebam yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Bapa mangsa memaklumkan pada jam 6.30 pagi, dia telah menghantar dua orang anak ke rumah pengasuh dalam keadaan baik.
“Hasil temubual dengan pengasuh dimaklumkan mangsa tidak pernah jatuh dan dipukul semasa dalam jagaannya.
“Bayi itu dijaga mulai 6.30 pagi sehingga 7.30 petang setiap hari. Dalam masa sama, pengasuh turut menjaga dua kanak-kanak lain,” katanya.
Menurutnya, keputusan laporan bedah siasat masih belum diperolehi.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bujang lebih kurang jam 11 malam tadi.